SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, August 27, 2018

Sakitnya Bila Cinta Ditolak 3

Assalammualaikum dan selamat petang semua! Macam mana kerja hari ni? Okay? Kerjalah korang. Saya bercuti hari ni. Siapa suruh last minute boss suruh saya pergi forum? Saya ambillah cuti ganti satu hari hahahahaha... Dasar berkira! Lantaklah, saya ada cuti yang banyak! Kalau nak pergi Europe dan cuti raya pun masih lepas! Jom, sambung cerita malam tadi. Makcik dan pakcik bawang, tak yah baca kalau dah niat nak membawang. Saya tak redha. Saya sekadar berkongsi pengalaman sambil mencoret kenangan di sini untuk renungan masa hadapan. ********************** Last dia balas Whatsapp saya hari Jumaat memberitahu saya dia di Kedah. Sabtu dan Ahad langsung dia tak whatsapp saya. Saya hanya mampu berserah kepada Allah. Saya mohon Allah tunjukkan saya siapa dia sebenar. Biar senang, terus saya akan lepaskan agar derita cinta saya tak berulang. Isnin, saya ke Hospital Mata Tun Hussein Onn bagi menjalani major sergery di bahagian bawah mata saya. Saya duduk di ruang menunggu penuh debar. Walaupun minor, takut jugak. Bunyi personal whatsapp masuk. Saya lantas membacanya. 'Assalammualaikum you, apa khabar?' Kiriman whatsapp darinya saya baca. Hati saya tidak mahu merasa gembira dengan whatsapp daripadanya. Tangan mula sejuk dan jantung berdebar. Apakah berita yang akan disampaikannya? Selalunya, firasat serta naluri hati saya tentang orang yang saya sayang adalah benar. Mungkinkah? 'Waalaikummussalam. Tak berapa sihat. You dah balik?' 'Tak sihat? Kenapa? You kat mana tu?' Dia seakan mengelak dari menjurus perbualan kepada program hujung minggunya. 'Kat hospital. Ada minor surgery. You buat apa pergi Kedah?' Saya menahan sabar. 'Ya Allah, kenapa?' Tanyanya. 'You kat mana ni?' Malas melayan soalannya. Dia pulak yang nak menyoal. Soalan kita tak nak jawab! 'I kat office' Jawabnya. 'Bila balik?' Saya terus melontarkan soalan. 'Semalam. You ada minor surgery apa?' Malas nak jawab! Kedengaran nama saya dipanggil. Nurse meminta saya masuk ke bilik minor surgery. Saya mengetap bibir. Orang nak buat soal selidik, panggil pulak! Dah lama orang duduk kat sini tadi tak nak panggil! Gerutu saya dalam hati. Saya melangkah masuk ke bilik minor surgery. Nurse meminta saya baring di atas katil sementara menanti kedatangan doktor. Saya mengeluarkan IPhone. 'You pergi Kedah buat apa?' Saya sambung menyoal menerusi Whatsapp. 'Engagement' Demi membacakan satu perkataan itu, Hati saya dibelah terlebih dahulu berbanding mata saya. Bukan setakat dibelah, dirobek dan dicincang lumat. 'You bertunang?' Tebak saya ingin tahu. 'Yup' Balasnya ringkas. Entah apalah dalam hatinyakan kala itu? 'Dengan mama Icha?' Tebak saya lagi. 'Macam mana you tahu?' Bodoh punya soalan! Ada ke saudara-mara atau kawan-kawan dia kenal saya dan berpotensi untuk menceritakannya kepada saya? Saya berpegang kepada kata arwah chek, kalau kita jujur, benar dan ikhlas, Allah pasti menunjukkan kebenaran kepada kita. Tak perlu ada yang memberitahu. Gerak hati saya sudah mampu merungkainya. Cuma saya perlukan kepastian. 'You kata, you tak percayakan perempuan?' Tempelak saya. Mujur jururawat yang akan melakukan minor surgery bersama doktor keluar meninggalkan saya keseorangan dalam bilik tersebut. Tangisan tidak mampu lagi saya bendung. Esakan pecah dan gema kecil kedengaran dalam suara yang tertahan. Hati saya hancur. Luka yang baru ingin sembuh berdarah kembali. Pedihnya menjalar keseluruh tubuh dan jiwa. Tidak ada satu pun tempat di tubuh dan jiwa ini yang tidak terasa kesakitannya. Jiwa saya sakit! Hati saya pedih! Perasaan saya parah! Sambil menunggu jawapannya, saya merintih kepada Allah. Ya Allah, tidak layakkah saya merasa bahagia? Tidak layakkah saya memiliki sebuah cinta sejati? Kenapa saya sering disakiti? Adakah dosa saya yang menghalang kebahagiaan ini? Dalam sendu itu, terdengar suara Professor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, pensyarah mata pelajaran IMK iaitu subjek Agama Islam di UiTM yang pernah memujuk saya ketika saya dilukai buat kali pertama dulu. Walaupun kata-katanya ditulis menerusi aksara di Yahoo Messenger, saya terjemahkan menjadi suara Ustaz. Bersabarlah Tinta, berbanggalah kerana Tinta tidak menjadi kejam seperti mereka. Ingat Allah, sesudah derita itu kan bahagia. 'I memang tak percayakan perempuan pun' Balasnya. 'Tapi bertunang boleh pulak eh?' Sindir saya. Jari menyindir tapi diri menangis. 'Adik I yang sukakan dia. Semuanya keluarga yang atur.' Persetankan alasan yang dah muak saya dengar tu! Kalau betul kau tak sukakan dia, kenapa kau boleh bawa dia pergi family day la, dia datang tidur rumah kau la. Tak suka ke namanya tu? Jangan menipulah. Saya bukan bodoh. Kalau nak tipu tunang kau tu bolehlah! 'Adik I yang beria-ia sangat nak I kahwin dengan dia.' Bodoh ke apa kau ni? Siapa kau sampai nak kena ikut cakap adik kau? Adik perempuan pulak tu! Kau bukan adik perempuan yang kena ikut cakap abang! Kalau adik kau beria nak, kau boleh explain kat mak kau yang kau tak bersedia. Kau lelaki kot, bukan perempuan! Patutlah Tuhan tak jodohkan kau dengan aku, sebab kau bodoh! Macam mana nak bimbing saya? Kalau berjodoh nanti asyik bergaduh je! 'Whatever!' Saya tak sanggup lagi mendengar alasan bodoh dia. Mungkin dia rasa dia dah cukup pandai memperbodohkan saya. Tapi saya tak sebodoh itu! 'You, berdosa ke I bertunang?' Ya Allah, kenapalah mamat ni tanya soalan bodoh kat saya? Bertunang memanglah tak berdosa! Tapi kau tipu aku tu berdosa! Bagi harapan tu berdosa! Lainlah kalau saya tak pernah tanya, banyak kali saya tanya. Kenapa kau nafikan? 'Whatever!' Sungguh! Saya benci dia! Sebab apa? Sebab dia penipu. Walau pun yang dua orang yang tinggalkan saya tu buat saya menderita, sekurang-kurangnya mereka jujur bagi tahu yang mereka ada orang lain dan nak kahwin! Tapi dia ni, berlagak baik macam ustaz, cerita dia teraniaya dengan perempuan, teraniaya dengan kawan-kawan, tapi sebenarnya dia penipu besar! Lepas tu nak tanya saya berdosa ke tidak dia bertunang. Jangan guna agama, dosa, pahala untuk meraih simpati saya. Tak ada simpati lagi buat orang macam ni. Serius, saya tak pernah rasa marah macam ni bila ditinggalkan. Tapi perbuatan dia ni bukan setakat menghancurkan hati saya, buat saya kecewa, tambah satu! Buat saya marah! Marah yang amat sangat! Saya tak mampu menahan sedih. Lantas saya Whatsapp Kak Sariha, adukan kepada dia tentang apa yang saya rasa. Biarlah Kak Sariha tak tahu hujung pangkal pun, saya perlukan seseorang untuk merawat hati saya! Kemudian saya call Kak Sariha. Takut lambat guna whatsapp. Saya: Kak Sariha, kenapa orang suka buat saya macam ni? Buruk sangat ke saya ni? Teruk sangat ke saya ni sampai orang buat saya macam ni? Kak Sariha: Ya Allah, Tinta, sabar Tinta, sabar. Kedengaran Kak Sariha sebak di hujung talian. Kak Sariha: Sebab Allah sayangkan Tinta, sebab tu Allah selamatkan Tinta dari lelaki macam tu. Pasti, Tinta pasti akan jumpa dengan orang yang lebih baik dari dia orang semua. Akak doakan. Saya: Kak Sariha, saya penat. Saya letih macam ni. Saya lemah. Saya nak peluk akak. Kak Sariha: Tinta, tenang ya. Nanti balik akak peluk Tinta. Tinta jangan macam ni kan ada surgery kejap lagi. Setelah keadaan reda, saya tamatkan perbualan dengan Kak Sariha. Terasa kekuatan Kak Sariha sedikit membantu. Saya tak mampu menghentikan esakan saya. Pintu bilik dibuka. Doktor dan jururawat melangkah masuk. Sedaya-upaya saya mengawal perasaan dan berlagak tenang. Harap doktor tak tanya kenapa mata bengkak dan merah. Lepas minor surgery saya balik ke pejabat. Saya cari Kak Sariha dan memeluknya. Saya menangis dalam pelukannya. Seperti ibu memujuk anak, Kak Sariha mendakap saya erat lalu mengusap belakang saya serta membisikkan kata-kata perangsang. Saya teringat Kak Fatimah. Jika dia masih bekerja, pasti dia saya cari dan adukan kepadanya apa yang berlaku. Kak Fatimah pendengar yang baik. Pasti saya huraikan segalanya kepada dia. Terasa terhambur keluar beban perasaan saya. Terpujuk hati saya dek kata-kata semangat Kak Sariha. Kak Sariha: Jangan sedih-sedih. Jangan fikir sangat pasal dia. Dia tak layak untuk Tinta fikir dan tangisi. Akak tak nak Tinta jatuh sakit macam hari tu. Lebih kurang jam 3.00 petang, personal Whatsapp berbunyi: 'Done your surgery?' Whatsapp dari dia. Saya sedih kembali. Dia ni tak ada perasaan bersalah ke? 'Done.' Saya tak berhasrat nak berbalas whatsapp dengan dia. Tunang orang! Jangan dilayan! Tiga hari kemudian: 'You, salah I ke kalau I bertunang you?' Dia Whatsapp saya. 'I tak kata pun salah?' Saya harus keras dan tegas. 'Suka hati you la. Diri you. Tak ada kena-mengena dengan I.' Tak payahlah nak bermanis mulut dengan saya. Pergi jelah! Kau nak pergi sangatkan? 'You macam marah I je?' Hmmm... Baguslah kalau rasa. Gumam saya dalam hati. 'Siapa I nak marah you?' Balas saya acuh tak acuh. 'You, percayalah, semua ni bukan kehendak I,' Kenapa mesti terangkan kat saya eh? Saya berfikir sendiri. 'Kehendak you ke, tak ke, benda dah jadi,' Saya bengang. 'You tak faham.' Katanya. 'Faham, you kan kena ikut cakap adik you. Mak you pun suka dia, you pun suka dia,' Entah apa-apalah lagi yang kami bebalas whatsapp. Mungkin nak meraih perhatian saya. Ada juga dia menduga macam tak nak ganggu saya lagi. Saya kata terserah. Memang saya tak berniat pun nak terus berhubung dengan lelaki macam ni! Akhir sekali: 'You tak boleh fikir ke you, kalau sorang perempuan, ambil berat pasal you, edih bila you sedih, happy bila you happy, alert semua tentang you, boleh budget you sampai ke destinasi berapa jam, wish you safe journey walaupun pukul 4.00 pagi. You tak boleh rasa ke semua tu?' Saya tak malu untuk mendedahkan perasaan saya padanya. Sebab sebelum saya berlalu, biar dia tahu. Dan biar dia ingat sampai mati, yang dia pernah mempermainkan sekeping hati yang tulus. Biar dia ingat sampai mati, yang dia pernah mencampakkan cinta tulus ke tepi. Dan dia takkan dapat cinta ni kat mana-mana sekalipun dari tunang dia. Malam tu, dia datang jumpa saya di pakir kereta rumah saya. Lama kami berbincang. Berbicara dari hati ke hati. Perkara yang tak pernah saya buat. Saya: Tak apa. I faham kenapa you reject I. Sebab I ni tak setaraf dengan you. I tak sempurna. Itu je sebenarnya. Dia: Bukan macam tu you. Ya Allah, I tak bermaksud macam tu. Huh, tak payahlah nak cakap Ya Allah bagai, memang itu pun sebenarnya kan? Sebab tu la masa jumpa mula-mula kau macam suka kat aku sebab kau rasa tak ada perempuan nak kat kau. Lepas tu bila ada perempuan tergedik-gedik, kau mulalah cari alasan. Saya dah masak benarlah dengan perangai lelaki ni!

No comments: