SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, December 27, 2017

Tukar Tempat

Mood menulis datang. Agaknya sebab tulah orang suka menulis malam kot hahahahaha... Seperti yang pernah saya tulis sebelum ni, my boss is going to retire. Dan, insya-Allah saya menggantikan tempatnya. Saya masih mentah. Mungkin betul kata boss, pengalaman akan mengajar saya. Boss mula mengemas dan mengosongkan tempatnya. Oleh kerana saya tak yakin untuk pindah masuk ke dalam bilik, boss bawa saya jumpa acting GM, maklumkan kepadanya tentang penyerahan dan pengambil-alihan tugas kepada saya. Dengan erti kata lain, saya mengambil alih pucuk-pimpinan Accessibility and Advocacy Unit +Sports and Recreation. Dan boss maklumkan juga kepada pihak atasan bahawa saya akan mula masuk ke biliknya setelah dia mengosongkan bilik Ketua Unit Accessibility and Advocacy. Kata boss, saya kena pindah terus. Dia tak nak orang lain duduk dalam bilik tu. Sebab tu bilik Accessibility. Tapi bagi saya, saya tak tergamak nak pindah masuk walaupun boss kata kat laci je masih ada barangnya. Yang lain semua dah clear. So, saya boleh mula masuk. Saya bukanlah orang yang gila kuasa tak menyempat-nyempat nak masuk dalam bilik atau nak jadi ketua ambil jawatan tu dari orang sebelumnya. Biarlah boss dah betul-betul clearkan biliknya baru saya pindah masuk. Rasa macam derhaka je bila boss belum keluar saya masuk. Saya tahu, boss buat semua ni dia nak tinggalkan unit ni dengan proper. Dia nak pastikan orang yang dia pilih dan ajar gantikan tempatnya. Boss tak mahu saya dibuli dan ditindas. Boss tak mahu saya dinafikan hak seperti dulu. Terima kasih boss. Boss memang baik hati dan ikhlas. Saya rasa sedih sebab saya tak punya banyak masa bersama boss. Boss tak menyempat-nyempat suruh Kak Sha hantar komputernya yang lama ke ICT Unit untuk dilupuskan. Dia mahu kosongkan tempatnya cepat bagi memberi laluan kepada saya untuk berkemas masuk. Pagi tu, Kak Linda, cleaner office Tanya saya: Kak Linda: Mana barang-barang awak Tinta? Saya: Barang? Barang apa? Kak Linda: Aku nak kemaslah. Kata awak ada barang nak kemas masuk sana. Kak Linda ni memang kejap cakap aku, saya, awak, kau. Saya tercengang. Barang apa? Kak Linda: En. Fairuz bilang, suruh tolong Tinta kemas barang. Tinta mahu pindah. Ya Allah. Boss ni memang tak menyempat. Macam dia pulak yang nak pindah. Biarlah dulu. Lagipun saya lebih suka kemas sendiri. Nanti kalau orang lain kemas, tak jumpa semua barang saya. Saya: Bukan sekaranglah kak. Nanti. Tahun depan. Kak Sha: 2 hari bulan saya tak ada. Nanti Linda tolong kemas barang dia. (Kak Sha tiba-tiba menyampuk) Kak Linda: Oh nanti. Kok bilangnya sekarang. Saya: Merepeklah boss tu. Kak Linda: Nanti udah mahu kemas bilang ya. Nanti kakak kemaskan. Saya: tak apa kak. Saya boleh buat sendiri.

No comments: