SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, January 7, 2018

Almari Kasut Ikea

Assalammualaikum semua. Selamat pagi menjelang tengahari. Hahahaha... Sibuk ke? Mehlah kita sembang jap. Hari ni saya ditinggalkan keseorangan di unit ni sebab my assistant ada urusan peribadi di luar. Petang baru masuk. Semoga urusannya dipermudahkan. Amin... Bulan lepas, hajat nak beli almari dua pintu untuk tudung dan selendang saya bertukar. Saya beli almari kasut. Sebab almari yang macam saya nak tu melebihi budget saya ketika tu. Tak apa. At least ada jugak yang saya bawa balik setelah sepetang menjelajah Ikea bersama acik yang setia menemani. Kesian acik penat. Siap bawa balik skrin baju dengan tray pejabat lagi. Kalau dia tak ada janji dengan tuan rumah, mesti dia pasangkan siap-siap almari saya. Tambahan pulak tak ada skru driver. Almari kasut pilihan saya berwarna putih agar rumah saya Nampak berseri, cerah dan luas. Saya tak nak beli rak kasut kerana ianya terbuka. Tak cantik dipandang mata jika diletakkan di ruang tamu. Almaklumlah, rumah saya bukannya rumah banglo. Berdekatan almari kasut tu nanti akan menjadi ruang makan saya so tak elok kasut terdedah kat situ walaupun taklah dekat sangat meja makan dengan almari tu nanti. Satu lagi sebab Chiko. Chiko ni kadang-kadang suka main benda yang bukan-bukan. Comelkan? Macam baby. Letak dalam almari, tutup. Habis cerita. Chiko tak boleh buka. Kalau dia buka, memang hebatlah dia. Hahahaha... Jangan hebat sangat Chiko nanti kelam-kabut rumah along. Dengan along-along sekali lintang-pukang. Hehehehe... Almari kasut Ikea ni banyak pilihan. Ada yang diperbuat dari plastic tebal dan kayu. Pilihan saya, almari kasut yang diperbuat dari kayu pine. Konsep Ikea ni more to jimat space. Rak kasut pun ada. Kalau tengok gambar kat bawah tu, almari saya ni ada tiga tingkat. Kalau ditutup ia kelihatan seperti laci bertingkat. Dalam setiap tingkat tu boleh memuatkan empat pasang kasut. Nak letak kotak kasut pun boleh. Muat. Nampak macam kecikkan almarinya? OK. Konsepnya bukan letak macam tu je macam rak kasut. Bila kita letak kasut kat dalam ni, kasut tu akan berdiri. Bila kita buka macam dalam gambar tu, barulah kasut ni sedikit berbaring seperti diletakkan atas papan gelongsor. Macam mana boleh muat empat pasang kasut dalam satu compactment? Dekat dalam ruangan tu ada kayu pembahagi. So, kasut akan berdiri dua di hadapan iaitu bersandar pada pintu almari dan dua lagi di hadapannya dengan kayu menjadi pemisah. Almari ni jugak boleh di grill dan lekatkan pada dinding. Waktu pasang, kita boleh adjust kedudukan kayu pemisah kat dalam tu. Dia ada tiga tempat boleh letak kayu tu. Kalau kita nak ruangan hadapan pintu besar dan belakang kecik boleh, nak sama besar antara kedua-duanyapun boleh atau nak besarkan ruangan belakang dan kecikkan ruang bahagian pintu pun boleh. Saya memutuskan dua daripadanya dibesarkan di bahagian pintu dan satu dibahagikan sama banyak. Ruang besar di hadapan pintu tu memudahkan saya untuk menyimpan kasut sukan dan kasut boot saya. Ruangan kecil tu taklah kecik sangat. Still boleh masuk kasut normal seperti kasut pejabat misalnya. Acik hantar Hakim, wakil dia suruh pasangkan untuk saya. Saya nak pasang sendiri tapi saya pening bila tengok macam-macam skru yang dia bagi. Hakim pasang kejap je. Buat rangka then siapkan laci lepas tu masukkan laci dalam rangka dia. Nampaknya saya kena beli tukul besi pulak. Senang nak ketuk. Ada bahagian yang dia bagi paku bukan skru. So, lepas ni saya nak beli almari pulak. Mesti tukul akan berguna untuk saya. Set skru driver yang enam tu saya dah beli masa keluar ke Bandar dengan Hakim kat kampung hari tu. Dalam set tu ada skru driver bunga tiga saiz dan skru driver pipih atau leper tiga saiz. Harga untuk almari ni kepada mereka yang nak beli ialah RM129.00 ketika saya membelinya. Beli yang elok sikit, boleh pakai lama. Silakan, saya belanja gambar almari kasut ni.

No comments: