Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, December 15, 2017
Pindah Ke Bilik
Assalammualaikum readers,
Selamat pagi semua.
Rasa kurang ada mood. Rasa nak tidur lagi. Padahal tidur waktu biasa dalam jam 11.00 lebih sikit. Tapi sebab saya makan nasi lunch semalam. Tu yang jadi macam ni. Kenapa makan nasi? Sebab driver bawa makan kat Restoran Puteri lepas balik tengok Blind Football semalam. Puteri ni selalu buat saya tak tahan godaan. Tambah pulak tidur dalam air con, dikelilingi bantal-bantal terasa seperti dipeluk hahaha dan ada satu bantal busuk yang buat saya seronok tidur iaitu Chiko. Sibuk dia menyelit sana sini. Kejap bawa ketiak, kejap kat celah-celah badan dan bantal, kejap dalam selimut, kejap naik atas badan saya. Dahlah berbulu, lembut pulak tu. Dan badan dia panas tu yang best. Tambah lagi dengan selimut bulu-bulu yang saya beli dari Gong Zhao dua tahun lepas hahahaha... Memang best tidur. Mujur hari ni saya bangun awal walaupun melebihi waktu sepatutnya saya bangun. Nanti masa kat kampung kena bentuk balik waktu bangun dua kali tu.
Dah, dah, jangan merapu.
Kelmarin, masa saya balik dari Air Asia, boss saya panggil. Dia kata, dia nak saya mula pindah masuk bilik dia kat office ni. Katanya, dia nak make sure yang saya duduk dalam bilik tu. Dia tak nak orang lain duduk sana sebab saya under study dia dan ExCo dah agree saya ambil alih tempat dia. Nanti saya nak tengok balik surat tu.
Saya: Boss, saya rasa, saya ni belum layak duduk dalam bilik. Saya rasa saya ni macam budak-budak lagi. Belum masa untuk jadi ketua.
Boss: Saya dulu pun budak-budak jugak. Semua orang bermula dari budak-budak.
Saya: Yelah, tapi terlalu awallah semua ni untuk saya.
Boss: No. Its too late for you. Dengan you punya qualification, ni dah kira lambat. Patutnya dari dulu.
Hadoi, boss aku ni... Confident je dia dengan aku.
Saya: Tapi saya belum pandai.
Boss: Takkan setahun belajar tak pandai lagi? Dah setahun dah you under study I kan?
Saya: Tak adalah tak pandai sangat. Tapi bab nak buat keputusan tu... Saya lemahlah. Takut salah.
Boss: No, you can do. The most important thing, you kena ada reason kenapa you buat sesuatu keputusan tu. Bila orang tanya, you boleh jawab dan boleh argue. Is OK, you can call me anytime. I will help you, advice you. Even I dah tak kerja kat sini.
Saya: Nanti kalau tiba-tiba dia orang suruh saya keluar dari bilik ni macam mana?
Boss: Apa lagi? Mejar and Dr. Radha alert pasal kes you. Dia orang dah agree dalam meeting dulu. Surat dah keluar. Jawatan you pun sama macam jawatan I malah lebih lagi. Kalau dia orang ambil orang lain, tu menunjukkan kebodohan dia orang yang melampau. Nak letak siapa kat sini? Manager? Mejar cakap apa dengan you?
Saya: Mejar pun cakap, dalam meeting tu, agree saya ambil alih tempat boss sebab tu dia orang letak saya under study boss.
Boss: Apa masalahnya? Dulu Fulan tu executive ke duduk dalam bilik?
Saya: Tak.
Boss: Dia assistant je. Duduk dalam bilik. Orang suruh keluar, tak keluar pun. You, senior executive. You duduk kat partition je. Orang lain naik pangkat sibuk nak bilik, you duduk je kat tempat you. Officer pun dapat bilik sekarang ni. So, you kena pindah masuk my room. Nanti dah clear barang, you pindah terus. Jangan tunggu tahun depan. Kalau you nak tunggu orang arah you pindah masuk, memang tak adalah. HR kita ni kelam-kabut sekarang. Dia orang tak tahu apa. Siapa ambil alih semua tak tahu. Lagipun you dah dapat surat masa you naik pangkat hari tu yang you akan ganti tempat I. You nak tunggu surat apa lagi? Semua dah tulis dalam tu.
Saya ni, bukan nak sangat jadi ketua dan tak kisah pun tak duduk dalam bilik. Memang saya rasa saya masih budak-budak. Perlu dipimpin oleh boss. Ya Allah, tolonglah saya.
Satu lagi, boss suruh saya buat penilaian prestasi staff kami. Hadoi, saya nak nilai macam mana ni? Memang borang dah ada tapi takut tak adil.
Bimbinglah saya Ya Allah agar menjadi seorang yang adil dan mampu membimbing orang di bawah saya. Janganlah saya berlaku kejam kepada mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment