SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, December 30, 2017

Abah Dibawa Ambulans Lagi

Assalammualaikum readers, Setiap yang berlaku itu tanda kasih sayang Allah buat kitakan? Sebagai seseorang yang menyayangi seseorang, pastinya kita juga ingin tahu sejauh mana orang yang kita sayang tu sayang pada kita. Begitulah Allah. Tentunya Dia ingin tahu sejauh manakah cinta hambaNya buat Dia. Jadi Dia ujia abah, uji keluarga ni. Pagi tadi, setelah saya siap mengurus diri lebih kurang jam 11.00 lebih, saya keluar dari bilik. Saya dengar mama kejutkan abah. Beberapa panggilannya tidak disahut. Saya bimbang dan ke bilik mereka yang terbuka. Saya: Kenapa, Ma? Mama: Tak tahu. Saya: Abah sedar tak? Mama: Abah, abah. Sedar tak? Dengar tak ni? Tiada tindakbalas. Saya: Dia tidur ke apa? Mama: Tadi tidur. Dia dah terberak ni. Bau yang kurang menyenangkan memenuhi ruang bilik. Mama: Jangan dekat. Mama tak mahu saya dekat. Saya: Kalau dah macam tu, tak sedarlah tu. Dia sakit ke? Mama: Pagi tadi dia tak larat bangun Subuh. Lepas tu dia tidur. Saya sangkakan abah ke masjid seperti biasa. Sedang saya memang di bilik saya melakukan apa yang patut, mengaji dan membaca. Cuma hari ni saya lewat keluar bilik. Tertidur semula dan melayan whatsapp kawan yang ada problem. Mama mula membersihkan abah. Saya: Orang call ambulans eh. Mama: Dah call Pakcik Nan tadi. Dia datang dengan kereta pejabat. Kereta pejabat tu merujuk kepada landrover Pejabat Kesihatan Kuala Kerai. Saya mundar-mandir. Terasa kusut. Tak tahu nak buat apa dan fikir apa. Saya cuma fikir ambulans dan berharap agar Pakcik Nan lekas tiba. Saya: Abah sarapan tak tadi? Mama: Tak. Mama suruh makan dia tak makan. Dia minta Air Limau. Mama buat, dia tak minum. Mama masih lagi memanggil-manggil abah. Saya: Tak sedar tu. Kita call ambulanslah. Abah: Sedar, sedar. Tak payah panggil ambulans, malu kat orang. Tiba-tiba dia bersuara lemah. Sejurus kemudian Pakcik Nan tiba bersama pampus yang mama minta dibelikan. Salah pulak. Mama nak pampus dewasa saiz S, PakCik Nan beli pampus kanak-kanak saiz S. Dah terpaksa keluar beli balik. Mujur Faiz anak Pakcik Nan ikut. So Faiz yang pergi beli sementara Pakcik Nan dan Makcik Roha serta anaknya yang kecil tinggal di rumah tengokkan abah. Pakcik Nan adalah driver pejabat abah dan mama bertugas dulu. Setelah dipakaikan pampus, Pakcik Nan dan Faiz mahu membawa abah ke hospital tapi abah menolak. Dia enggan. Tak boleh jadi. Saya kena bertegas. Saya mengambil keputusan untuk menghubungi talian kecemasan 999. Saya gunakan Aplikasi SaveMe 999 tapi terasa lambat maklumbalas mereka lalu saya call pusat kecemasan. Banyak betul soalannya. Lepas tu dia pas saya kepada hospital Kota Bharu. Pun banyak soalnya. Saya tak puas hati. Saya hubungi pulak kecemasan hospital Kuala Kerai menggunakan nombor yang diberi Faiz. Pun banyak jugak soalannya. Setelah menunggu lebih 20 minit, ambulans tidak jugak sampai. Saya hubungi semula pusat kecemasan Hospital Kuala Kerai. Saya minta nama driver ambulans. Manalah tahu kalau-kalau driver tersebut bekas staff abah. So, dia tahu rumah ni ataupun Cik Nan boleh contact terus. Yelah sesama orang Kesihatan biasanya mudah. Namun saya gagal mendapatkan nama driver kerana orang yang menyambut panggilan saya tidak pasti driver mana yang ditugaskan ke rumah saya. Tapi dia beri saya nama MA yang ikut ambulans tersebubt. Mama kenal akan nama MA itu. Kedengaran siren ambulans berbunyi dan Pakcik Nan lekas menghidupkan enjin motosikal rumah saya dan menuju ke Masjid Keroh Baru kerana di situlah landmark yang saya berikan kepada pusat kecemasan sebentar tadi. Sejenak, ambulans tiba dengan dipandu arah oleh Cik Nan. Ambulans yang lengkap dengan peralatan kecemasan seperti oksigen, blood pressure tester, glucometer, scratures dan stetoskop datang bersama Medical Assistant dan jururawat. Mereka memeriksa kadar gula dalam darah, jantung dan tekanan darah abah. Kadar gula dalam darah 4.4 mungkin kerana mama telahpun menyuap air gula kepada abah sebentar tadi. Mereka mahu membawa abah ke hospital namun abah enggan. Sedang saya dan mama berkeras supaya abah dibawa ke hospital. Akhirnya, mereka mengangkat abah dan dimuatkan di dalam ambulans. Mama ikut naik ambulans. Pakcik Nan memandu landrover mengikut ambulans. Sementara Faiz drive kereta mama ke hospital. Maka tinggallah saya bersendirian di rumah bersama Yaya, Jenny, Hitam Didi dan dua ekor anaknya. Saya dah jadi macam PR rumah ni. Banyak panggilan yang saya terima untuk mengetahui keadaan abah. Petang tadi lebih kurang jam 4, mama memaklumkan temperature tubuh abah 40 dan tekanan darahnya rendah. Abah dimasukkan ke bilik kecemasan. Doktor meminta mama menunggu result pemeriksaan abah. Setakat jam 7.30 malam pula, temperature tubuh abah turun kepada 39.3 dan tekanan darahnya mula naik setelah doktor memberi ubat menaikkan tekanan darahnya. Abah telahpun dimasukkan ke wad Rajawali. Mungkin kerana bilik first class tiada kekosongan so abah ditempatkan di wad yang ramai penghuni meskipun dia mempunyai Geranti Letter untuk first class. Kata mama lagi, abah letih dan dia sering tidur. Petang tadi dia menggigil kesejukan. Sebenarnya saya tak betah tinggal sendiri di rumah besar ni. Lain perasaannya. Lebih-lebih lagi bukan rumah kita yang kita tak tahu selok-beloknya. Perasaan ni sering saya rasa sekiranya saya tinggal di rumah orang. Lebih-lebih lagi rumah besar dan atas Tanah. Atas nasihat Cik Sah jiran yang berkunjung ke rumah ni petang tadi, saya tutup semua langsir dua sliding door ruang tamu yang bedekatan bilik abah dan satu daripadanya betul-betul di sebelah set sofa utama ruang tamu rumah ni. Manakala pintu utama semestinya telah saya kunci sedari petang tadi. Jendela juga telah saya labuhkan langsirnya. Ikatan langsir telah saya buka seperti langsir sliding door. Pintu pagar telah saya minta Cik Sah tutup ketika dia mahu meninggalkan rmah saya. Pintu belakang sememangnya berkunci. Semua jendela kaca telah saya tutup. Mama pesan tutup jendela biliknya. Banyak betul jendela bilik mama ni. Semoga Allah menjaga saya dan keselamatan saya serta rumah ni. Alhamdulillah, angah dan tunangnya akan sampai tak lama lagi. Jam 7.30 tadi dia dah pun di Raup. Malam ni insya-Allah mereka sampai. Telah saya kemaskan bilik Hakim untuk angah menginap malam ni sementara tunangnya akan menginap di biliknya. Setelah memberi makan kucing-kucing rumah ni, mengemas bilik, ruang tamu utama dan ruang tamu kedua atau lebih tepat ruang keluarga, saya terus menulis dan melayari internet sambil menanti angah bersama Jamal tiba. Ya Allah, selamatkanlah semua keluargaku dan diriku serta segala harta kami dan binatang-binatang peliharaan kami. Tinta, Tinta, ni belum lagi duduk rumah mami yang dari ruang tamu kena menjerit kalau nak panggil orang di dapur. Itupun yang duduk kat dapur tak dengar. Rumah tu lagi besar. Lagi rasa tak enak. Itu kalau orang datang kat pintu depan memang tak dengar kalau tak tekan loceng. Terima kasih Yaya kerana sentiasa temankan along. Yaya macam faham je saya kurang enak perasaan. Dari tadi dia temankan saya kat ruang tamu ni.

No comments: