SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, May 3, 2017

Jangan Datang Sekarang

Assalammualaikum readers, Dah berapa hari tak update. Sibuk sikit kebelakangan ni. Lagipun baru balik dari kampung. Abah sakit. Korang rasa apa ya bila orang tu, dulu masa kita ni tak ada apa-apa, dia tak pandangpun kita. Siap mengejek lagi. Baru-baru ni, saya buka balik FB saya. Adalah sorang mamat ni. Dia kenal saya sejak dulu lagi. Tapi, dia selalu ejek saya. Maklumlah, zaman kecik-kecik dulu... Saya ni bukan dari kalangan orang yang ramai peminat. Sampai waktu remaja dan universitipun, saya bukanlah seorang yang glamor terutamanya di kalangan lelaki. Almaklumlah, dulu saya ni tak pandai bergaya. Mujurlah mami saya tu pandai matchingkan baju dan tudung saya, belikan saya kasut lawa-lawa. Pakai je apa yang dia orang bagi. Kalau tak, tak pandailah saya. Cikgu selalu puji pakaian saya hari-hari matching. Hahaha sebenarnya, mami dah matching siap-siap. So saya pakai je baju A dengan tudung A dan lain-lain. Sebab tu baju saya pasti pakai dengan tudung sama setiap kali saya pakai. Tak macam sekarang, baju A hari ni pakai dengan tudung B, esok tudung C dan entah apa-apa tudung lagi. Dulu, kalau sebut saya je, orang hanya tahu, budak skema dan pandai KONONNYA. Tak pandai sangatpun sebenarnya. Tak tahulah kenapa mind set dia orang macam tu. Pengalaman kena ngorat? Jauh sekali. Kalau adapun, sangat jarang. Bak kata Cikgu Shidah yang datang visit office saya beberapa tahun lalu, saya sekarang jauh beza dengan saya yang dulu. "Tinta, lawanyaaa... Kenapa lain ni? Sekolah dulu lain. Dulu tak lawa langsung," Hehehe... Masa dah berubah cikgu. Dan sekarang saya ada kawan-kawan yang mendorong saya berpenampilan menarik. Masa sekolah jugak, ada cikgu yang kata saya cantik tapi tak pandai berpenampilan. Cuma, dia orang kata, saya ni kemas dan bersih. Hehehe... What ever, masa dah berlalu. Tapi Kak Timah kata, kalau kita tak cantik, pakai macam manapun, tetap tak cantik. Hahaha... Kak Timah lagi kena petik nama. Siapa suruh Kak Timah cantik dan pandai gayakan orang? Well... Masa tu, saya memang rasa rendah diri di sudut hati saya. Tengok kawan-kawan ramai peminat. Sampai cikgu praktikalpun minat kat dia orang. Tapi saya... Dipandang sepi je. Ada sorang cikgu kata, saya bukan tak ada peminat, tapi orang takut nak dekat. Takut tak setaraf dalam pelajaran. Cikgu kata, budak lelaki segan dengan saya sebab saya pandai. Saya pernah Tanya cikgu hal ni. Cikgu kata, tengok orang yang ramai peminat tu, dia orang tak pandai sangat. Dia orang tak ada sistematik dalam belajar. Dia orang bukanlah orang yang menjaga. Menjaga apa? Cikgu kata, nanti saya akan faham. Cikgu Din pulak kata, biarlah orang tak minat masa sekolah, sebab tu semua cinta monyet. Suatu hari nanti, saya akan temui cinta sejati saya yang boleh terima apa adanya saya. Masa tu, saya rasa bestnya kalau saya jadi kawan-kawan saya yang cantik tu. Ramai peminat, Jadi rebutan orang, ramai orang suka, semua orang nak dekat, dan selalu jadi perbualan orang. Sama ada orang bercerita tentang kecantikan mereka atau apa je yang mereka lakukan. Yelah, jadi perhatiankan. Orang suka tengok apa dia orang buat dan orang bercerita sesame dia orang tentang mereka. Saya? Jangan mimpilah. Cerita fasal saya pandai, ikut cakap cikgu, tak melawan, tegas hahaha kelakar tu, ada orang kata saya baik hati. Hehehe... Ada sorang mamat ni, suka sakitkan hati saya. Ketawakan saya, dan suka kenakan saya. Memang saya tak nak jumpa dia kalau boleh. Rasa terhina. Tiba-tiba, bila jumpa saya di FB kata, "Tinta, awak lawalah sekarang," Whatsapp saya, messenger. Kalau saya sekadar balas pasti dia whatsapp lagi. Siap ajak nak jumpa. Lepas tu cakap, kalau kahwin dengan saya boleh tak. Adalah ayat yang dia bagi kat saya. Saya bukan sombong. Dia tetap kawan saya. Tapi setahu saya, dia ni dah ada somebody. Tunang ke makwa tak ingat. Dari situ, saya lihat bagaimana sikap orang terhadap kita. Masa kita buruk dulu, sebelah matapun orang tak pandang. Bila kita OK sikit, macam-macam cakap. Nak dekat dengan kita. Tak perlulah pandang pada wajah sebab wajah tak menjamin apa-apa. Malah, wajah yang kita suka tu kadang-kadang bawa derita kat kita. Dan pada saya, saya perlukan orang yang boleh terima seadanya saya. Dari saya tak ada apa-apa sampailah Tuhan bagi sikit apa yang Dia nak bagi. Dari saya buruk, sampailah saya boleh dipandang dan orang taklah muntah bila pandang saya. Dari saya kerdil sampailah saya diberi sedikit lebih tupun pinjam je. Saya sedih mengenangkan semua ni. Saya tak perlukan orang yang masa saya susah, tak pedulipun fasal saya. Masa saya buruk, sebelah matapun tak pandang. Masa saya berduka, ketepikan saya. Masa saya dibuang, ikut membuang saya. Saya tak perlukan orang yang macam ni dalam hidup saya kerana telah saya tahu keikhlasan hati mereka terhadap saya. Kalau waktu saya senang datang kat saya sedangkan masa saya susah tak pandangpun saya, tak mustahil bila saya susah balik, diapun menjauh. Tinggal saya terkontang-kanting. Apapun, saya sayang semua orang yang ada di sekeliling saya tak kira jauh atau dekat. Orang yang bersama saya waktu susah dan senang saya. Orang yang mendorong saya ke atas, bukan yang menolak saya ke bawah. Saya tahu, orang-orang yang saya maksudkan baca blog ni dan mereka tahu merekalah yang saya maksudkan. Walaupun kita tak sentiasa berhubung, kamu semua dalam hati saya. Sayang kamu semua.

No comments: