SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, August 8, 2018

Apa Ada Dengan Sehelai Tudung Tua?

Assalammualaikum dan selamat petang semua! Saya just came back to the office after meeting with DBKL. Meeting hari ni mood saya OK je. Tak perlu hot. Sebab, ni meeting anugerah Datuk Bandar. Nak cerita pasal malam tadi. Setelah mencari kasut penawar kaki saya yang sakit di Sogo, saya balik ke rumah. Sempatlah snap-snap gambar yang nak digunakan untuk report Ministry of Transport di Ara Damansara LRT. OK, rasanya nak senyumpun dah tak larat sebab kaki mula rasa sakit untuk melangkah. Maklumlah, banyak berjalankan. So, lepas snap gambar, saya terus menaiki eskelator untuk turun dan keluar dari stesen. Rasanya dah tak mampu untuk turun sendiri lantaran tumit yang mula sakit dan penat. Kalau tak sakit tumit tak rasapun penatnya. Tapi bila ada satu bahagian sakit, mulalah penat segalanya. Hahahaha... Saya lantas berdiri je atas eskelator di bahagian kiri. Sekumpulan minah saleh turun eskelator secara menual di sebelah kanan saya. First lady went down melepasi saya sambil mengatakan sorry sebab terlanggar sedikit bahu saya diikuti dua atau tiga orang rakannya yang juga minah salleh. Masing-masing minta sorry. Setelah beberapa anak tangga eskeletor melepasi saya, first lady berhenti dan berpaling ke arah saya. "You are wearing hijab. So pretty," Katanya. Tindakannya membuatkan rakan-rakannya turut terhenti. Saya diam kerana tak pasti dia bercakap dengan siapa. Minah salleh yang ingin meneruskan langkahnya, berhenti seolah menanti reaksi seseorang. Dia bercakap dengan saya ke? Beberapa detik, saya diam dan mereka juga diam. Dan akhirnya, saya senyum sambil mengucapkan "Thank you,". "Yaaa. Its true," Kata mereka hamper serentak sambil ketawa ramah. Kemudian mereka terus menuruni eskelator meninggalkan saya yang masih setia menunggu eskelator membawa saya ke bawah. Alhamdulillah atas kurniaan Allah. Tapi dalam perjalanan ke rumah, saya terfikir, apa yang cantiknya dengan sehelai tudung bawal hitam pemberian mami berusia 11 tahun yang sedang saya pakai ni? Saya sayang barang, saya akan jaga selama yang boleh. Selagi orang tak kata dah tak boleh digunakan, saya tetap akan pakai. Tudung ni dah merata tempat saya pakai dia. Daki Gunung Tahan, Ekspedisi Tandem KL-Taman Negara dan macam-macam aktiviti lasak lagilah termasuk berkayak di laut dalam Pulau Pangkor. Kat Gunung Tahan, berapa hari saya pakai tudung ni. Dan malam ni ada yang cakap pretty dengan tudung ni? Nak kata cara saya mengenakan tudung ni pun tak mungkin. Sebab semalam saya hanya memakainya secara ringkas iaitu kerongsang di bahagian dagu, hujung tudung sebelah kanan saya pinkan di bahu sebelah kiri dan hujung tudung sebelah kiri pula saya kerongsangkan di bahu sebelah kanan. Cukup ringkas, tiada belit-belit atau gaya sebab malas. Syukur sajalah. Pandangan manusia tentang cantik itukan subjektif.

No comments: