Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, December 31, 2017
Coretan Malam Akhir
Assalammualaikum... Salam sejahtera semua,
Malam akhir di kampung membuatkan perasaan saya bercampur-baur. Sedih, pilu dan sayu bersilih ganti mengambil tempat dalam hati ini.
Saya duduk di set sofa L, ruang tamu. Tempat kesukaan abah. Setiap malam kami pasti duduk di sini bersama. Makan, minum, berbual-bual, dengar abah mengaji, dengar ceramah agama di Youtube, abah bacakan buku atau surat khabar, tengok barang di Lazada dan 11 Street dan kadang-kadang kami sama-sama terlelap. Abah di bahagian sana, saya di bahagian sini. Tapi malam ni... Abah tak ada. Saya keseorangan di sofa Empuk kesukaan abah bersama bantal-bantal sofa yang lembut.
Sedang buat apa agaknya abah di wad? Sudah tidurkah abah? Abah ingat along tak?
Saya sedih sebab tak dapat habiskan malam akhir ini bersama abah.
Kesedihan pasti menghurung hati saya tiap hari terakhir saya di kampong. Perasaan yang saya rasakan waktu kecil tatkala mahu berpisah dengan abah masih saya rasa dan ianya tak pernah berubah.
Abah, kenapa takdir kita begini? Saya butuhkan waktu bersama abah. Tapi Allah uji agar kita sering berjauhan. Pasti ada sebabkan abah?
Saya tak tahu kenapa perasaan saya amat sensitive apabila membicarakan tentang perpisahan.
Dan esok... Buat ke sekian kalinya saya akan melalui perpisahan itu.
Tapi esok... Bukan abah yang akan hantar saya ke lapangan terbang. Saya sedih.
Mama suruh saya balik ke KL sebab katanya abah OK cuma darah dan gula belum stabil. Abah pun suruh saya balik. Mereka tak mahu saya tinggalkan pejabat lama-lama. Mereka mahu saya jadi seperti mereka yang memberikan komitmen tinggi dan berdisiplin dalam kerjaya mereka.
Abah, along sayang abah. Abah cepat sembuh tau. Rajin-rajin makan ubat. Nanti along balik lagi dan along tak nak abah masuk wad lagi.
Salam sayang buat abah.
Selamat malam semua, saya tidur dulu. Esok jam 6.30 pagi saya dah kena bertolak ke airport untuk penerbangan 9.20 pagi ke Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment