SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, August 18, 2018

Mulut Sesedap Rasa

Assalammualaikum dan selamat pagi! Rasa tenang sikit hari ni walaupun masih terngiang lagi apa yang orang cakap kat saya semalam. Tengahari semalam, saya terima panggilan dari orang office atau NGO lain bertanyakan bila projek siar kaki sekitar Brickfields ni bermula. Saya tak berapa ingat. Kena rujuk fail. Saya Tanya kenapa? Dia kata nak tulis surat. Saya: Tulis surat kat siapa? Orang: Kat office awak, kat tempat lain. Saya: Surat apa? Orang: Nanti awak tahulah. Saya: Cakap jelah. Orang: Pasal siar kaki tulah. Saya: Buat apa nak tulis kat office saya? Kita orang dah uruskan dengan DBKL dah lama dah. Orang: Ye ke? Tak gerak pun? Tak jalan pun? (Dengan suara yang sinis) Ini membangkitkan kemarahan ni! Saya: Kau nak tak aku baling fail ni kat muka kau? Haaa... Tu tandanya saya dah marah! Dia ketawa. Orang: Janganlah marah. Kepala otak dia saya tak marah! Hello! Kami kat office ni, especially unit ni, sebelum siar kaki pecah lagi kami dah bising kat DBKL. Hari pertama tengok cone dibariskan sepanjang siar kaki, panas-panas buta tu, kami dah pergi snap gambar then hantar dalam group whatsapp yang ada pihak berkuasa tempatan, polis, bomba, JKR bagai! Masa tu, wakil NGO lain semua diam je! Yang ambil perhatian tentang hal ni hanyalah pengerusi Rukun Tetangga dan penduduk setempat. Saya terus contact DBKL. Pengerusi RT pun terus hantar gambar ke DBKL yang saya hantar tu. Saya mengamuk kat office ni sebab masa wakil kontraktor datang hantar notis pentadbiran main ambil je tanpa tahu apa-apa dan tak panggil unit saya untuk bincang. Saya Tanya orang pentadbiran, tahu ke apa dia orang nak buat? Tak tahu. Tahu ke apa yang perlu sepanjang projek berlangsung untuk keselamatan blind? Tak tahu. Tahu ke siar kaki yang macam mana yang accessible untuk blind? Tak tahu. Saya marah sangat! Saya kata lain kali jangan memandai-mandai! Kalau dalam pagar pejabat, itu urusan pentadbiran! Tapi kalau luar pagar, jangan campur! Itu urusan saya! Kalau berlaku apa-apa, kami yang orang cari! Terdiam orang pentadbiran. Habis apa yang you tanya kat orang yang hantar notis tu? Tak ada apa. Amboi, senangnya kerja? Habis tu, terima notis macam tu je? Lantaklah orang nak buat apapun kat kawasan kita. Memang menyirap darah saya. Hari tu saya cuti sebenarnya. Kebetulan saya ke pejabat dan jumpa banyak cone masa on the way to office. Cuti-cuti pun sempat saya mengamuk seround. Duduk tak lama, wakil kontraktor datang lagi sebab dah dapat complain yang saya hantar. Saya terus ajak bincang. Saya Tanya dia apa yang dia nak buat dan cara dia nak buat? Buat saya marah lagi, sebab tak ada tactile. Saya Tanya, habis tiang monorel tu boleh tak encik angkat dan alih letak tempat lain? Dia kata tak boleh. So macam mana blind nak jalan tanpa tactile? Nak suruh blind langgar? Petang esoknya pulak, saya terus keluarkan surat rasmi pertanyaan kepada DBKL tentang projek tersebut! Dalam surat tu, saya gesa supaya satu perbincangan dibuat dengan penduduk Brickfields dan pihak terlibat dibuat immediately! On the spot, saya dapat maklumbalas yang satu perjumpaan akan diadakan di RT dengan wakil DBKL, kontraktor dan consultant esoknya. Apa wakil NGO lain tu cakap? Dia kata, macam tak respek orang bagi short notice macam ni. Sudahnya dia tak hadir ke perjumpaan tu. OK beranggapan baik, dia ada kerja lain yang telah ditentukan sebelum ni. Tapi, tak boleh hantar wakil ke? Dia Tanya saya, saya pergi ke tak perjumpaan tu? Saya kata, saya wajib pergi sebab, saya yang buat bising minta perjumpaan tu diadakan. Kalau perjumpaan diadakan hari yang sama pun, saya akan pergi! Lepas tu berlakulah perbincangan dan soal jawab. Berlakulah luahan perasaan yang emosi antara kami dan pihak terlibat kerana mereka dianggap tidak menghormati hak penduduk sekitar sini. Lepas perbincangan tu, adalah perbincangan susulan antara saya dan pihak terlibat. Sehingga membawa persetujuan untuk mereka letakkan assistant kat laluan tu. Saya request at least dua orang. Ditunaikan. Saya request dari jam 8.00 pagi-11.00 malam, ditunaikan. Saya siap ajar cara nak bawa blind. Dia kata dia akan balik ajar pekerja dia. Saya whatsapp gambar kat dia macam mana nak guide blind. Datang pekerja dia, memang tahu how to guide blind. Selang beberapa hari, wakil kontraktor datang jumpa saya lagi. Dia minta izin nak pecahkan siar kaki berdekatan office saya. Saya minta dia tunggu malam Sabtu, sebab pelatih tak ada kelas hari Sabtu. So, dia setuju untuk tak pecahkan malam Jumaat. Then, kami dipanggil untuk meeting dengan pihak terlibat di office River of Life, Datuk Mahadi pun ada masa tu. Consultant bentang tak nak letak tactile. Saya kata certain tempat boleh. Tapi certain tempat tak boleh. Consultant cuba manipulate statement saya, "So, kita putuskan tak perlu ada tactile ya?" Dia tanya Datuk. Saya cepat-cepat mencelah dan bantah "Eh, you tak bolehlah putuskan hari ni tak nak guna tactile. Kan datuk kata nak buat mock up, tunggulah mock up siap. Kita tengok, sesuai ke tidak tak ada tactile. Kalau you putuskan hari ni tak ada tactile, tiba-tiba I kata tak sesuai, you kena tambah budget pulak." Datuk setuju dengan saya. Masa tu, muka saya memang berubah. Walaupun bercakap perlahan, tapi suara saya tegas! Ingatkan saya sorang je yang ada problem nak bincang, Maxis pun datang nak bincang problem dia. Kemudian, mock up di jalan scott siap. Saya dijemput untuk beri komen. Datuk Mahadi pun turun. Saya komen, ada tebing kat sebelah jalan raya tu. Tak sesuai takut blind tersadung. Kalau nak buat, buat rata antara rumput dan siar kaki tu. OK, mereka setuju. Dia orang buat akan balik. Saya terus bangkitkan isu siar kaki yang ada halangan kekal kepada Datuk. Datuk tanya kat mana? Saya kata dekat office saya. Datuk ajak semua yang ada untuk pergi tengok. Saya dan assistant saya bawa. Datuk kata memang susah tak ada tactile. Kalau yang sebelah depannya pulak banyak tiang bumbung. Datuk kata, kena ada tactile kalau macam ni gayanya. On the spot saya minta mock up. Semua ketawa. Dia orang kata, sayapun dah pandai minta mock up. Datuk setuju dan terus bagi arahan untuk buat mock up. Datuk kata kena siap dalam minggu ni jugak! Alamak. Sayapun terkejut. Saya cakap dengan datuk "Datuk, mana sempat seminggu datuk. Kesian dia orang," Yang lain semua diam. Tak berani bantah. " "Eh, tak bolehlah Cik Tinta. Ni kerja dia orang. Dia orang kenalahbuat. Tak payah tidur malamlah." Hayyyoooo!!! Betullah orang kata arkitek dan engineer ni kerja selalu tak tidur malam. Yang lain tu pasrah je dengar arahan datuk. Kemudian, mock up pertama yang dibetulkan siap. Dia orang panggil saya sekali lagi untuk tengok betul ke tak. OK, pas! Saya puas hati. So, saya cakap, harap semua tempat tak ada tactile jadi macam tu. Jangan jadi lain. En. Mahisham kata insya-Allah mereka cuba yang terbaik.

No comments: