SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, December 26, 2017

Ibadah Haji Tiada Dalam Al-Quran

Assalammualaikum... Dan salam sejahtera semua. Oleh kerana tak tahan godaan sambal tempoyak, saya makan nasi lunch tadi. Sudahnya tidur sampai ke Asar dari selepas Zuhur. Malam ni, mata tak mahu lelaplah jawabnya. Ada sorang kawan ni, dia memeluk Islam. Dia sering mendebatkan isu Islam dengan seorang ustaz. Suatu hari, kami berbual tentang Mekah dan ekonominya. Antara factor kemajuan ekonomi Mekah ialah, sector pelancongan kerana muslimin muslimat dari seluruh dunia menunaikan haji saban tahun. Bukan ribuan malah jutaan pelancong membanjiri Mekah setiap tahun. Itu tidak termasuk ibadah Umrah. Dia dengan mudah dan yakin mengatakan walhal, Ibadah Haji tidak disebutkan dalam Al-Quran. Saya tergamam. Masakan ibadah yang termasuk dalam rukun Islam tiada dalam Al-Quran??? Seingat saya, semasa saya bersekolah agama di Johor dulu, kami mengambil mata pelajaran ibadat. Salah satu pelajaran di dalam subjek ini adalah Ibadah Haji. Seingat saya jugak, jenuh kami menyalin nota tentang haji siap dengan hadis dan firman Allah bagi membuktikan ibadat haji itu adalah suruhan Allah kepada yang mampu. Tapi saya lupa ayat apa dan dalam surah apa sebab terlalu banyak firman yang kami baca dan dikehendaki menyalinnya. Lantas, kerana kejahilan saya, saya tidak mampu memberi hujah berkenaan soal ini. Dia sememangnya pandai berhujah dan tidak mahu kalah. Jika mahu membalas hujahnya, kita perlu ada fakta dan bukti kukuh untuk menyokong hujah kita. Saya berasa malu pada diri sendiri dan pada Allah. Malunya saya sebagai seorang muslim kerana tidak mampu membuktikan bahawa ibadat wajib itu suruhan Allah, bukan kemahuan Kerajaan Arab Saudi semata-mata. Saya muslim yang lemah, gagal. Baru diuji dengan seorang mualaf, saya tidak mampu berdebat. Bagaimana saya mahu menyampaikan dakwah kepada yang non muslim seandainya mereka bertanyakan soalan tentang Islam kepada saya? Mulai dari hari tu, saya berazam untuk membaca dan memahami isi Al-quran. Jika tidak mampu mengingat dan menghafal potongan berkenaan sesuatu perintah Allah dan sesuatu isu, cukuplah saya mampu mengatakan dengan yakin bahawa perkara berkenaan dinyatakan dalam Al-Quran. Lalu, saya mula membaca tafsir Al-Quran. Tapi sayangnya, bacaan saya terhadap tafsir tidak selari dengan bacaan Al-Quran saya saban hari sebab Al-Quran tu saya baca insya-Allah setiap kali lepas Dhuha jika saya tidak lewat masuk ke pejabat. Jika tidak, Dhuha sajalah jawabnya. Alhamdulillah, bacaan Al-Quran saya sekarang di Surah Yusuf. Sedangkan tafsir Al-Quran yang saya baca baru masuk Al-Baqarah Juz 2. Hari ini, saya ketemu tentang Ibadat Haji dalam Al-Baqarah. Ya Allah, jahilnya saya. Andai ada kesempatan, saya akan maklumkan kepada kawan saya tu tentang hal ini. Cuti-cuti macam ni banyaklah sedikit masa saya untuk membaca. Betapa lemahnya iman saya ni. Segala yang saya tulis malam ni, bukanlah untuk riak tetapi sekadar berkongsi. Semoga kita sama-sama menjadi muslim yang bukan sekadar nama tetapi muslim yang memahami agama. Saya ini jahil lalu saya harus berusaha untuk mengambil tahu agama saya. Dah lama saya mulakan usaha membaca Al-Quran ni tapi almaklumlah, kelemahan saya kadang-kadang 10 ayat je sehari yang saya baca. Guru mengajar ngaji belum saya temui di sekitar rumah saya untuk betulkan tajwid bacaan saya. Terima kasih kepada Abang Mat Lee yang bagi semangat ni kat saya lewat perbualan telefon dulu. Saya menyatakan hasrat untuk membaca Al-Quran dengan lancer. Maklumlah bacaan jadi merangkak sebab jarang baca Al-Quran masa tu. Abang Mat Lee kata, pasti boleh dengan amalkan membaca Al-Quran walaupun satu ayat sehari. Alhamdulillah, Bermula dari Surah Al-Baqarah sehingga hari ni, bacaan saya semakin lancar. Harap pembaca tidak salah anggap terhadap tulisan saya kali ni.

No comments: