Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, December 2, 2017
DRST Training Di OCBC Bank Malaysia Berhad
Assalammualaikum readers,
Siapa belum tidur lagi?
Gang la kita.
Nilah bahananya makan nasi tengahari tadi. Beras siam pulak tu. Mami saya post sambal tempoyak, ayam masak kering, ayam goreng dan udang goreng.
So hari ni saya nak habiskan ayam dan udang goreng. Takut basi. Terpaksalah makan nasi sebab nak makan sambal tempoyak.
Lepas makan terus mengantuk tak tertahan. Saya tidur dekat pukul 2 sampailah 5 lebih. Malam ni jadi bugar pulak mata ni.
So, nak abadikan kat sini saat-saat bagi training kat staff OCBC Khamis kelmarin.
Program ni dah lama dah dirancang oleh En. Mahathir selaku HR Manager.
Surat jemputan pun dah berapa minggu dah dihantar.
Dia memang request nak saya yang bagi ceramah. Sebenarnya saya tak nak. Saya jadi nervous bila present depan orang yang saya kenal. Tapi dia nak jugak. Hahaha... Siap bagi amaran jangan demam, batuk dan selsema untuk date tu. Kalau MC pun datang jugak! Hahahahahaha....
Hadoi, En. Mahathir ni, bukan saya sorang pandai bagi ceramah.
Boss saya pulak, awal-awal lagi cakap, "You pergi. I pergi Air Asia,"
Amboi orang tua ni, bila ada event lain, pandai pulak dia nak pergi Air Asia. Kalau tak, memanjang je suruh saya pergi Air Asia.
Minggu lepas, En. Mahathir call, katanya ada berita baik. Berita apa?
En. Mahathir: Saya baru je bukak pendaftaran, dah penuh dah sesi ceramah Tinta. Saya ada 2,500 staff. Biasa tak macam ni. Ni kejap je saya buka, dah penuh dah. Saya nak kena hantar email bagi tahu pendaftaran tutup pulak.
Tinta: Berapa orang maksimum?
En. Mahathir: 100 orang. Sekarang dah ada 118 orang.
Tinta: Kenapa cepat sangat?
En. Mahathir: Kebanyakan yang datang ni yang biasa tengok Tinta kat FB saya. Dia orang semua excited nak jumpa Tinta.
Tinta: Hah? Ish, tak naklah. Seganlah.
En. Mahathir: Janganlah macam tu. Buat biasa je. Tak ada apalah. Boss saya yang cantik tu pun nak join tau.
Tinta: Alamak. Tinta elegik dengan orang besar-besar ni.
En. Mahathir: Nanti saya nak jemput CEO kita orang pulak.
Tinta: Tak payahlah.
En. Mahathir: Biarlah.
Tinta: Yang Tinta kenal ramai tak?
En. Mahathir: Dalam 20 orang macam tu yang Tinta kenal. Iman kata "Count me in,"
Abang Iman tu volunteer dari OCBC yang biasa dengan saya. Pernah join latihan kayak kat Putrajaya.
Tinta: Alah, Abang Iman ni, tak yahlah. Siapa lagi?
En. Mahathir: Luqman, Hana, Feroz, Fitri yang baca doa masa program kat MAB hari tu, Jo Anne. Adalah beberapa orang lagi. Yang 18 orang ni saya nak reject. Nak ambil seratus orang je.
Isnin lepas En. Mahathir call lagi.
En. Mahathir: OK Tinta, croud Tinta 118 orang.
Tinta: Kata nak reject 18 orang?
En. Mahathir: 100 tu ada depan Tinta. 18 orang tu nak main kompang untuk Tinta, sambut Tinta dengan bunga api.
Dia saja berseloroh tak nak bagi saya gementar.
Tinta: En. Luqman?
En. Mahathir: Confirm datang. Dia datang purposely untuk sesi Tinta. Dia cuti sebenarnya Tapi sebab Tinta datang, dia half day petang.
Tinta: Alaaa... Biarlah dia cuti. Dia kan dah biasa dengan blind. Dah pandai dah handle blind. Dahlah. Tinta lemah semangatlah depan orang-orang yang Tinta kenal ni.
En. Mahathir: Eh, my boss cakap apa tau,
Tinta: Apa.
En. Mahathir: So nanti I bolehlah jumpa Tinta inperson?
Entah apa yang dia promot saya kat boss dia tu. Tiba-tiba nak jumpa saya face to face.
En. Mahathir: Saya cakap boleh. Mesti boleh.
Hai, takkanlah dia boss tak boleh kot.
En. Mahathir: Dia orang semua excited nak jumpa Tinta. Macam-macam dia orang nak tahu.
Tinta: Bagi En. Fairuzlah pergi. Tinta pergi Air Asia la.
En. Mahathir: Jangan Tinta. Saya dah buat hebahan siap sebut nama Tinta lagi. Karang orang lain datang, tak best la. Dia orang dah excited dah nak jumpa Tinta.
Hari yang dinanti pun tiba. Saya memang berdebar dari malamnya lagi.
Tambah pulak bila En. Mahathir kata ada sorang dari India. Dah saya kena bawa slide presentation in english la ni. Hadoi. Manalah nak adanya. Air Asia punya je ada. Terpaksalah saya edit cepat-cepat sebab En. Mahathir nak ambil laptop saya pagi tu. Pandrive luar tak boleh masuk laptop dia orang. Daripada bagi dia orang slide, baik saya bawa laptop. En. Mahathir takut saya terlewat. So biar dia set up dulu kat sana.
Dalam kul 11 lebih, En. Luqman tulis dalam group whatsapp kami:
'Warga OCBC look fwd menanti ketibaan officer MAB'
Demi membacakan whatsapp tersebut, saya tambah tak karuan.
Abang Iman pulak tulis tak sabar sebagai balasan kepada whatsapp En. Luqman.
Bila saya cakap berdebar, boleh En. Luqman suruh saya relax? Selain dari saya kenal En. Luqman ni, dia jugak merupakan orang nombor 1 dalam OCBC Al-Amin. Tu saya berdebar tu.
Saya dan Kak Sariha bergerak dari office jam 11.30. Kak Sha assistant saya bercuti so Kak Sarihalah temankan saya. Jalan banyak tutup pulak sebab pameran Negaraku. Sepanjang jalan tu memang jantung saya duk dap, duk dap. Perut pun rasa tak sedap. En. Ramly driver office galak mengusik saya. Mujur ada Kak Sariha. Dialah yang tenangkan saya setiap kali En. Ramly usik saya. Hahahaha... Jahat orang tua ni, Saja nak tambah debar orang. 'Orang Tua' tu panggilan dia kat office. Ramai yang panggil dia macam tu sampai saya dah terikut. Hahahaha...
'Tinta, Tinta, Tinta' En. Luqman tulis dalam group. Siap hantar gambar depan slide saya yang dah siap dipancarkan melalui projektor.
Hadoi, makinlah berdebar.
'Alamak, otw. Stark pulak kat atas ni.' Abang Iman pulak whatsapp.
'Kita duduk row depan lagi,' Iiii... En. Luqman ni, memang mengada. Tak yahlah cerita kau duduk depan ke, belakang ke. Dahlah orang kena pusing balik, jalan tutup. Saya tengok jam 11.57 pagi. Alamak, macam mana ni? I suppose to start my presentation at 12.00 PM. En. Mahathir tak call then OK la. 3 Minit lagi kau. Dahlah malam tadi saya mimpi saya sampai pukul 1 kat OCBC.
Tambah berdebar bila saya teringat En. Mahathir cakap masa lunch nanti saya akan lunch bersama boss dia dan En. Luqman. Mak ai, saya tak suka lunch dengan orang besar-besar ni.
En. Luqman hantar gambar lagi. Diikuti dengan tulisan 'Abang Mat pun tazabar tuuuu,'
Abang Mat merujuk kepada En. Mahathir. Tazabar tu maknanya tak sabar.
Setibanya di OCBC tepat jam 12, saya call En. Mahathir. Dia kata, En. Feroz dah siap tunggu saya kat bawah.
Ya, driver sayapun nampak En. Feroz.
So kami tinggalkan IC dan dapatkan pas untuk naik.
Hati makin berdebar.
Keluar je dari lif, mak ai, ramai gila. Ada yang menyapa hai. Dalam debaran, saya sambut sapaan mereka dan terus dibawa masuk ke dewan oleh En. Feroz.
Kak Hana: VIP duduk depanlah Tinta.
Sapa Kak Hana dari belakang dan terus mengekori saya ke depan.
Saya disambut oleh En. Luqman. Siap bergambar bersama dan dia post dalam group, 'Tinta dah sampai'
Yang dalam group pulak sibuk suruh En. Luqman buat live. Hahahaha... Nak tengok jugak presentation saya.
Hadoi, saya tak tahulah apa akan jadi presentation saya kejap lagi tu. Kata En. Mahathir, audience ni semua sporting. Jangan krik-krik sudah.
12.04, En. Mahathir memulakan majlis. Saya kena present dalam dwibahasa. English dan Malay. Campur-campur. Tu tak kisah. Cuma berdebar jelah.
En. Mahathir ni, siap cakap, saya pernah naik Gunung Tahan, Kinabalu. Saya suka kucing dan ada Chiko, dari Kelantan. Siap cakap saya single. Tu paling tak boleh-belah. Tolonglah.
Setelah dipersilakan, En. Mahathir pakaikan saya headphone mic. But not working well. Ramai yang cakap termasuk En. Luqman suruh saya guna mic. Mujur ada kokless mic.
Alhamdulillah, presentation saya berlangsung dengan jayanya. Betul kata Kak Sariha, nervous saya tu sebelum je. Bila dapat je mic terus hilang tah ke mana nervousnya. Hahahaha... Audience pun sporting. Memang gamat dewan dengan gelak tawa sepanjang presentation saya. Alhamdulillah. Saya suka keadaan macam ni. At least saya tahu, audience saya tak bosan dengan saya. Bila tanya dia orang jawab. Kadang-kadang bukan niat saya nak buat lawak, tapi dia orang boleh tergelak.
Tiga orang datang ke depan secara bergilir untuk demo tatacara mengendalikan blind. Ada sorang tu lelaki, from En. Luqman's department. Dia orang panggil ustaz. Dua lagi perempuan. Sorang Kak Noraini yang selalu En. Mahathir sebut namanya di depan saya.
Macam biasalah, saya akhiri presentation saya dengan video apa yang boleh dan tak boleh dilakukan sewaktu membantu blind. Tengok videopun dia orang tergelak-gelak.
Lepas tu ada sesi soal jawab. Melampau En. Mahathir ni, belum sempat audience tanya, dia dah minta saya bagi tahu macam mana cara saya mekap. Katanya ramai audience nak tahu. Audience pulak ramai-ramai sokong soalan En. Mahathir dan minta saya jawab. So saya bukalah kelas mekap kejap.
Adalah beberapa soalan saya jawab. Mujur nak bertanya sebab saya dah pesan siap-siap suruh tanya, jangan takut dan jangan segan.
Kata Kak Sariha, memang nampak semua audience tu berminat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada saya.
Terima kasih OCBC's staff atas perhatian anda dan terima kasih HR OCBC terutamanya En. Mahathir kerana memilih MAB untuk CSR kali ni.
Syukur Ya Allah atas pengetahuan untuk mengendalikan audience yang Engkau berikan kepadaku.
Syukur Ya Allah atas kurniaan kelancaran lidah tatkala berbicara kepadaku.
Syukur Ya Allah kerana memberikan aku penonton yang sudi mendengar dan memberi perhatian kepadaku.
Sampai malam ni, presentation saya masih lagi diperkatakan dalam group.
Berikut antara kata-kata yang saya terima:
En. Luqman: Tinta memang awesome. Banyak benda boleh belajar dalam suasana santai.
Masa saya sedang present, dia boleh post dalam group 'steddy la Tinta'
Abang Iman: Memang terbaik. First time dapat tengok the funny side of Tinta. Thank you Tinta for this memorable afternoon.
En. Luqman: Apa ko ingat Tinta tu ketat je ke orangnya?
Abang Iman: Hahaha... Ingatkan dia serius je orangnya.
En. Luqman: Masa muncung tu memanglah.
Oh lupa, En. Luqman pun siap tanya soalan. Cewah.
En. Abdullah yang kerja tempat lain siap join komen bila OCBC's staff duk komen presentation saya dalam group volunteer.
Pak Lah: Sejak mengajar pramugari pramugara, Miss Tinta semakin mesra pelanggan dan tegas dalam lembut. Syabas Miss Tinta.
Replying message to a message from Pak Lah, message from En. Mahathir: Benar Pak Lah. She is an amazing trainer-presenter.
En. Mahathir: Saya tumpang bangga sebab semua puas hati dan berterima kasih kepada HR sebab organize event yang sangat impactful.
En. Mahathir: Ada yang minta repeat!!
Saya malu sebenarnya. Saya tak sehebat mana pun. So, untuk hentikan puji-pujian dorang tu saya berjenaka:
Tinta: Berangan jap. Bilalah saya nak bagi training kat Royal Albert Hall ni?
En. Mahathir: .... Terus pitam jap.
Ya Allah, aku kembalikan puji-pujian ini kepadaMu yang Maha Hebat. Pinjamkanlah seta tambahkanlah kelebihan ini kepadaku. Dan datangkanlah rezeki yang melimpah-ruah lagi berkat dari kelebihan pinjamanMu ini.
Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment