SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, April 12, 2017

Security Door Stainless Steel Dan Laser Cut 2

Hai semua, nak cerita fasal security door lagi hehehe... Excited ni. Hari tu saya ada tulis fasal stainless steel dan laser cut. Kedua-duanya direka untuk menjaga keselamatan penghuni rumah seperti motonya, "Security door, gaya dan percaya,". Stainless steel ni semua orang tahu, besi tahan karat. Ianya berwarna besilah. Alah, macam korang tengok grill stainless steel. Cuma kalau untuk security door ni kebanyakan designnya besi bulat jelah sama ada disusun melintang pintu, menegak atau menyenget. Manakala untuk laser cut pula, ia jugak besi tahan karat dan boleh dipotong menggunakan laser sahaja kata sales man. Guna cutter tak boleh katanya sebab dia licin dan cutter akan lari atau tergelincir. Security door laser cut ni katanya design baru. Ia didatangkan dengan design yang pelbagai. Besi-besi ini dibentuk juga menggunakan laser. Rambang mata bila tengok. Design bunga, buluh, sarang spiderman pun ada dan banyak lagilah. Harga boleh berubah mengikut company yang mengeluarkannya. Harga kedua-dua jenis security door ni ribuan ringgit. Tinta: Boss, mana lagi senang bukak? Stainless Steel ke Laser Cut? Sales Man: Siapa mahu bukak? Sendiri ke pencuri? Tinta: Pencuri. (Takkan tuan rumah pulak kot. Memanglah senang bukak, dah ada kunci. Tempelak saya dalam hati.) Sales man: Hayya, tengok ini pintupun pencuri sudah penat ooo. Baik dia pergi rumah sebelah dari tunggu ini pintu. Pergi rumah sebelah sudah jadi kaya, ini pintu masih belum boleh bukak ooo. (Pecah tawa saya dengan acik mendengar jawapan abang sales man tu.) Pintu security ni sebenarnya ada macam-macam design. Macam yang saya berkenan ni ada dua layer. Layer luar nilah yang kita boleh pilih sama ada nak yang diperbuat daripada stainless steel atau laser cut. Lapisan luar ni macam grill la. Lapisan dalam pintu empat segi sama. Diperbuat daripada besi padat. Korang selalu tidur hotel kan? Pernah tak korang jumpa peti besi dalam almari hotel? Haaa... Material dia macam badan peti besi tulah. Kalau ketuk bunyi padat, tak bunyi macam korang ketuk tin tu. Frame pintu ni pun diperbuat daripada besi. Kalau nak pasang pintu ni, memang kena bukak semua. Dengan pintu-pintu, frame, kalau dah pasang tiles pun kena bukak tiles kat pintu tu macam saya sebab, frame bawah tu kena tanam dalam simen. Dia nak tiga inci ke bawah. Dahlah saizpun kena ikut saiz dia. Macam saya kena jugak. Siap kena buat electric wiring dan tingkap kena ubah. Pintu lapisan satu dan dua ni melekat tapi boleh dibuka kalau kita nak. Contohnya, kalau orang datang, kita nak tahu siapa, kita bukaklah pintu yang dalam je. Yang luar tu biarkan. Pintu dalam ni fleksibel, boleh ke luar dan ke dalam. Yang luar tu macam saya, saya pilih boleh buka ke luar sahaja. Kita boleh order, minta nak bukaan dia macam mana. Kunci diapun lain dari yang lain. Tak boleh duplicate. Kalau hilang, kilang kena buat balik. Waranti kunci, setahun.

Cantik tak pintu kat atas tu? Yang korang nampak besi tu stainless steel. Yang ada design tu, laser cut. Yang mana pilihan hati saya? Laser cut yang design pokok merimbun tu. Cuma warna yang saya pilih, pintu dalam warna tembaga dan pintu luar warna putih. Biar match dengan coated powder grill tingkap saya nanti. Warna kita boleh pilih nak warna sama dalam dan luar atau dua warna berbeza mengikut warna pintu macam yang saya tulis dalam entri lepas. Mengantuklah. Esok sambung cerita fasal security door ya.

No comments: