Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, December 17, 2017
Herba Yang Halal
Assalammualaikum readers,
Selamat berhujung minggu.
Apa program korang hari ni? Jalan? Lepak-lepak kat rumah je?
Misi mengemas saya dahpun bermula dari malam tadi. Almaklumlah nak tinggal rumah lama.
Hari ni kemas lagi. Biasalah, kemas santai-santai boleh? Tak adalah kemas je sepanjang masa tu yang sempat update blog tu.
Malam tadi nak tidur, ada kawan telefon. Sembang-sembang sampai lewat malam. Mujur bangun Subuh hari ni. Nak sembang dengan saya jugak? Call lah. Hahahaha perasan.
Sementara tunggu mesin basuh selesai menjalankan tugas dia, meh sini makcik nak membebel jap.
Pagi ni, saya baca iklan ubat resdong di Facebook.
Boleh tak kalau korang nak meniaga agak-agak sikit?
Sebelum korang cakap halal haram, boleh tak pergi cari tentang halal haram, baca dan fahamkan betul-betul konsep halal dan haram dalam Islam? Dont simply put halal padahal tak perlu pun.
"Diperbuat daripada herba yang halal"
Adakah korang diajar ada herba yang tak halal? Kalau binatang tu adalah yang halal dimakan dan tidak. Halal dipegang dan tidak. Tu pun bukan sepanjang masa haram dipegang. Ada dalam keadaan tertentu ia boleh dipegang dan tidak haram.
Islam tu mudah, manusia je yang suka susahkan benda yang mudah.
Apa-apa herbapun halal walau kat mana pun korang ambil dia. Kat China, Amerika, Jepun, Afrika, tak ada satu pun yang tak halal. Melainkan korang ambil dengan cara mencuri hak orang. Curi tu haram dari konsep lain pulak.
Korang nak lariskan barang, tak perlu libatkan agama melainkan kalau korang meniaga makanan yang melibatkan sembelihan dan binatang yang haram dan halal dimakan. Kalau korang buat macam tu, korang mempergunakan agama untuk kepentingan korang.
Satu lagi, peniaga minyak wangi. Halal, bebas alkohol dan boleh dibawa solat. No, tak perlu. Alkohol tu jadi haram bila korang minum dia. Bila dia memabukkan. Cecair yang memabukkan adalah haram. Arak juga haram sebab hal arak ni memang dinyatakan dalam Alquran. Kalau korang pakai cecair yang bukan diperbuat daripada najis, tidak jatuhlah dia ke dalam haram. Ada ke minyak wangi yang memabukkan. Dalam jenis-jenis najis menurut Islam pun tidak dinyatakan secara khusus yang alkohol itu haram. Yang dinyatakan hanyalah cecair yang memabukkan.
Secara logiknya, minyak wangi yang digembar-gemburkan bebas alkohol tu pun belum tentu seratus-pratus bebas. Macam mana minyak wangi tu boleh kekal wangi dalam tempoh masa yang lama? Mesti ada sedikit campuran alkohol. Cuba korang buat uji kaji. Campur semua jenis bunga yang dikatakan bahan dalam minyak wangi tu. Biarkan untuk beberapa hari. Lepas tu tengok apa jadi? Adakah ia tetap harum macam minyak wangi yang bebas alkohol tu? Dia mesti bau masam. Saya penggemar bunga-bunga wangi seperti cempaka, kenanga, melur. Simpan beberapa hari, bau dia dah jadi lain. So, korang fikir dulu sebelum cakap atau tulis.
Masyarakat kita pun satu hal jugak. Kalau sebut je halal, sebut je tanpa alkohol, berduyun-duyun nak beli kononnya halal. Habis yang korang solat dengan mekap melekat kat telekung tu, korang ingat sah ke wuduk korang? Kalau korang pakai telekung lepas tu warna tu melekat, maknanya korang cuci tak habis. Tak sahkan? Korang pakailah foundation halal macam manapun, kalau cuci tak bersih, sama je. Masalah masyarakat kita ni suka ikut orang, ikut budaya, ikut nenek moyang. Ikut membuta-tuli tanpa logik, tanpa buat kajian. Tulah namanya Islam keturunan. Tak fahampun, tapi ikut je. Lepas tu orang tegur, tak boleh terima.
Lepas tu suka pandang luaran. Kalau orang tu pakai tudung labuh, bersarung kaki, siap pakai sarung tangan, itulah muslimah sejati. Itulah perempuan Melayu terakhir. Itulah isteri dambaan hati. Ya, menutup aurat itu tuntutan Islam. Tapi untuk mengukur seseorang tu sebagai wanita solehah tidak cukup dengan luaran sahaja. Berapa orang kat luar sana pakai tudung labuh, tapi tak baca Quran pun hari-hari, tak buat pun solat sunat, mulut masih mengata orang, update status gedik-gedik, percakapan tak jaga, selalu buat orang tersinggung. Macam tu ke perempuan korang nak pilih jadi teman hidup? Tutup semua pada luaran tapi menyakitkan hati korang. Ada setengah tu, siap maki-maki lagi. Itu ke korang bangga korang sebagai muslimah sejati? Kalau tegur orang, bukan main lagi cakap sampai orang ditegur tersinggung. Itu bukan buat orang raspek, menyampah lagi ada. Hal agama ni sensitif. Islam pun ajar kita untuk tegur orang. Bukan main sebarang je ikut sedap mulut. Kalau dengar percakapan belum pandang orangnya, mesti tak sangka orangnya bertutup-litup.
Saya bukan anti orang yang pakai tudung labuh, tapi korang jagalah akhlak korang agar setanding dengan penampilan korang. Jangan berpenampilan tu untuk mendapat perhatian orang, untuk menjadi kegilaan lelaki yang kononnya soleh. Pakailah nak pakai tudung labuh, tapi sikappun biar sepadan dengan pakaian.
Paling mengecewakan apabila orang bukan Islam menggunakan Islam untuk business marketing dia. Contoh, Rayani Air. Air Asia, Malaysia Airline dan banyak lagi syarikat penerbangan dunia boleh je survive. Tak perlupun guna Islam.
OK. Makcik penat dah membebel. Nak pergi jemur baju pulak.
OK bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment