Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, December 27, 2017
Romania, Antara Pasti Dan Tidak
Assalammualaikum...
Semua orang dalam rumah ni tidur awal malam ni. Si Hakim yang terkenal dengan tidur lambatpun dah terbongkang atas katil. Tinggallah saya keseorangan.
Hmmm... Romania. Saya pernah tulis dalam salah satu entri dulu yang boss saya suggest nama saya kepada dua boss atas untuk bawa saya ke suatu general assembly di luar Negara. Ya, Cluj Napoca, Romania tempatnya.
Walaupun tak sangka yang boss saya boleh suggest gitu dan dipersetujui dua boss lagi, saya rasa happy dan ini adalah motivasi untuk saya memberi khidmat terbaik kepada office tempat saya bertugas.
Namun masa tu, saya tak confirm pergi. Kalau kewangan mencukupi, saya pergi. Kalau tak, tinggallah jawabnya.
Jauh di sudut hati, saya sangat teruja dan berharap takdir dan rezeki untuk saya. Tapi Romania tu tak popularpun pada saya. Janji Europe. Saya nak pergi. Nak rasa naik flight jarak jauh, nak rasa cuaca empat musim, nak tengok budaya orang Eropah dan macam-macam lagi. Dalam diam, saya berangan nak pergi.
Saya mula search fasal Romania. Banyak yang diperkatakan blogger adalah Bucharest iaitu ibu Negara Romania. Sedikit saja maklumat yang saya peroleh tentang Cluj Napoca. Rata-rata blogger menulis bahawa orang-orang Romania ni mudah mesra dan sangat friendly.
Saya berdoa agar Allah izinkan saya ke Romania.
Selain kerana tugas, semoga ianya menjadi suatu hadiah istimewa buat saya setelah mengharungi pelbagai ujian Allah sejak dua tahun kebelakangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment