SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, April 12, 2017

Rawatan Akar Gigi

Nak tulis lagi sementara tunggu nak masuk meeting. Isnin lepas, seperti yang dijanjikan, saya ke Klinik Doktor Zalinda lagi. Tak lama menunggu, saya masuk ke bilik doctor. Doktor Azizah yang merawat saya menerangkan bahawa hari ini dia akan menjalankan prosedur membuang akar gigi saya yang rosak. Buatlah apapun doctor, yang penting saya tak sakit lagi dan dapat makan dengan selesa. Kata saya dalam hati. Doktor memberi saya suntikan bius. Tak lama lepas terima suntikan, saya rasa kebas bukan saja kat tempat berkenaan tetapi lidah dan bibir sayapun ikut kebas. Doktor pesan, kalau rasa sakit semasa prosedur dijalankan, just angkat tangan. Alhamdulillah, prosedur berjalan lancer tanpa rasa sakit. Ada sedikit rasa sakit tu pun hanya beberapa saat. Rasa macam susah je doctor ni nak cabut akar gigi saya sebab doctor bagi tahu sebelum ni, akar saya bengkok dan prosedurnya mungkin agak rumit. Dan mungkin sebab tulah jugak doctor bius saya. Rawatan akar gigi yang saya jalani empat tahun lalu, doctor tak bius sayapun. Tapi mungkin lain doctor lain caranya. Selepas membuang dua akar saya, doctor tampal gigi saya buat sementara sebelum menjalani rawatan susulan minggu depan. Doktor bekalkan saya ubat antibiotic sebab doctor kata, walaupun doctor dah bersihkan bahagian akar gigi, mungkin ada lagi bakteria yang tinggal sebab bahagian akar tu sempit dan jauh ke dalam. Antibiotik akan mematikan kuman yang masih bersisa. Jika tidak ada apa-apa effection, doctor akan menjalankan rawatan selanjutnya minggu hadapan. Semoga segalanya berjalan lancer. Sampai hari ni masih terasa ubat yang doctor gunakan kat dalam mulut saya ni. Alhamdulillah, bila ubat bius habis hari tu, saya tak rasa sakitpun. Tak payahlah saya makan ubat tahan sakit yang masih berbaki masa pergi klinik kali pertama hari tu. Alhamdulillah, lepas buat rawatan, saya boleh makan dengan selesanya. Ya Allah, terlalu bernilai nikmat kesihatan yang Kau berikan. Terima kasih Allah, terima kasih. Sekarang tidur malam saya tidak lagi terganggu dan makan saya tidak lagi perlu berhati-hati. Cuma terkadang saya fobia dengan sakit tu. Bila saya minum air, saya nanti rasa ngilu air melewati gigi berkenaan. Tapi tak rasa apa dah. Tak rasa sakitpun walau minum apapun. Syukur Ya Allah, terima kasih Allah.

No comments: