SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, August 26, 2018

Assalammualaikum Jodoh

Assalammualaikum awak. Saya doakan awak sentiasa dalam jagaan Allah dan baik-baik selalu. Entah kenapa, hari ni saya rasa terlalu rindukan awak. Mungkin kerana novel-novel cinta yang saya baca menyeru rindu ini bertandang. Namun, saya tak tahu ke mana rindu ini harus dilayarkan kerana saya tak tahu awak siapa dan di mana keberadaan awak. Lalu, saya pendamkan rindu ini sampai ketikanya kita ditakdirkan bertemu. Agak-agaknya, awak rindukan saya tak? Agak-agaknya rindu ni turut menyerang awak tak? Jauhnya perjalanan awak untuk bertemu saya. Awak kat mana sebenarnya? Awak tak kesiankan saya ke? Saya tak ada teman untuk berbicara, untuk meluahkan apa yang saya rasa, untuk berkongsi suka dan duka. Tak apalah. Saya akan terus tunggu awak. Saya yakin, awak mesti dalam perjalanan untuk bertemu saya. Cuma kita sama-sama dirahsiakan tempat dan waktu pertemuan kita. Sementara tunggu awak datang, saya jalani dulu kehidupan saya. Nanti, awak datanglah. Datanglah sebagai seorang yang bertanggungjawab, baik akhlaknya, pemimpin yang berwibawa, yang kaya dengan cinta dan kasih sayang. Saya tunggu awak tau. Okay lah, saya nak solat, nanti saya tulis lagi. Nanti bila jumpa, saya akan bagi awak baca semua ni.

No comments: