SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, August 4, 2018

Sepatu Sukan Bukan Penyelesaian

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Malas nak berbasa-basi. Terus kepada rintihan hati. Oleh kerana sudah tak tahan kaki melecet kerana Hush Puppies, hari ni saya pakai kasut Sukan Adidas. Kebetulan nak ke Goal-ball MBPJ Open, memang molek benarlah mengenakan sports shoes, jeans dan jersi. Tampak ringkas bukan? Kasut sukan yang sebelum ni saya rasakan seperti tilam empuk untuk kaki saya bertukar menjadi rasa. Dari rumah saya kenakan Croc biru kesayangan saya sebab kasut sukan sebelah kat ofis hahahaha... Cuai punya pasal. Demi membuka pintu ofis, Kath tegur saya: Kath: Tinta, kenapa kau jalan macam tu? Laaa... Saya dah cover cukup baik pun orang still notice saya berjalan tak betul? Nampaknya saya memang tak boleh berlakon seperti tak ada apa-apa. Tukar kasut sukan pun still tak boleh. Sakit! Tapi saya gagahkan jua sebab Hush Puppies dengan confidentnya saya tinggalkan dalam almari kasut kat rumah saya. Dah setengah hari saya pakai kasut sukan. Bila berjalan still tak boleh sentuh lantai tumit yang sakit ni. Bila saya duduk pun sesekali terasa tumit ni ngilu dan menyucuk. Memang hebat penangan Plantar Fasciitis ni. Sabar ya, insya-Allah, Isnin nanti kita beli kasut. Korang jaga kesihatan kaki korang tau. OK la. Kalau rajin tulis lagi nanti. Si Amjad ni sibuk ajak pergi dawn. Bye.

No comments: