Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, April 15, 2017
No Mood
Assalammualaikum semua,
Saya rasa penat. Rasa tak ada mood.
Seharian hari ni saya berbengkel di Putrajaya.
Sekarang, baru je siap nak pergi tandem pulak.
Tapi saya tak ada mood.
Kalau penat badan je tak apa. Mood boleh dicari.
Tapi... Hati dan perasaan saya juga penat.
Ya Allah,
Kenapa Allah? Kenapa perasaan ni macam ni?
Aku tahu, Kau mahu menguji aku.
Tak boleh ke Ya Allah, kalau kali ini Kau izinkan dia juga merinduku?
Boleh ke Ya Allah, kalau kali ini, Kau izinkan kami berkongsi rasa yang sama?
Sampai bila Ya Allah?
Sampai bila Kau mahu menguji aku begini?
Aku tidak menyalahkan Engkau Ya Allah, aku cuma mencari hikmah di sebalik semua ini agar aku mensyukuri segala yang Kau beri padaku.
Bagaimana aku harus berhadapan dengan para sukarelawan sekejap lagi kalau tangis ini menukar air mukaku?
Perlukah aku batalkan niatku untuk bertandem?
Nanti perasaan ini bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sabar la Dik, Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita,ingat kita.. X semua org Allah uji,yang terpilih sahaja..
Terima kasih kak sebab masih ada bersama saya. Terima kasih kerana masih sudi membaca coretan saya kat sini.
Sama sama.. Akak memang pembaca setia blog tinta... Kekadang tertunggu tunggu tinta update
Terima kasih kak. Tapi saya tak boleh baca blog akak. Memang private ya?
Post a Comment