SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, August 13, 2018

Terima Kasih, MediFeet!

Assalammualaikum dan selamat pagi semua! Alhamdulillah, hari ni Allah izinkan saya bangun dan memberikan senyuman kepada mereka di sekitar saya. Hahahaha... Senyum pun nak bagi tahu ke? Kalau senyum, maknanya, saya bersemangatlah hahahaha... Korang jangan nak Monday Blues eh. Jom nak cerita kejap. Sementara tunggu jam 9.00, nak pergi Putrajaya. Isu kaki sakit atau lebih tepat tumit sakit dah jadi sesuatu yang saya fikirkan sejak sebulan lebih lalu. Mungkin dah masuk dua bulan kot. Kalau dah satu bahagian tubuh kita sakit, alamatnya seluruh perasaanlah rosak. Hahahahaha... Itu kalau sayalah. Asyik nak nangis je kerjanya. Sikit-sikit sedih. Cengeng kan? Bak kata Mizi dulu, kememeh. Kurang asam kau Mizi, bab kutuk aku memang kau pandai. Hahahaha... Mengikut saranan doctor, sayapun tukar kasut. Pilihan saya kali ni, MediFeet memandangkan Clarks tak ada di Sogo. Alhamdulillah, lepas tukar kasut dan ikhtiar lain seperti exercise, rendam kaki dalam air suam dan buat refleksologi, sakit saya semakin berkurang. Korang pernah tak rasa trauma nak tukar kasut baru dan nak pakai kasut tinggi? Itulah yang saya alami sehingga saya mengikut saranan kawan-kawan pakai kasut flat. Dulu, saya memang pakai kasut tinggi even pergi dan balik kerja. Tapi setiap kali saya tukar kasut, kaki saya akan melecet. Itu yang saya tak tahan. Selain dari tu, jari kaki saya juga akan sakit +melecet jugak. Ada sesetengah kasut yang saya pakai, saya rasa tak confident nak berjalan. So, saya ambil jalan mudah, tukar pakai kasut flat. Pergi dan balik kerjakan banyak berjalan. Tanpa saya sedar, tindakan saya yang saya anggap terbaik tu, memberi mudarat kepada kesihatan kaki saya. Bila saya pakai MediFeet, tanggapan saya berubah sama sekali. Dua tiga hari memang rasa sakit kat belakang kaki. Tapi dia tak melecet macam Hush Puppies. Saya bagi semangat kat diri sendiri supaya bersabar untuk seminggu. Dulu pun saya pernah pakai Carlorino dan apa-apa entah lagi, memang sakit dua tiga hari, lepas tu OK. Apa yang penting, tulang bahagian hadapan kaki tak sakit. Jemari kakipun tak melecet. Apa yang best tu, saya rasa selesa sangat bila pakai kasut ni macam saya pakai kasut flat walaupun dia tinggi. Bila selesa, sayapun rasa confident nak melangkah. Rasa nak berjalan je kerjanya hahahahaha... Jakun! Semalam saya duk rumah asyik fikir, cepatlah hari Isnin, saya nak pakai kasut ni hahahahaha... Perangai macam budak-budak! Kalau ada kasut spare mesti saya dah pakai dalam rumah. Dan Alhamdulillah, hari ni saya benar-benar selesa sebab saya dah tak rasa sakit di kulit belakang kaki bila pakai kasut ni. Turun dan naik tangga pun rasa confident. Apa yang penting, saya dah boleh berjalan normal, seperti sebelum-sebelum ni. So, sebenarnya selama ni, bukan kasut yang tak sesuai dengan saya, tapi saya yang tak pandai pilih kasut. Sebab tu sakit! Kalau nak pilih kasut tinggi dan bertutup, tengok bentuk kaki. Kalau bentuk kaki bukan jenis runcing macam saya, jangan pilih yang potongan muncung atau potongan A. Selama ni pun saya tak pilih potongan A, kenapa sakit jugak? Sebab kelebaran kasut tu tak cukup untuk saiz kaki. Pastikan kaki kita boleh duduk selesa dalam kasut tanpa tersepit. Begitu jugak dengan kepanjangan kaki. Tapi panjang ni, kalau sesuai pun selalunya still akan rasa pedih pada awal pemakaian kasut. Mungkin material kasut masih keras kot. Jangan pilih kasut terlalu ketat dan terlalu longgar. Dari segi tumit pulak, pilih tumit lebar, jangan pilih tumit halus. Memang tumit halus tu cantik. Tapi ingat, kita pakai kasut untuk selesa bergerak, bukan cantik semata-mata. Jangan jadi saya sebelum ni. Cantik je rembat. Lepas tumenderita, tak pakai, simpan. Lama-lama merekah dan buang. Membazirkan? Dahlah kasut tu harganya ratus. Tu lah sedikit perkongsian tentang kasut. Terima kasih MediFeet, kita pergi Putrajaya eh? Looking forward to buy Clarks pulak lepas ni. Mahal sikit harganya, tapi saya tak kisah kalau ia mampu buat saya selesa dan mempunyai ciri yang saya nak. Nanti saya akan cerita pasal beli MediFeet dan beli salah kasut. Bye semua, jumpa lagi.

No comments: