SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, December 31, 2017

Coretan Malam Akhir

Assalammualaikum... Salam sejahtera semua, Malam akhir di kampung membuatkan perasaan saya bercampur-baur. Sedih, pilu dan sayu bersilih ganti mengambil tempat dalam hati ini. Saya duduk di set sofa L, ruang tamu. Tempat kesukaan abah. Setiap malam kami pasti duduk di sini bersama. Makan, minum, berbual-bual, dengar abah mengaji, dengar ceramah agama di Youtube, abah bacakan buku atau surat khabar, tengok barang di Lazada dan 11 Street dan kadang-kadang kami sama-sama terlelap. Abah di bahagian sana, saya di bahagian sini. Tapi malam ni... Abah tak ada. Saya keseorangan di sofa Empuk kesukaan abah bersama bantal-bantal sofa yang lembut. Sedang buat apa agaknya abah di wad? Sudah tidurkah abah? Abah ingat along tak? Saya sedih sebab tak dapat habiskan malam akhir ini bersama abah. Kesedihan pasti menghurung hati saya tiap hari terakhir saya di kampong. Perasaan yang saya rasakan waktu kecil tatkala mahu berpisah dengan abah masih saya rasa dan ianya tak pernah berubah. Abah, kenapa takdir kita begini? Saya butuhkan waktu bersama abah. Tapi Allah uji agar kita sering berjauhan. Pasti ada sebabkan abah? Saya tak tahu kenapa perasaan saya amat sensitive apabila membicarakan tentang perpisahan. Dan esok... Buat ke sekian kalinya saya akan melalui perpisahan itu. Tapi esok... Bukan abah yang akan hantar saya ke lapangan terbang. Saya sedih. Mama suruh saya balik ke KL sebab katanya abah OK cuma darah dan gula belum stabil. Abah pun suruh saya balik. Mereka tak mahu saya tinggalkan pejabat lama-lama. Mereka mahu saya jadi seperti mereka yang memberikan komitmen tinggi dan berdisiplin dalam kerjaya mereka. Abah, along sayang abah. Abah cepat sembuh tau. Rajin-rajin makan ubat. Nanti along balik lagi dan along tak nak abah masuk wad lagi. Salam sayang buat abah. Selamat malam semua, saya tidur dulu. Esok jam 6.30 pagi saya dah kena bertolak ke airport untuk penerbangan 9.20 pagi ke Kuala Lumpur.

Saturday, December 30, 2017

Abah Dibawa Ambulans Lagi

Assalammualaikum readers, Setiap yang berlaku itu tanda kasih sayang Allah buat kitakan? Sebagai seseorang yang menyayangi seseorang, pastinya kita juga ingin tahu sejauh mana orang yang kita sayang tu sayang pada kita. Begitulah Allah. Tentunya Dia ingin tahu sejauh manakah cinta hambaNya buat Dia. Jadi Dia ujia abah, uji keluarga ni. Pagi tadi, setelah saya siap mengurus diri lebih kurang jam 11.00 lebih, saya keluar dari bilik. Saya dengar mama kejutkan abah. Beberapa panggilannya tidak disahut. Saya bimbang dan ke bilik mereka yang terbuka. Saya: Kenapa, Ma? Mama: Tak tahu. Saya: Abah sedar tak? Mama: Abah, abah. Sedar tak? Dengar tak ni? Tiada tindakbalas. Saya: Dia tidur ke apa? Mama: Tadi tidur. Dia dah terberak ni. Bau yang kurang menyenangkan memenuhi ruang bilik. Mama: Jangan dekat. Mama tak mahu saya dekat. Saya: Kalau dah macam tu, tak sedarlah tu. Dia sakit ke? Mama: Pagi tadi dia tak larat bangun Subuh. Lepas tu dia tidur. Saya sangkakan abah ke masjid seperti biasa. Sedang saya memang di bilik saya melakukan apa yang patut, mengaji dan membaca. Cuma hari ni saya lewat keluar bilik. Tertidur semula dan melayan whatsapp kawan yang ada problem. Mama mula membersihkan abah. Saya: Orang call ambulans eh. Mama: Dah call Pakcik Nan tadi. Dia datang dengan kereta pejabat. Kereta pejabat tu merujuk kepada landrover Pejabat Kesihatan Kuala Kerai. Saya mundar-mandir. Terasa kusut. Tak tahu nak buat apa dan fikir apa. Saya cuma fikir ambulans dan berharap agar Pakcik Nan lekas tiba. Saya: Abah sarapan tak tadi? Mama: Tak. Mama suruh makan dia tak makan. Dia minta Air Limau. Mama buat, dia tak minum. Mama masih lagi memanggil-manggil abah. Saya: Tak sedar tu. Kita call ambulanslah. Abah: Sedar, sedar. Tak payah panggil ambulans, malu kat orang. Tiba-tiba dia bersuara lemah. Sejurus kemudian Pakcik Nan tiba bersama pampus yang mama minta dibelikan. Salah pulak. Mama nak pampus dewasa saiz S, PakCik Nan beli pampus kanak-kanak saiz S. Dah terpaksa keluar beli balik. Mujur Faiz anak Pakcik Nan ikut. So Faiz yang pergi beli sementara Pakcik Nan dan Makcik Roha serta anaknya yang kecil tinggal di rumah tengokkan abah. Pakcik Nan adalah driver pejabat abah dan mama bertugas dulu. Setelah dipakaikan pampus, Pakcik Nan dan Faiz mahu membawa abah ke hospital tapi abah menolak. Dia enggan. Tak boleh jadi. Saya kena bertegas. Saya mengambil keputusan untuk menghubungi talian kecemasan 999. Saya gunakan Aplikasi SaveMe 999 tapi terasa lambat maklumbalas mereka lalu saya call pusat kecemasan. Banyak betul soalannya. Lepas tu dia pas saya kepada hospital Kota Bharu. Pun banyak soalnya. Saya tak puas hati. Saya hubungi pulak kecemasan hospital Kuala Kerai menggunakan nombor yang diberi Faiz. Pun banyak jugak soalannya. Setelah menunggu lebih 20 minit, ambulans tidak jugak sampai. Saya hubungi semula pusat kecemasan Hospital Kuala Kerai. Saya minta nama driver ambulans. Manalah tahu kalau-kalau driver tersebut bekas staff abah. So, dia tahu rumah ni ataupun Cik Nan boleh contact terus. Yelah sesama orang Kesihatan biasanya mudah. Namun saya gagal mendapatkan nama driver kerana orang yang menyambut panggilan saya tidak pasti driver mana yang ditugaskan ke rumah saya. Tapi dia beri saya nama MA yang ikut ambulans tersebubt. Mama kenal akan nama MA itu. Kedengaran siren ambulans berbunyi dan Pakcik Nan lekas menghidupkan enjin motosikal rumah saya dan menuju ke Masjid Keroh Baru kerana di situlah landmark yang saya berikan kepada pusat kecemasan sebentar tadi. Sejenak, ambulans tiba dengan dipandu arah oleh Cik Nan. Ambulans yang lengkap dengan peralatan kecemasan seperti oksigen, blood pressure tester, glucometer, scratures dan stetoskop datang bersama Medical Assistant dan jururawat. Mereka memeriksa kadar gula dalam darah, jantung dan tekanan darah abah. Kadar gula dalam darah 4.4 mungkin kerana mama telahpun menyuap air gula kepada abah sebentar tadi. Mereka mahu membawa abah ke hospital namun abah enggan. Sedang saya dan mama berkeras supaya abah dibawa ke hospital. Akhirnya, mereka mengangkat abah dan dimuatkan di dalam ambulans. Mama ikut naik ambulans. Pakcik Nan memandu landrover mengikut ambulans. Sementara Faiz drive kereta mama ke hospital. Maka tinggallah saya bersendirian di rumah bersama Yaya, Jenny, Hitam Didi dan dua ekor anaknya. Saya dah jadi macam PR rumah ni. Banyak panggilan yang saya terima untuk mengetahui keadaan abah. Petang tadi lebih kurang jam 4, mama memaklumkan temperature tubuh abah 40 dan tekanan darahnya rendah. Abah dimasukkan ke bilik kecemasan. Doktor meminta mama menunggu result pemeriksaan abah. Setakat jam 7.30 malam pula, temperature tubuh abah turun kepada 39.3 dan tekanan darahnya mula naik setelah doktor memberi ubat menaikkan tekanan darahnya. Abah telahpun dimasukkan ke wad Rajawali. Mungkin kerana bilik first class tiada kekosongan so abah ditempatkan di wad yang ramai penghuni meskipun dia mempunyai Geranti Letter untuk first class. Kata mama lagi, abah letih dan dia sering tidur. Petang tadi dia menggigil kesejukan. Sebenarnya saya tak betah tinggal sendiri di rumah besar ni. Lain perasaannya. Lebih-lebih lagi bukan rumah kita yang kita tak tahu selok-beloknya. Perasaan ni sering saya rasa sekiranya saya tinggal di rumah orang. Lebih-lebih lagi rumah besar dan atas Tanah. Atas nasihat Cik Sah jiran yang berkunjung ke rumah ni petang tadi, saya tutup semua langsir dua sliding door ruang tamu yang bedekatan bilik abah dan satu daripadanya betul-betul di sebelah set sofa utama ruang tamu rumah ni. Manakala pintu utama semestinya telah saya kunci sedari petang tadi. Jendela juga telah saya labuhkan langsirnya. Ikatan langsir telah saya buka seperti langsir sliding door. Pintu pagar telah saya minta Cik Sah tutup ketika dia mahu meninggalkan rmah saya. Pintu belakang sememangnya berkunci. Semua jendela kaca telah saya tutup. Mama pesan tutup jendela biliknya. Banyak betul jendela bilik mama ni. Semoga Allah menjaga saya dan keselamatan saya serta rumah ni. Alhamdulillah, angah dan tunangnya akan sampai tak lama lagi. Jam 7.30 tadi dia dah pun di Raup. Malam ni insya-Allah mereka sampai. Telah saya kemaskan bilik Hakim untuk angah menginap malam ni sementara tunangnya akan menginap di biliknya. Setelah memberi makan kucing-kucing rumah ni, mengemas bilik, ruang tamu utama dan ruang tamu kedua atau lebih tepat ruang keluarga, saya terus menulis dan melayari internet sambil menanti angah bersama Jamal tiba. Ya Allah, selamatkanlah semua keluargaku dan diriku serta segala harta kami dan binatang-binatang peliharaan kami. Tinta, Tinta, ni belum lagi duduk rumah mami yang dari ruang tamu kena menjerit kalau nak panggil orang di dapur. Itupun yang duduk kat dapur tak dengar. Rumah tu lagi besar. Lagi rasa tak enak. Itu kalau orang datang kat pintu depan memang tak dengar kalau tak tekan loceng. Terima kasih Yaya kerana sentiasa temankan along. Yaya macam faham je saya kurang enak perasaan. Dari tadi dia temankan saya kat ruang tamu ni.

Friday, December 29, 2017

Bikin Kepala Pusing

Saya muncul lagi! Hahahaha... Rasa bosan. Nak sambung tulis novel tak ada mood. Sebenarnya, I need somebody to talk. Tapi tak ada siapa boleh layan saya bercakap rasanya. So, saya sembang dengan korang je la walau pun saya je yang membebel. Hehehe... Nampak tak? Tajuk pun dah terpengaruh dengan Ustaz Hanan Attaki susunan bahasanya. Tambah deh kat belakang terus jadi Indonesian kan? Korang pernah tak rasa, korang nak kawan je dengan seseorang tu tapi dia meminta lebih? Lepas tu bila kita terangkan baik-baik dia tak boleh terima. Saya bukan jenis yang suka bagi harapan kat orang. Kalau saya rasa dia lain macam, saya akan Tanya. Kalau didapati perasaannya dah ke lain, saya akan cakap yang saya anggap dia kawan. Saya takkan biar bertahun. Berbulan pun tidak. Kalau saya rasa pelik, dan saya rasa saya tak boleh. saya akan cakap. Supaya saya tak sakitkan hati dia setelah dia pergi jauh dengan perasaannya. Yang jadi masalah ni bila dia orang tetap mengejar saya sampai saya rimas dibuatnya. Tak layan call, whatsapp, tak whatsapp messenger. Tak layan messenger, komen kat FB. Ada sesetengah tu macam mendesak pulak. Ya Allah, ujian apakah ini? Yang saya suka tak nak kat saya. Yang saya rasa tak bersedia nak bagi hati, susah nak lepaskan saya. Saya cerewet? Mungkin kot. Tapi saya ada sebab. Sebab paling utama nak jaga hati sendiri. Siapa lagi nak jaga hati kita kalau tidak kita? Pengalaman mengajar saya semua ni. Saya harus berfikir waras dan rasional dalam soal ni. Tak boleh ikut hati dan perasaan macam dulu. Kalau yang datang tu suami orang macam mana? Kalau yang menghampiri tu terlalu muda bagaimana? Kalau yang dekat tu tak ada ciri yang saya nak macam mana? Kalau yang mencuba tu seolah mahu mengambil kesempatan atas saya, takkan saya nak serahkan hati saya? Nanti sejarah lama berulang lagi. Sebab tu sekarang ni saya malas nak layan sangat kalau lelaki. Saya tak nak rapat sangat dengan kaum Adam. Kadang-kadang saya fikir, lebih baik saya buat tak tahu je kalau rasa macam dia suka saya. Yang pelik tu, yang kenal saya kat FB pun susah nak lepaskan saya pergi. Ni lagi parah. Belum kenal, belum jumpa dah ajak ke peringkat seterusnya. Betul ke tak betul ni? Korang ni janganlah main sebarang je. Lepas tu rasa tak sesuai korang belah gitu je. Maaflah, saya dah penat. Saya dah serik. Saya letih dengan semua ni. Saya dah tua kot walaupun tak adalah tua mana. Tapi ni bukan masanya saya nak main-main macam dulu. Nak bercinta bertahun. Kecewa bertahun. Saya cari suami. Bukan boy friend. Saya perlukan imam dan pemimpin saya. Bukan teman istimewa. Kalau saya tiada jodoh di dunia ni, biarlah saya tidak dilukai dan dipermain lagi. Saya penat dah dengan semua tu. Bagilah saya rasa kebahagiaan dengan cara saya andai korang tak mampu membahagiakan saya.

Kamu Mencinta Kerana Apa?

Assalammualaikum... Salam sejahtera semua. Sudah lama saya tidak menulis tentang cinta, tentang perasaan, tentang hati, tentang rindu di sini. Bukan kerana cinta itu telah mati dalam nurani saya cuma... Telah saya pasrahkan segalanya pada Allah. Saya tidak mahu lagi berharap kepada manusia. Saya yakin, Dia sebbaik-baik perancang. Maka saya tunggu jodoh kirimanNya dengan doa dan tawakal. Hari-hari cuti saya di kampung banyak saya luangkan untuk mendengar ceramah agama di Youtube. Saya tertarik dengan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh seorang penceramah Indonesia iaitu Ustaz Hanan Attaki. Saya mendengar pelbagai ceramah daripada beliau. Tentang para rasul, isteri-isteri nabi, anakanda baginda serta para sahabat. Tidak terkecuali ceramah berkisar cinta dan jodoh. Saya tertarik kepada perbincangan tentang cinta. Kata Ustaz Hanan Attaki, mencintai itu ada dua sebab. Kerana nafsu atau kerana hati. Cinta yang lahir kerana nafsu sering pasang surutnya. Sering turun naiknya. Adakala cinta, adakala berkurangan. Tapi seandai cinta itu didasari kerana hati, insya-Allah cinta terhadap pasangan itu teguh. Cintanya sentiasa hangat walau dalam apa keadaan sekali pun. Ia akan mendorong pasangannya serta selalu ada untuk pasangannya. Tiada apa yang mampu mengubahnya kecuali dengan izin Allah. Lalu saya merenung kisah silam saya. Menyelusur kembali alam percintaan yang pernah terlewati. Mungkin benar kata Ustaz Hanan, saya mencintai mereka kerana hati yang tulus menerima apa adanya mereka. Tetapi mereka? Mereka mencintai saya kerana nafsu sebab itulah cintanya mudah berubah seperti pasir yang berubah tatkala dilanda air bah. Cinta mereka beralih arah sebagaimana lelayang yang mudah beralih arahnya apabila ditiup angin. Mungkin saya tidak layak menerima cinta dari hati mereka atau mereka tidak pantas menerima cinta saya? Maka saya bertawakal padaMu Ya Allah atas cintaku dan jodohku. Kau berikanlah yang terbaik buatku sebagaimana yang aku perlukan. Amin...

Apple High Speed Charger for IPhone 5/5C/5S/6/6+ White

Assalammualaikum readers, Kerja meng update blog je saya ni... Tak tahu nak berbasa-basi dah. Hope all of you are fine. Insya-Allah. Charger IPhone saya ni dah terbuka balutan di bahagian yang menyambung ke adapter dan ke handset. Selalunya saya guna barang memang sampai lunyai. That's why I don't mind to by with a pricy cost. Beli sekali tak tahulah berapa lama boleh pakai. Misalnya charger yang lunyai ni dah 2 tahun saya guna. Dapat masa beli IPhone dulu. Sebagai manusia, selagi boleh murah, kita mesti nak murahkan? Dah lama saya usha charger ni kat Lazada. Masa sales 12 Disember dulu, harganya tak turunpun. Still RM79 and RM89 saya pun tak tahu apa bezanya kedua-dua charger tu. Mungkin yang RM89 tu yang high speed charger kot. Masa sales Krismas pun tak turun harga. Hooooo... Apple, memang susah nak jual murah. Pagi tadi email Lazada buat ke sekian kalinya memasuki inbox saya. Year End Sales katanya... Niat di hati nak cuci mata je. Saya tengok Zwilling set knives still same prise as before, RM1,288.00 for 15 pcs. Tak payahlah. Baru je beli vacuum kan? Saya lantas teringat kepada USB saya yang saya suruh abah balutkan guna salotape dua tiga malam lepas. Lalu tangan pun cepat je type kat kotak carian 'IPhone charger'. Berbarislah keluar charger IPhone. Bukan sekadar IPhone, entah apa-apa charger lagi entah yang keluar. Nampak macam ada sales. Saya go tru sepintas lalu. Sampailah pada satu items, bacaan saya terhenti di situ. Apple High Speed Charger for IPhone 5/5C/5S/6/6+ White. RM22.80 daripada RM89.00. Kalau tak silap jimat 74 pratus. Waaaahhh... Udah baik bangat deh. Hahahaha... Jangan terburu-buru. Kita tengok dulu question and answer. Saya tengok ada customer Tanya adakah ini original. Pengedar jawab, ya. Brand: Apple. Tawakaltu Alallah. Saya beli dua. Nak letak kat rumah satu, kat office satu. Total yang perlu dibayar RM47.60. Kenapa dua? Supaya saya tak perlu angkut ke mana-mana dah. Tak adalah cepat rosak. Belum lagi lupa satu hal. Kalau lupa, jawabnya off la handset saya seharian atau semalaman. Yang lama ni boleh buat stand by dalam handbag je. Alhamdulillah, rezekilah ni namanya. Harap everything would be OK. So kita tunggu dia sampai antara Rabu hingga Sabtu depan. P/S: Robot Aurora saya dah sampai tau. Lebih awal dari tarikh yang dijanjikan. Good job Lazada.

Thursday, December 28, 2017

Jemputan Deklamasi Puisi

Assalammualaikum readers, Saya kembali lagi. Hahaha... Saya mendapat jemputan untuk mendeklamasikan puisi pada 6 Januari nanti. Niat di hati nak pakai biasa-biasa je. Mungkin jeans dan t-shirt je. Hari ni umi (Datin Fauziah) call lagi. Katanya, jangan mengada-ngada nak pakai simple-simple sebab kawan-kawan umi dah excited nak jumpa you. Umi dah cerita macam-macam kat dia orang. Umi cakap awak pandai mekap, pandai bergaya, baju awak hebat-hebat, pandai berkata-kata, cantik, bijak, paling penting, awak pernah jadi guess Siti Nurhaliza kat TV. Apasal kaitkan saya dengan Siti Nurhaliza pulak ni??? Tak ada kena-mengenalah umi. Awak jangan nak sebarang-sebarang je hari tu. Jangan tak datang pulak. Orang semua excited nak jumpa awak. Oh my god, oh my god, oh my god.... Alamak... Umi niiii.... Ni yang buat Tinta malu nak pergi ni. Kecohlah umi niiiii... Umi ketawa je bila saya kata dia kecoh. Ni buat saya nervous in advance ni. Sesungguhnya saya tak suka orang cerita yang lebih-lebih fasal saya kat orang. Saya bukan siapa-siapapun. Saya biasa-biasa je. Tak perlu bagi publisiti best-best. Biar orang kenal dulu then judge. Itu lebih baik. Takut nanti saya tak sehebat yang digambarkan. Lupakanlah perbualan dengan umi tadi. Saya memilih untuk mendeklamasikan Puisi Harimau Luka Rahman Shaari. Nak hafallah. Baru best. Insya-Allah tak susah sebab saya pernah hafal untuk pertadingan beberapa tahun lalu. Biar mengaum tempat tu hari tersebut. Hehehehe... Auuummm!!!

Mimpi Petanda Pertemuan

Assalammualaikum semua...

Selamat pagi...

Salam dari Pantai Timur...

Kalau dah macam-macam ucap tu maknanya mood baiklah tu. Hahahahaha...

Dah lama saya simpan cerita ni. Belum ada kesempatan nak tulis. So hari ni baru terasa nak cerita.

Sebelum kemunculan saya dan Siti Nurhaliza di kaca TV puasa lalu, saya bermimpi bertemu beliau.

Mimpi ni berlaku beberapa minggu sebelum production house hubungi saya.

Tigaa tahun lalu, saya pernah bertemu Siti Nurhaliza dalam sebuah shooting majalah bersama Caliph Buskers. Masa tu saya terlibat dalam shooting berkenaan. Tapi saya tak ada masa bersama Siti. Almaklumlah. Saya ni orang biasa-biasa je. Walaupun Siti seorang yang humble dan layan je semua orang di sekelilingnya, sebagai orang biasa-biasa ni, saya just duduk jauh-jauh dari dia dan Caliph Buskers. Dorang nak praktis nyanyilah apalah. Shooting tu untuk hari raya yang bakal menjelang yang dibuat oleh Majalah ZIP. Rupanya di kalangan wartawan pun ada yang fenatik Siti Nurhaliza. Ada wartawan yang tak ditugaskan untuk bersama Siti masa tu pun siap curi masa datang nak jumpa dan bergambar dengan Siti Nurhaliza.

So, siapalah saya pada mata Siti Nurhaliza masa tu kan? Sedangkan dalam hati nak sangat berbual dengan beliau. Dapat jumpapun jadilah.

Siti sentiasa ditemani oleh Caliph Buskers dan para wartawan. Takkan kita nak menyibukkan? Adalah jugak berjumpa secara dekat tapi sekejap-sekejap je. Sempat jugak bergambar dengan beliau. Tambahan saya ni memang tenggelam kalau ramai. Seganlah. Kalau tiba scene saya, bila dipanggil so saya buatlah apa yang patut bersama Siti Nurhaliza.

Tapi dalam mimpi tu, saya berjumpa beliau dalam keadaan lebih eksklusif. Memang ada orang lain kat sekitar tu seperti Kak Rozi dan kru produksi tapi kami banyak masa berdua, berbual dan bercerita. Perhatian Siti Nurhaliza masa tu lebih tertumpu kepada saya. Saya senang dengan situasi tu. Saya bebas bercerita dan bertanya kepada beliau.

Demi tersedar dari lena, saya rasa rind sangat kepadanya. Rasa nak bertemu beliau. Malah perasaan tu saya rasakan sebelum bermimpi beliau lagi. Saya tertanya sendiri, apa makna mimpi tu? Adakah saya akan bertemu Siti Nurhaliza tidak lama lagi? Tak mungkin sebab saya bukan lagi selalu bersama Caliph Buskers so mana ada peluang nak jumpa Siti lagi. Fikir saya sendiri. Ah, mungkin itu hanya sekadar mainan tidur. Putus saya akhirnya.

Lalu saya jalani kehidupan saya seperti biasa. Sesekali ingatan saya melayang kepada Siti Nurhaliza, penyanyi yang amat saya minati itu. Namun kerinduan serta keinginan bertemu beliau, saya pendamkan saja jauh di dasar hati.

Wednesday, December 27, 2017

Email Yang Membangkitkan Kemarahan

Assalammualaikum readers, Saya terima email daripada HR. Saya setkan email pejabat ke handset saya. Waktu baca semalam, saya nak cepat. So tak adalah focus sangat. Bila teringat akan email berkenaan, saya lantas membuka email mengulangi bacaan. Saya tahu arahan siapa ni. Email ni kepada semua staff, suruh utilize cuti supaya tidak ada cuti berlebihan dibawa ke tahun hadapan. Macam nilah kalau letak Acting GM yang kurang cerdik dan sibukkan benda yang remeh-temeh. OK, kalau tak nak cuti berlebihan tu saya faham. Even saya terlibat dalam perangkaan cuti untuk sebuah NGO lain. Tapi bukan simply cakap jangan ada cuti berlebihan dibawa ke tahun depan. Kau hantar email pun dah 20 Disember, kau nak suruh orang utilize cuti? Gila ke apa? Kau orang tahu tak, kebanyakan staff kat sini willing to work out of office hour, on Saturday that they suppose to off, sunday and public holiday? Dan kita orang ni, tak layak clim over time tau. Jangan berangan nak buat tempat ni macam korporat pulak. Kalau staff yang duduk kat finance, HR dan admin yang always sit in the office tak apalah. Balik pun boleh shap kul 5. Tapi kita orang yang dekat services units, PR and fund raising ni tak boleh kerja ikut time macam tu. Kami bergantung kepada keperluan. Even if every Saturday I'm suppose to work pun I buat tau. Kau ingat jaga sports and services units ni boleh balik terus balik gitu je? Kadang-kadang client call, whatsapp walaupun waktu yang tak sepatutnya. Pergi kerja luar yang kadang-kadang makan waktu rehat. Tapi kita orang tak pernah masuk lewat walaupun hari sebelumnya balik jam 10 malam. Lainlah macam orang tu, konon kerja balik lambat, datang lambat. Kau manager ke, GM ke, kau ingat suka-suka buat macam tu? Kalau kau pun tak betul, macam mana staff bawahan nak jadikan kau contoh? Memang aku bolayankan kaulah jawabnya. Saya tahu, email ni dikeluarkan berpunca dari saya. Kenapa? Saya hantr permohonan untuk bawa semua cuti saya ke tahun hadapan. Cuti saya berbaki 14 hari setelah saya ambil 10 hari hujung tahun ni. Macam mana kau nak suruh aku habiskan 14 hari lagi tu sedangkan tahun depan tu tak sampaipun 14 hari. Tu pun mujur aku nak jujur. Tulis surat kalau nak harapkan HR yang macam hampeh tu, mana ada rekod cuti staff ada berapa? Ada hati kau cakap dengan aku, nak check dengan HR? Kau checklah. Aku boleh geranti yang cuti aku dalam rekod HR lebih dari tu. Sebab kau bengongkan? Dalam HOD meeting kau cakap apa? Orang kata HR kita kelam-kabut pun kita still dapat gaji. Macam ni ke mentality seorang GM? Kau ingat HR tu untuk gaji je ke? Sekarang kau rasakan betapa susahnya bila HR kau tak function sepenuhnya. Lepas tu kau boleh Tanya aku pasal replacement cuti. Tu HR yang buat kursus yang aku ambil as a replacement tu. Masa tu MR. Chan as a GM pun masuk sekali kursus tu. Dah kursusnya hari Sabtu dan Ahad sepanjang hari, of cause la ada replacement. And I'm in charge of sports and accessibility. Lagi banyak replacement yang saya dapat. Kalau dah hari Sabtu Ahad kena bertugas, macam mana tak menimbun cutinya? Ada sekali tu, management buat kerja last minute untuk sambut hari ulang tahun office kami. Sudahnya siapa jadi tukang sapu kerja carca-marba korang tu? Saya jugak. Saya tak dibenarkan bercuti dan diminta siapkan kerja tu walaupun masa tu public holiday. Kau kiralah, kalau public holiday berapa hari aku dapat replacement cuti? Nak bercuti pergi jalan-jalan luar KL pun tak dapat masa tu. Kau nanti eh. Nanti time kau, jangan harap aku nak stay kat office buat kerja kau kalau macam ni gaya kau. Memang aku bye bye kan kaulah nanti. So cuba kau cerita kat aku macam mana cuti aku tak banyak??? Yang best tu, assistant saya siap cakap dengan dia, kalau you tak percaya dia attend that kursus, you boleh minta HR print kedatangan dia dan check. Sebab masa tu assistant saya yang hantar borang cuti saya. Pandai pulak cakap, I tak adalah nak rigit sangat. Sudahlah. Terasalah kot assistant saya menyampah dengan dia. Dan sekarang kau keluar email macam ni kat semua orang. Kau tak tahu ke orang kepercayaan kau tu ada 29 hari nak bawa cuti ke tahun depan? Tak payahlah saya hurai lebih fasal si fulan tu sebab dia belum kacau saya. Kalau kacau siap! Selama ni mungkin kau tak kenal siapa saya kat pejabat ni. Sebab kau selalu berurusan dengan manager yang yes boss walaupun boss tak cerdik. Masing-masing nak bodek. Jaga kedudukan masing-masing so ikutkan jelah. Biarlah kalau staff dan diri sendiri tertindas pun. Dengan saya no! Saya akan cakap direct. Kau tak suka lantak kau. Aku dah lama kat sini, so aku lebih faham selok-belok hal kat sini. Kau orang baru, jangan nak mengada. Kalau betul saya akan sokong. Kalau tak, saya akan tegur dan kritik. Saya peduli apa. Saya ada Allah. Saya tak perlu takut untuk menegakkan kebenaran. Bukan manusia yang bagi rezki kat saya. Email ni dihantar pada 19 hari bulan lagi. Tak ada sorang pun respon. Manager pun diam, HOD pun diam. Biarlah apa orang nak cakap, saya terus balas email tu. Memang saya geram dan bengang. Ni kali pertama kot, so saya masih berlembut namun tegas. Tak adalah nak marah tak tentu fasal. Antara cadangan saya, sekiranya tidak mahu cuti berlebihan dibawa, ianya tak boleh dikuatkuasakan tahun 2018 because it is too late. Yang cuti ada berpuluh hari tu macam mana? Kalau nak buat, boleh. Tahun 2019 tapi tahun depan, orang berkenaan kenalah buat satu garis panduan cuti yang konkrit untuk digunapakai. Kalau tak faham garis panduan cuti yang konkrit tu tak payah jadi GM, dan yang sorang lagi tu tak payah in charge HR. Ingat semua staff bodoh ke? Instruktor tu macam mana pulak? Berhari-hari kot replacement cuti dia tak termasuk cuti tahunan. Hal berkaitan staff ni bukan mudah. Banyak benda nak difikirkan sebelum kita buat sesuatu. Kena ambil kira kesan, kebaikan dan keburukan kepada staff dan management. Saya salah sorang yang in charge staff di sebuah NGO lain. So saya tahu hal ni. Hal nak gubal cuti, gaji, kenaikan, bonus dan lain-lain. Tak semestinya kena ada degree dalam HR baru boleh faham fasal HR. Bak kata HR Manager OCBC, untuk menjadi HR tak menjadi kepentingan seseorang itu ada degree in HR. Sebab ada degree in HR pun belum tentu boleh handle HR. Kalau setakat buat gaji, guna system itu dan ini bukan sesuatu yang susah. Yang penting HR ni kena ada leadership, berani buat keputusan, tegas, tajam pemerhatian, belajar melalui pengalaman itu yang the best. HR bukan boleh belajar dari buku dan dapat degree. Belajar dan ada degree HR tak menjanjikan seseorang itu menjadi HR yang bagus dan disegani. Satu lagi HR tak boleh cakap tak tahu. Itu yang staff akan marah. So untuk jadi HR kena bersedia dengan sebarang soalan dan jawapan. Akhir sekali dalam email saya tu, saya minta hal ni dibincangkan dalam HOD meeting terdekat. Tak tahulah masuk tak dalam kepala dia orang tu. Staff ni pun satu hal jugak. Tak setuju diam. Gosip kat belakang. Sampai bila management nak sedar yang dia orang tu buat benda yang tak patut? Kalau sedar pun dia orang buat tak tahu je. Sebab pada mereka, staff OK je semua benda yang dia orang buat. Tolonglah. Tolonglah bagi kami GM yang cerdik, bijaksana, tegas, tak main bodek-bodek dan betul-betul nak menyumbang dan bekerja. Janganlah bagi kami orang-orang yang pendek akal ni. Begitu jugak dengan manager dan HOD. Bagilah dorang ni semua kebijaksanaan dan jati diri yang teguh agar office ni dapat dibangunkan dengan maju seperti dulu. Oleh kerana email ni dihantar kepada semua staff, balasan email sayapun diterima semua staff. Ada sorang staff terus whatsapp saya lepas baca email saya. Tulisnya, "Bila Tinta berkata-kata," Yelah. Dah semua orang diam. Padahal semua tak setuju. Biarlah apa orang nak kata pun. Biar yang baru-baru tu tahu, bukan mudah dia orang nak perkotak-katikkan staff kat sini. Sorry la readers, saya amat marah hari ni dan kecewa dengan apa yang berlaku dalam management office ni sekarang. Ianya menjejaskan fungsi organisasi ini diwujudkan. Kalau dah kepalanya tak betul, mana mungkin orang bawahan nak jadi yang sepatutnya. Ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus.

Tukar Tempat 2

Waktu Kak Sha dan En. Fairuz di bilik tempat simpan barang-barang sports, Kak Linda datang bersama Kak Tina. Kak Linda: Tinta, mana mahu dibersihkan? Saya: Bersih apa? Kak Linda: Ni, kata mahu cuci bilik ni. Kata Tinta mahu masuk sini. Saya: Siapa suruh? Kak Linda: En. Fairuz bilang. Saya: Eh, belum lagilah. Lambat lagi. Saya nak cuti dulu lepas tu baru masuk bilik ni. Kak Linda: Bila kau masuk Tinta? Saya: Tahun depan. Kak Linda: Oooo... Aku ingatkan sekarang. Aku balik ya. Balik maksudnya dia nak ke tempat cleaner berehat kot. Saya: Baliklah. Dengan mudah saya suruh dia balik. Kak Linda: Tak payah kemas? Saya: Tak payah. Saya terus masuk ke partition saya dan Kak Linda bersama Kak Tina keluar dari office. Tak lama kemudian, Kak Sha datang. Kak Sha membebel sendiri. Kak Sha: Heiiii... Manalah si Linda ni, tak datang-datang. Orang cakap suruh datang bersihkan kata ya, ya, tak datang. Alamak! Saya ke yang salah dalam hal ni? Hahahahahaha... Saya: Kak Sha, sebenarnya... Linda dengan Tina dah datang tadi. Kak Sha: Ya ke? Habis tu mana dia? Saya: Saya dah suruh dia balik. Kak Sha: Ya Allah... Kenapa kau suruh dia balik? Akak yang call dia suruh datang. En. Fairuz suruh panggil bersihkan bilik dia untuk kau. Saya: Mana saya tahu. Kan lambat lagi. Kak Sha: Ya Allah, nanti bisinglah orang tua tu. Saya: Akak panggillah balik. Saya terus sambung buat kerja. Sejurus lepas tu, Kak Linda dan Kak Tina datang lagi. Kak Linda: Aku udah ke sini tadi. Tinta kata tak payah. Aku baliklah. Entah apa yang dia orang bertiga bising-bising saya tak tahu. Saya ketawa je kat tempat saya. Kak Linda: Tinta, tadi kau bilang tak payah. Saya: Mana saya tahu kena cuci sekarang. Ingat tahun depan. Saya cakaplah tak payah. Kalau ikut saya, tahun depan cucinya. Kak Sha: Mana boleh tahun depan. En. Fairuz suruh buat sekarang. Dalam hati saya: Eh, orang tua tu. Macamlah dia nak pencen hari ni. Maka Kak Linda dan Kak Tinapun membersihkan bilik tersebut sambil dipantau oleh Kak Sha untuk memastikan dia orang betul-betul bersihkan bukan sekadar buat. Nasib koranglah nak buat apa. Aku banyak benda lain nak buat ni. So bila saya naik cuti nanti, saya just kemas barang saya untuk masuk. bilik tu sapu dan mop macam biasa jelah. Bila En. Fairuz datang, dia bising-bising kat Kak Sha kenapa tak hantar lagi computer dia ke ICT? Lepas saya bercakap dengan ICT dan agree untuk hantar PC dia hari Isnin baru dia diam. Seboleh-bolehnya dia nak hantar PC tu hari Sabtu tu jugak. Hadoi, boss, tak payahlah kelam-kabut sangat. Budak ingusan je nak duduk dalam bilik ni. Bukan orang besar pun. Banyak masa lagi. Kak Sha kan tak cuti. Tahulah dia uruskan nanti. Jangan bimbang. Saya tahu, dia nak semua settle sebelum dia bercuti. Boss ni, saya ni budak lagi tak payah nak hormat sangat. Bukan taraf boss nak kelam-kabut siapkan tempat untuk saya. Saya yang kena kelam-kabut untuk boss.

Tukar Tempat

Mood menulis datang. Agaknya sebab tulah orang suka menulis malam kot hahahahaha... Seperti yang pernah saya tulis sebelum ni, my boss is going to retire. Dan, insya-Allah saya menggantikan tempatnya. Saya masih mentah. Mungkin betul kata boss, pengalaman akan mengajar saya. Boss mula mengemas dan mengosongkan tempatnya. Oleh kerana saya tak yakin untuk pindah masuk ke dalam bilik, boss bawa saya jumpa acting GM, maklumkan kepadanya tentang penyerahan dan pengambil-alihan tugas kepada saya. Dengan erti kata lain, saya mengambil alih pucuk-pimpinan Accessibility and Advocacy Unit +Sports and Recreation. Dan boss maklumkan juga kepada pihak atasan bahawa saya akan mula masuk ke biliknya setelah dia mengosongkan bilik Ketua Unit Accessibility and Advocacy. Kata boss, saya kena pindah terus. Dia tak nak orang lain duduk dalam bilik tu. Sebab tu bilik Accessibility. Tapi bagi saya, saya tak tergamak nak pindah masuk walaupun boss kata kat laci je masih ada barangnya. Yang lain semua dah clear. So, saya boleh mula masuk. Saya bukanlah orang yang gila kuasa tak menyempat-nyempat nak masuk dalam bilik atau nak jadi ketua ambil jawatan tu dari orang sebelumnya. Biarlah boss dah betul-betul clearkan biliknya baru saya pindah masuk. Rasa macam derhaka je bila boss belum keluar saya masuk. Saya tahu, boss buat semua ni dia nak tinggalkan unit ni dengan proper. Dia nak pastikan orang yang dia pilih dan ajar gantikan tempatnya. Boss tak mahu saya dibuli dan ditindas. Boss tak mahu saya dinafikan hak seperti dulu. Terima kasih boss. Boss memang baik hati dan ikhlas. Saya rasa sedih sebab saya tak punya banyak masa bersama boss. Boss tak menyempat-nyempat suruh Kak Sha hantar komputernya yang lama ke ICT Unit untuk dilupuskan. Dia mahu kosongkan tempatnya cepat bagi memberi laluan kepada saya untuk berkemas masuk. Pagi tu, Kak Linda, cleaner office Tanya saya: Kak Linda: Mana barang-barang awak Tinta? Saya: Barang? Barang apa? Kak Linda: Aku nak kemaslah. Kata awak ada barang nak kemas masuk sana. Kak Linda ni memang kejap cakap aku, saya, awak, kau. Saya tercengang. Barang apa? Kak Linda: En. Fairuz bilang, suruh tolong Tinta kemas barang. Tinta mahu pindah. Ya Allah. Boss ni memang tak menyempat. Macam dia pulak yang nak pindah. Biarlah dulu. Lagipun saya lebih suka kemas sendiri. Nanti kalau orang lain kemas, tak jumpa semua barang saya. Saya: Bukan sekaranglah kak. Nanti. Tahun depan. Kak Sha: 2 hari bulan saya tak ada. Nanti Linda tolong kemas barang dia. (Kak Sha tiba-tiba menyampuk) Kak Linda: Oh nanti. Kok bilangnya sekarang. Saya: Merepeklah boss tu. Kak Linda: Nanti udah mahu kemas bilang ya. Nanti kakak kemaskan. Saya: tak apa kak. Saya boleh buat sendiri.

Romania, Antara Pasti Dan Tidak

Assalammualaikum... Semua orang dalam rumah ni tidur awal malam ni. Si Hakim yang terkenal dengan tidur lambatpun dah terbongkang atas katil. Tinggallah saya keseorangan. Hmmm... Romania. Saya pernah tulis dalam salah satu entri dulu yang boss saya suggest nama saya kepada dua boss atas untuk bawa saya ke suatu general assembly di luar Negara. Ya, Cluj Napoca, Romania tempatnya. Walaupun tak sangka yang boss saya boleh suggest gitu dan dipersetujui dua boss lagi, saya rasa happy dan ini adalah motivasi untuk saya memberi khidmat terbaik kepada office tempat saya bertugas. Namun masa tu, saya tak confirm pergi. Kalau kewangan mencukupi, saya pergi. Kalau tak, tinggallah jawabnya. Jauh di sudut hati, saya sangat teruja dan berharap takdir dan rezeki untuk saya. Tapi Romania tu tak popularpun pada saya. Janji Europe. Saya nak pergi. Nak rasa naik flight jarak jauh, nak rasa cuaca empat musim, nak tengok budaya orang Eropah dan macam-macam lagi. Dalam diam, saya berangan nak pergi. Saya mula search fasal Romania. Banyak yang diperkatakan blogger adalah Bucharest iaitu ibu Negara Romania. Sedikit saja maklumat yang saya peroleh tentang Cluj Napoca. Rata-rata blogger menulis bahawa orang-orang Romania ni mudah mesra dan sangat friendly. Saya berdoa agar Allah izinkan saya ke Romania. Selain kerana tugas, semoga ianya menjadi suatu hadiah istimewa buat saya setelah mengharungi pelbagai ujian Allah sejak dua tahun kebelakangan ni.

Tuesday, December 26, 2017

Ibadah Haji Tiada Dalam Al-Quran

Assalammualaikum... Dan salam sejahtera semua. Oleh kerana tak tahan godaan sambal tempoyak, saya makan nasi lunch tadi. Sudahnya tidur sampai ke Asar dari selepas Zuhur. Malam ni, mata tak mahu lelaplah jawabnya. Ada sorang kawan ni, dia memeluk Islam. Dia sering mendebatkan isu Islam dengan seorang ustaz. Suatu hari, kami berbual tentang Mekah dan ekonominya. Antara factor kemajuan ekonomi Mekah ialah, sector pelancongan kerana muslimin muslimat dari seluruh dunia menunaikan haji saban tahun. Bukan ribuan malah jutaan pelancong membanjiri Mekah setiap tahun. Itu tidak termasuk ibadah Umrah. Dia dengan mudah dan yakin mengatakan walhal, Ibadah Haji tidak disebutkan dalam Al-Quran. Saya tergamam. Masakan ibadah yang termasuk dalam rukun Islam tiada dalam Al-Quran??? Seingat saya, semasa saya bersekolah agama di Johor dulu, kami mengambil mata pelajaran ibadat. Salah satu pelajaran di dalam subjek ini adalah Ibadah Haji. Seingat saya jugak, jenuh kami menyalin nota tentang haji siap dengan hadis dan firman Allah bagi membuktikan ibadat haji itu adalah suruhan Allah kepada yang mampu. Tapi saya lupa ayat apa dan dalam surah apa sebab terlalu banyak firman yang kami baca dan dikehendaki menyalinnya. Lantas, kerana kejahilan saya, saya tidak mampu memberi hujah berkenaan soal ini. Dia sememangnya pandai berhujah dan tidak mahu kalah. Jika mahu membalas hujahnya, kita perlu ada fakta dan bukti kukuh untuk menyokong hujah kita. Saya berasa malu pada diri sendiri dan pada Allah. Malunya saya sebagai seorang muslim kerana tidak mampu membuktikan bahawa ibadat wajib itu suruhan Allah, bukan kemahuan Kerajaan Arab Saudi semata-mata. Saya muslim yang lemah, gagal. Baru diuji dengan seorang mualaf, saya tidak mampu berdebat. Bagaimana saya mahu menyampaikan dakwah kepada yang non muslim seandainya mereka bertanyakan soalan tentang Islam kepada saya? Mulai dari hari tu, saya berazam untuk membaca dan memahami isi Al-quran. Jika tidak mampu mengingat dan menghafal potongan berkenaan sesuatu perintah Allah dan sesuatu isu, cukuplah saya mampu mengatakan dengan yakin bahawa perkara berkenaan dinyatakan dalam Al-Quran. Lalu, saya mula membaca tafsir Al-Quran. Tapi sayangnya, bacaan saya terhadap tafsir tidak selari dengan bacaan Al-Quran saya saban hari sebab Al-Quran tu saya baca insya-Allah setiap kali lepas Dhuha jika saya tidak lewat masuk ke pejabat. Jika tidak, Dhuha sajalah jawabnya. Alhamdulillah, bacaan Al-Quran saya sekarang di Surah Yusuf. Sedangkan tafsir Al-Quran yang saya baca baru masuk Al-Baqarah Juz 2. Hari ini, saya ketemu tentang Ibadat Haji dalam Al-Baqarah. Ya Allah, jahilnya saya. Andai ada kesempatan, saya akan maklumkan kepada kawan saya tu tentang hal ini. Cuti-cuti macam ni banyaklah sedikit masa saya untuk membaca. Betapa lemahnya iman saya ni. Segala yang saya tulis malam ni, bukanlah untuk riak tetapi sekadar berkongsi. Semoga kita sama-sama menjadi muslim yang bukan sekadar nama tetapi muslim yang memahami agama. Saya ini jahil lalu saya harus berusaha untuk mengambil tahu agama saya. Dah lama saya mulakan usaha membaca Al-Quran ni tapi almaklumlah, kelemahan saya kadang-kadang 10 ayat je sehari yang saya baca. Guru mengajar ngaji belum saya temui di sekitar rumah saya untuk betulkan tajwid bacaan saya. Terima kasih kepada Abang Mat Lee yang bagi semangat ni kat saya lewat perbualan telefon dulu. Saya menyatakan hasrat untuk membaca Al-Quran dengan lancer. Maklumlah bacaan jadi merangkak sebab jarang baca Al-Quran masa tu. Abang Mat Lee kata, pasti boleh dengan amalkan membaca Al-Quran walaupun satu ayat sehari. Alhamdulillah, Bermula dari Surah Al-Baqarah sehingga hari ni, bacaan saya semakin lancar. Harap pembaca tidak salah anggap terhadap tulisan saya kali ni.

Sunday, December 24, 2017

Pisau Zwilling J.A. Henckels Abah

Seperti yang saya jangka, abah menemubual saya tentang robotic vacuum yang saya beli. Macam-macam abah Tanya. Yelah, guna credit card dia kan. The way he ask, shows that he agrees with me for buying that item. Abah Tanya, kenapa tak beli Katcher? Wow!!! Jenama mahal tu!!! Nak beli Dibea pun takut abah marah, ni pulak nak beli brand Jerman yang mahal. Rupa-rupanya abah memang suka brand ni. Masa saya kecik dulu, abah dah beli vacuum brand ni. Bila check kat Lazada, harganya RM2,000.00 lebih setelah diskaun. Abah kata boleh je kalau nak beli. Tak apalah. Saya dah beli. Cerita punya cerita, abah buka topic pisau. Saya memang ingat. Setiap kali abah ke KL, dia memang selalu cari pisau tu. Tapi abah tak beli kalau jumpapun. Katanya mahal. Tapi, abah kata, abah dah beli pisau tu. Waaa... Saya teruja. Macam mana bentuk pisau mahal tu??? Saya: Berapa harga abah dapat? Abah beli online ya? Abah: Abah beli kat 11 Street.com.my Saya: Berapa? Abah: RM1,800.00 kalau tak silap. Saya: Mahalnyaaaa... Abah: Murah dah tu. Kalau tak sales harga dia RM2,,000.00 lebih. Saya: Mahalnyaaa... Abah: Benda yang elok memanglah mahal. Boleh guna lama, bertahun. Kalau beli yang murah, sekali dua guna dah merosot kualiti dia. Saya: Abah beli set ke? ?Abah mengiakan. Ada 11 bilah pisau yang pelbagai seperti pisau roti, buah, daging, macam-macamlah. Siap ada user guide kau. Ada 1 pengasah pisau. Saya ingat batu rupanya besi tahan karat jugak. Dan ada satu blok kayu keras tempat simpan pisau. Abah kata, kalau nak asah, guna minyak. Jangan guna air nanti pisau tu haus. Abah dengan riang menunjukkan kesemua pisaunya pada saya. Kotakpun dah cantik mana tak mahalnya? Abah memang suka barang branded, tu yang anak-anak ikut tu termasuk saya haahahaha... Waaa... Siap ceal lagi. Memang tajam. Kalau kena jari tak terasa kot. Tahu-tahu darah dah meleleh. Saya: Laaa... Beli mahal-mahal kenapa tak guna? Abah: Entah mama tu, abah suruh dia guna, dia kata pisau kat dapur masih tajam. Ish, tak fahamlah saya. Kalau saya jadi mama, saya guna je. Suami dah beli kan? Masakkan dia sedap-sedap pakai pisau tu buat potong-memotong dan hiris-menghiris. Lepas tu bodek untuk dapat benda lain pulak. Hahahahaha... Bankrap suami I nanti hahahahaha... Nasiblah. Kalau saya duk rumah, confirm saya yang akan rasmikan pisau-pisau ni. Saya, kalau saya beli mahal, lagi saya nak guna. Buat apa simpan? Dah duit aku habis, kau berjasa kat aku pulak. Hahahaha... Abah suka membeli barang-barang tapi mama suka simpan. Ish, tak faham aku. Esok, orang lain yang guna nanti bila dia orang dah tak ada. Abah: Nanti belilah. Kalau nak, check kat Lazada atau 11 street.com. Musim krismas ni mesti ada sale. Abah siap checkkan kat Lazada. Ada yang RM500.00 lebih tapi ada berapa bilah je. Saya nak yang banyak macam abah punya. Abah kata kalau complete set ada 24 bilah pisau. Tapi malam tadi saya check, ada yang banyak dan murah kat Lazada, 15 bilah pisau RM1,388. Murahkan? Tapi biar dululah. Saya baru je lepas beli vacuum. Nak renovate rumah lagi. Saya dah jatuh cinta kat Zwilling Brand ni. Ni semua abah yang rekmen. Saya masuk tengok web dia, banyak rupanya barang dia. Ada cutlery, peralatan meja, gunting, periuk belanga. Saya berazam untuk dapatkannya satu persatu. Ada orang kaya nak sponsor tak? Hahahahahaha... Lambatnya dapur saya ni nak siap. Tak sabar nak masak macam-macam ni. Tapi lepas vacuum ni kita beli air fryer dulu tau. Saya dah survey harga. Saya berkenan kat Tefal punya air fryer. Nanti saya nak Tanya pendapat abah. Sedikit tentang Zwilling: Set pisau Zwilling ni terkenal di kalangan chef hotel. Syarikat ni ditubuhkan pada tahun 1731 di Jerman. produknya diperbuat daripada besi tahan karat (stainless steel). OK la. Nak berangan masak pakai Zwilling jap hahahahaha...

Perasaan Yang Tak Terluah

Assalammualaikum readers, dan selamat sejahtera kepada yang non muslim... Saya menulis dari Kg Keroh Baru Jajahan Kuala Kerai yang dingin lagi permai ini hahahaha... Saya kurang sihat. Itu yang FB dan blog tak ber 'update'. Tak ada mood. Sebenarnya banyak benda yang saya nak cerita. Memandangkan blog ni ada jugak dimasuki oleh makhluk asing yang suka mengata saya, so better I'm not write something yang saya rasa terlalu peribadi kat sini. Tujuan saya nak luahkan perasaan nanti karang ada pulak yang duduk berkumpul dan pembaca membacakan entri tu untuk gang dia. Lepas tu buat 'conference' berdasarkan persepsi sendiri yang bukan-bukan tanpa tahu hal sebenar. Lepas tu cerita pun tersebar. So, saya putuskan untuk tulis hal-hal tersebut kat blog rahsia saya. Biar tak ada orang baca. Kalau adapun, orang-orang yang tak kenal saya. Atau orang tertentu yang tahu blog tu. OK. The end.

Wednesday, December 20, 2017

Menunggu Masa Ke Airport

Assalammualaikum semua dan selamat pagi. Hahaha... Awal tak saya bangun? Just wanna say good bye korang. Kejap lagi nak gerak pergi airport dah. Saya tidur di pejabat hari ni. Tak tidur suraupun sebab takut tak sedar. At least, pukul 5.00 saya dah start kena gerak dah. Takut apa-apa kan? Sebenarnya saya prefer naik ERL dari KL Sentral. Mungkin saya akan ambil Grab ke KL Sentral. Yelah, awal pagikan. Malaslah nak naik Grab ke airport. Harga memang lebih kurang je sebab saya akan naik KLIA Express. Tapi saya selesa dengan ERL dari Grab. OKlah. Saya nak pergi bersiap. Mulai hari ni, saya akan menulis dari Kelantan pulak.

Sunday, December 17, 2017

Herba Yang Halal

Assalammualaikum readers, Selamat berhujung minggu. Apa program korang hari ni? Jalan? Lepak-lepak kat rumah je? Misi mengemas saya dahpun bermula dari malam tadi. Almaklumlah nak tinggal rumah lama. Hari ni kemas lagi. Biasalah, kemas santai-santai boleh? Tak adalah kemas je sepanjang masa tu yang sempat update blog tu. Malam tadi nak tidur, ada kawan telefon. Sembang-sembang sampai lewat malam. Mujur bangun Subuh hari ni. Nak sembang dengan saya jugak? Call lah. Hahahaha perasan. Sementara tunggu mesin basuh selesai menjalankan tugas dia, meh sini makcik nak membebel jap. Pagi ni, saya baca iklan ubat resdong di Facebook. Boleh tak kalau korang nak meniaga agak-agak sikit? Sebelum korang cakap halal haram, boleh tak pergi cari tentang halal haram, baca dan fahamkan betul-betul konsep halal dan haram dalam Islam? Dont simply put halal padahal tak perlu pun. "Diperbuat daripada herba yang halal" Adakah korang diajar ada herba yang tak halal? Kalau binatang tu adalah yang halal dimakan dan tidak. Halal dipegang dan tidak. Tu pun bukan sepanjang masa haram dipegang. Ada dalam keadaan tertentu ia boleh dipegang dan tidak haram. Islam tu mudah, manusia je yang suka susahkan benda yang mudah. Apa-apa herbapun halal walau kat mana pun korang ambil dia. Kat China, Amerika, Jepun, Afrika, tak ada satu pun yang tak halal. Melainkan korang ambil dengan cara mencuri hak orang. Curi tu haram dari konsep lain pulak. Korang nak lariskan barang, tak perlu libatkan agama melainkan kalau korang meniaga makanan yang melibatkan sembelihan dan binatang yang haram dan halal dimakan. Kalau korang buat macam tu, korang mempergunakan agama untuk kepentingan korang. Satu lagi, peniaga minyak wangi. Halal, bebas alkohol dan boleh dibawa solat. No, tak perlu. Alkohol tu jadi haram bila korang minum dia. Bila dia memabukkan. Cecair yang memabukkan adalah haram. Arak juga haram sebab hal arak ni memang dinyatakan dalam Alquran. Kalau korang pakai cecair yang bukan diperbuat daripada najis, tidak jatuhlah dia ke dalam haram. Ada ke minyak wangi yang memabukkan. Dalam jenis-jenis najis menurut Islam pun tidak dinyatakan secara khusus yang alkohol itu haram. Yang dinyatakan hanyalah cecair yang memabukkan. Secara logiknya, minyak wangi yang digembar-gemburkan bebas alkohol tu pun belum tentu seratus-pratus bebas. Macam mana minyak wangi tu boleh kekal wangi dalam tempoh masa yang lama? Mesti ada sedikit campuran alkohol. Cuba korang buat uji kaji. Campur semua jenis bunga yang dikatakan bahan dalam minyak wangi tu. Biarkan untuk beberapa hari. Lepas tu tengok apa jadi? Adakah ia tetap harum macam minyak wangi yang bebas alkohol tu? Dia mesti bau masam. Saya penggemar bunga-bunga wangi seperti cempaka, kenanga, melur. Simpan beberapa hari, bau dia dah jadi lain. So, korang fikir dulu sebelum cakap atau tulis. Masyarakat kita pun satu hal jugak. Kalau sebut je halal, sebut je tanpa alkohol, berduyun-duyun nak beli kononnya halal. Habis yang korang solat dengan mekap melekat kat telekung tu, korang ingat sah ke wuduk korang? Kalau korang pakai telekung lepas tu warna tu melekat, maknanya korang cuci tak habis. Tak sahkan? Korang pakailah foundation halal macam manapun, kalau cuci tak bersih, sama je. Masalah masyarakat kita ni suka ikut orang, ikut budaya, ikut nenek moyang. Ikut membuta-tuli tanpa logik, tanpa buat kajian. Tulah namanya Islam keturunan. Tak fahampun, tapi ikut je. Lepas tu orang tegur, tak boleh terima. Lepas tu suka pandang luaran. Kalau orang tu pakai tudung labuh, bersarung kaki, siap pakai sarung tangan, itulah muslimah sejati. Itulah perempuan Melayu terakhir. Itulah isteri dambaan hati. Ya, menutup aurat itu tuntutan Islam. Tapi untuk mengukur seseorang tu sebagai wanita solehah tidak cukup dengan luaran sahaja. Berapa orang kat luar sana pakai tudung labuh, tapi tak baca Quran pun hari-hari, tak buat pun solat sunat, mulut masih mengata orang, update status gedik-gedik, percakapan tak jaga, selalu buat orang tersinggung. Macam tu ke perempuan korang nak pilih jadi teman hidup? Tutup semua pada luaran tapi menyakitkan hati korang. Ada setengah tu, siap maki-maki lagi. Itu ke korang bangga korang sebagai muslimah sejati? Kalau tegur orang, bukan main lagi cakap sampai orang ditegur tersinggung. Itu bukan buat orang raspek, menyampah lagi ada. Hal agama ni sensitif. Islam pun ajar kita untuk tegur orang. Bukan main sebarang je ikut sedap mulut. Kalau dengar percakapan belum pandang orangnya, mesti tak sangka orangnya bertutup-litup. Saya bukan anti orang yang pakai tudung labuh, tapi korang jagalah akhlak korang agar setanding dengan penampilan korang. Jangan berpenampilan tu untuk mendapat perhatian orang, untuk menjadi kegilaan lelaki yang kononnya soleh. Pakailah nak pakai tudung labuh, tapi sikappun biar sepadan dengan pakaian. Paling mengecewakan apabila orang bukan Islam menggunakan Islam untuk business marketing dia. Contoh, Rayani Air. Air Asia, Malaysia Airline dan banyak lagi syarikat penerbangan dunia boleh je survive. Tak perlupun guna Islam. OK. Makcik penat dah membebel. Nak pergi jemur baju pulak. OK bye.

Saturday, December 16, 2017

Itu Pun Dia Perasan?

Assalammualaikum dan selamat pagi readers, Rasa tak ada semangat nak kerja. Mood cuti mula meresap hahaha... Saya masih ingatkan dia, so nak cerita fasal dia lagi. Baru-baru ni, saya dan Kak Sariha lunch tengahari dengan dia dan 3 4 orang kawan dia. Dah saya ada kawan perempuan, mestilah saya jalan dengan kawan perempuan. Dan Kak Sariha yang take care saya, apa saya nak makan dan sebagainya. Takkan saya nak jalan dengan dia kan? Nanti apa pulak orang kata. Kebetulan, saya order air laici. So kami pun makanlah bersama. Time saya nak habiskan buah laici, susah sikit nak ambil dari dalam gelas sebab aisnya banyak. Kak Sariha nak buang semua ais tu supaya saya senang makan. Hahahaha... Ngada-ngadakan, padahal boleh je buang sendiri. Nasiblah Kak Sariha. Lagipun Kak Sariha ni penyayang orangnya, lembut hati. Hahahaha... Budak yang ngada-ngada dan nakal macam saya ni mestilah nak manja-manjakan? Lagipun saya lebih suka manja dengan perempuan. Tak adalah orang kata saya gedik nanti. Waktu Kak Sariha nak buang: Dia: Nak buang semua ke? Nanti Tinta tak bolehlah gigit-gigit ais tu. Tinta kan suka gigit-gigit ais kalau minum. Saya terkejut. Perangai saya yang tu pun dia perasan ke? Bukan tiap-tiap hari pun saya makan dengan dia. Biar betul dia ni. Kak Sariha: Hah? Tinta suka gigit ais? Betul ke Tinta? Tak tahu pun? Kak Sariha pun terkejut. Kak Sariha pun tak perasan perangai saya tu. Yelah. Benda remeh-temeh kot hahaha... Sedangkan makan dengan Kak Sariha tu lebih kerap dari makan dengan dia. Dia: Ya. Dia selalu buat macam tu. Saya: Ha'ah. Sambil ketawa saya mengiakan. Maka Kak Sariha pun tak jadi nak buang semua ais tu.

Friday, December 15, 2017

Dia Yang Ambil Tahu

Hai korang... Best kan, esok cuti? Tapi saya kerja. Boss ada nak hand over certain thing. Dia tu siapa? Dia yang saya kenal dua tahun lalu. Bermula dengan rasa kekaguman terhadap saya, kami terus rapat sampai hari ni. Hahahahaha... Sebenarnya tak ada apa yang nak dikagumkan pun. Apa yang pasti, dia memang sentiasa alert dengan saya. Siap tahu saya OK ke tak OK. Pernah dia call saya dan saya tak jawab. Lepas tu dia hantar whatsapp: "Saya tahu Tinta tak OK. Sorry saya ganggu Tinta," Sedangkan saya bukan marah dia masa tu. Alah, masa Tsunami melanda hidup dulu tu. Hahaha... Rasa terharu sangat masa tu. Rasa dihargai. Tapi peliklah, macam mana dia tahu saya tak OK? Takkan dia ada ilmu kot? Mustahillah dia intai saya sebab rumah dia jauh dari rumah saya masa tu. Pernah kami pergi aktiviti sama-sama. Saya gagal untuk complete aktiviti tu. Saya cuba sedaya-upaya untuk sembunyikan rasa kecewa saya. Saya ketawa dan senyum. Saya berbual dengan dia macam biasa. Saya melawak dengan dia. Sampailah dia hantar saya ke rumah. Petangnya dia whatsapp saya: "Tinta OK?" "OK je. Kenapa?" Saya tak mahu memberitahu dia yang saya sedih sebenarnya. "Saya tahu Tinta tak OK. Sejak kat sana lagi. Sejak kita habis buat aktiviti tu." Balasnya. (Ops, ada iklan. Tiba-tiba ada orang skype tanya, dah sampai kampung ke? Orang yang tak rapat dengan saya tapi selalu bagi semangat dan bertanyakan hal saya. Terima kasih atas perhatian yang diberi.) Saya terkesima. Macam mana dia tahu? Bukan main saya gelak depan dia tadi pun dia boleh tahu? "Saya OK je," Berkeras menafikan. "Tak. Saya tahu Tinta tak OK." Sebenarnya saya memang sedih and I need someone untuk luahkan kegagalan saya. Saya rasa orang lain mungkin tak faham. So saya beralah. "Sebenarnya memang Tinta sedih. Kenapa Tinta tak dapat completekan benda tu?" "Tak apa. Lain kali Tinta cuba lagi. Benda tu bahaya. Tak boleh paksa diri. Bibir Tinta pun dah biru tadi," "Kenapa saya tak buat je tadi?" "Jangan sedih-sedih. Nanti kalau Tinta nak buat lagi, saya temankan Tinta," "Tapi macam mana tahu saya tak OK?" "Saya selalu berhadapan dengan orang. Macam-macam orang dah saya jumpa dan handle. Walaupun Tinta cuba berlakon OK, saya nampak Tinta tak OK," Kalau saya sakit, dia datang jumpa saya. Bila saya sedih, dia selalu ada dengan saya. Malah, dialah orang pertama yang tahu saat saya terluka dulu. Dia selalu cakap dengan saya, kalau saya sakit, call je dia. Dia akan datang kalau dia di Lembah Klang. Kalau saya perlukan apa-apapun bagi tahu dia. Dia akan tolong saya. Tapi saya bukanlah perempuan yang mengada-ngada nakkan perhatian orang dan asyik nak minta tolong orang je. Sometimes dia datang lunch kat Brickfields. Dia naik LRT je dari office dia. Memang dia pergi kerja tak drive pun. Ada waktunya, dia call saya waktu dia sedang drive. Adakalanya, dia whatsapp or call saya buat luahan perasaan. Kat Facebook, nampak macam dia tak hiraukan saya. Jarang like status-status saya dan jarang komen saya. Tapi, setiap kali saya update status marah atau sedih, dia mesti call saya. Tanya kenapa dan bersedia untuk tolong saya. Hari ni, saya tak update sedih atau marah. Tapi dia call saya sebab baca status saya. Dia tanya saya bila saya nak fly balik Kelantan? Dia nak hantar saya pergi airport. Saya kata susah. Sebab hari kerja. Saya tak nak ganggu dia kerja. Seganlah. Terima kasih sebab selalu ambil berat fasal Tinta. Dia ni salah sorang yang suka panggil saya diva. Hahahaha...

Pindah Ke Bilik

Assalammualaikum readers, Selamat pagi semua. Rasa kurang ada mood. Rasa nak tidur lagi. Padahal tidur waktu biasa dalam jam 11.00 lebih sikit. Tapi sebab saya makan nasi lunch semalam. Tu yang jadi macam ni. Kenapa makan nasi? Sebab driver bawa makan kat Restoran Puteri lepas balik tengok Blind Football semalam. Puteri ni selalu buat saya tak tahan godaan. Tambah pulak tidur dalam air con, dikelilingi bantal-bantal terasa seperti dipeluk hahaha dan ada satu bantal busuk yang buat saya seronok tidur iaitu Chiko. Sibuk dia menyelit sana sini. Kejap bawa ketiak, kejap kat celah-celah badan dan bantal, kejap dalam selimut, kejap naik atas badan saya. Dahlah berbulu, lembut pulak tu. Dan badan dia panas tu yang best. Tambah lagi dengan selimut bulu-bulu yang saya beli dari Gong Zhao dua tahun lepas hahahaha... Memang best tidur. Mujur hari ni saya bangun awal walaupun melebihi waktu sepatutnya saya bangun. Nanti masa kat kampung kena bentuk balik waktu bangun dua kali tu. Dah, dah, jangan merapu. Kelmarin, masa saya balik dari Air Asia, boss saya panggil. Dia kata, dia nak saya mula pindah masuk bilik dia kat office ni. Katanya, dia nak make sure yang saya duduk dalam bilik tu. Dia tak nak orang lain duduk sana sebab saya under study dia dan ExCo dah agree saya ambil alih tempat dia. Nanti saya nak tengok balik surat tu. Saya: Boss, saya rasa, saya ni belum layak duduk dalam bilik. Saya rasa saya ni macam budak-budak lagi. Belum masa untuk jadi ketua. Boss: Saya dulu pun budak-budak jugak. Semua orang bermula dari budak-budak. Saya: Yelah, tapi terlalu awallah semua ni untuk saya. Boss: No. Its too late for you. Dengan you punya qualification, ni dah kira lambat. Patutnya dari dulu. Hadoi, boss aku ni... Confident je dia dengan aku. Saya: Tapi saya belum pandai. Boss: Takkan setahun belajar tak pandai lagi? Dah setahun dah you under study I kan? Saya: Tak adalah tak pandai sangat. Tapi bab nak buat keputusan tu... Saya lemahlah. Takut salah. Boss: No, you can do. The most important thing, you kena ada reason kenapa you buat sesuatu keputusan tu. Bila orang tanya, you boleh jawab dan boleh argue. Is OK, you can call me anytime. I will help you, advice you. Even I dah tak kerja kat sini. Saya: Nanti kalau tiba-tiba dia orang suruh saya keluar dari bilik ni macam mana? Boss: Apa lagi? Mejar and Dr. Radha alert pasal kes you. Dia orang dah agree dalam meeting dulu. Surat dah keluar. Jawatan you pun sama macam jawatan I malah lebih lagi. Kalau dia orang ambil orang lain, tu menunjukkan kebodohan dia orang yang melampau. Nak letak siapa kat sini? Manager? Mejar cakap apa dengan you? Saya: Mejar pun cakap, dalam meeting tu, agree saya ambil alih tempat boss sebab tu dia orang letak saya under study boss. Boss: Apa masalahnya? Dulu Fulan tu executive ke duduk dalam bilik? Saya: Tak. Boss: Dia assistant je. Duduk dalam bilik. Orang suruh keluar, tak keluar pun. You, senior executive. You duduk kat partition je. Orang lain naik pangkat sibuk nak bilik, you duduk je kat tempat you. Officer pun dapat bilik sekarang ni. So, you kena pindah masuk my room. Nanti dah clear barang, you pindah terus. Jangan tunggu tahun depan. Kalau you nak tunggu orang arah you pindah masuk, memang tak adalah. HR kita ni kelam-kabut sekarang. Dia orang tak tahu apa. Siapa ambil alih semua tak tahu. Lagipun you dah dapat surat masa you naik pangkat hari tu yang you akan ganti tempat I. You nak tunggu surat apa lagi? Semua dah tulis dalam tu. Saya ni, bukan nak sangat jadi ketua dan tak kisah pun tak duduk dalam bilik. Memang saya rasa saya masih budak-budak. Perlu dipimpin oleh boss. Ya Allah, tolonglah saya. Satu lagi, boss suruh saya buat penilaian prestasi staff kami. Hadoi, saya nak nilai macam mana ni? Memang borang dah ada tapi takut tak adil. Bimbinglah saya Ya Allah agar menjadi seorang yang adil dan mampu membimbing orang di bawah saya. Janganlah saya berlaku kejam kepada mereka.

Thursday, December 14, 2017

Dibea GT100 Aurora Robotic Vacuum Cleaner Smart Gyro Navigation (Wet Dry Mopping Self Charging Scheduling Cleaning Robotic - Blue)

Assalammualaikum readers, Nampaknya, blog ni makin ramai yang dari luar Negara drop by. US ada, Australia ada. Malaysia tak payah cakaplah. Tapi semuanya silent readers. Tak apalah. Korang malas nak tulis kot. Hahahaha... Ke tak nak saya tahu siapa yang datang sini? Tak acilah gitu. Hahahaha... Panjang kan tajuk entri hari ni? Korang ingat tak, saya rasa, saya pernah tulis fasal saya malas menyapu. Mop je saya rajin sebab, saya suka main air dan suka lantai licin hahahaha... Tapi nak mop pun problem sebab saya tak suka nak perah rambut mop. Hal mop tu dah settle berbulan lalu. Saya pun ada tulis fasal mop yang saya beli kat Lazada yang kita tak payah pegang untuk perah. Just pulas je dengan bekas dia tu. Nanti saya check balik. Kalau tak ada, free nanti saya buat review. Masalah menyapu ni susah sikit nak settle sebab vacuum yang saya berkenan tu mahal. Hari tu balik dari Air Asia masa nak beli barang elektrik office ni saya tengok robotic vacuum Panasonic tapi harganya RM3.000 lebih. Mak ai, baik saya renovate rumah. Saya ada baca tentang robotic vacuum ni. Lepas je dia nanti dia jalan sendiri. Sangat sesuai dengan saya yang pemalas nak menyapu ni. Tak lama lepas saya baca tu, Panasonic keluarkan robotic vacuumnya dengan Rita Rudaini jadi model. Semalam, saya check email. Menimbun email Lazada masuk. Dia buat sales. Mula-mula saya buat tak heran je. Malas nak layan. Memang selalu macam tu. Saya tak suka sangat beli online sebab tak boleh test, pegang dan rasa. Masuk office pagi tadi, assistant saya panggil saya. Dia Tanya saya macam mana nak beli barang kat Lazada. Sebelum ni dia beli pun dia tak pernah buat sendiri. Saya ajarlah dia. Dia tengok vacuum. Dalam saya jual mahal dengan Lazada semalam, saya tengok jugak vacuum tapi tak jumpa robotic punya. Kak Sha nak beli vacuum yang boleh vacuum kereta sekali. Kak Sha cakap, hari ni last sales. Ooo... Apa kata saya search robotic vacuum kat PC pulak. Sekali search, berlambak keluar. Pilihlah nak yang mahal ke, murah ke. Ada yang RM7.000 lebih, diskaun jadi RM4000 ribu. Target saya, not more than RM1000. Ada beberapa vacuum yang saya short listed. Paling saya berkenan dari jenama Dibea jenis Aurora ni. Bertambahlah nanti kawan kat rumah. Asyik kawan dengan kucing je. Kita kawan dengan robot pulak. Harga sebenar dia, RM2,100 lebih Diskaun 60 pratus tinggal RM839.00. Dalam nak membeli tu sempat saya baca review tentang produk ni kat internet. Sempat masuk Youtube tengok cara penggunaan dan review sekali. Apa yang buat saya tertarik ialah dia ni dari jenis intelligent. Intelligent apa tu tak tahulah. Yang penting dia boleh cuci lantai kering dan basah. Ketahanan bateri minimum 200 minit, boleh charge diri sendiri. Ada remote dan kurang bising katanya. Lepas tu ada tangki air yang boleh memuatkan 300 ML air kalau tak silap. OK la kalau air tumpah atau nak keringkan lantai lepas mop kan? Bentuk bulat dan berwarna biru. Kita boleh jadualkan dia kalau nak. Dia ni tergolong dalam havy duty. Dah kenapa pulak Debit kad punya security code ni tak boleh masuk? Masa nilah dia nak buat hal. OK, kita guna PayPal. Tapi call abah dulu sebab PayPal tu kad kredit abah. Nanti bayar je kat abah. Walaupun semua detail dua kad kredit abah ada pada saya, lebih manis kalau minta izin dulu dari tuannya untuk digunakan. Abah cuma Tanya nak beli apa, berapa harga. Risau jugak abah tak bagi saya beli vacuum yang harga macam tu. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Abah pun suka beli barang-barang macam ni kan? Saya cakap dengan abah ni vacuum robotic. So, abah approved! Terima kasih abah. Hahaha... Silap-silap abah dah shopping kat Lazada dulu. Abah kan sekarang ni suka shopping online. Kipas pun beli online. Siap beli kipas berlampu kau. Bukan satu tiga kot. Yang tak berlampu pun beli jugak. Siap bagi mami satu. Patutlah rezeki abah murah. Abah ni pemurah. Berapa ribu entah dia habis membeli kipas hari tu. Mama bising, saya yang kena tahan telinga hahahaha... Tapi yang ini saya bayar balik kat abah. Bukan pau abah. Hahahaha... Saya kan ada budget. Bah, nak upgreat IPhone boleh tak bah? Hahahahaha... IPhone abah yang bagi hahahahahaha... Pengsan abah nanti. Dua tahun lepas bagi saya IPhone, tahun lepas bagi acik 7+. Tak adalah. Saya akan guna IPhone pemberian abah ni sampai dah tak boleh guna. Saya sayang sangat kat barang-barang saya. Nak-naknya kalau orang bagi. Lebih-lebih lagi abah. So saya guna PayPal setelah diizinkan. Barang dijangka tiba 2-13 Januari 2018 sebab vacuum ni dari oversea. Nanti saya balik, abah mesti Tanya fasal vacuum ni. Entah-entah abah dah check kat Lazada kot. Hahahaha.. Banyak benda nak cerita. Tapi nak balik. OK guys, balik dulu.

Monday, December 11, 2017

My Followers

Assalammualaikum readers, Selamat pagi. Hari ni Monday blues kan? Lebih-lebih lagi bagi saya yang makan ubat selsema lewat petang semalam. Saya kalau makan ubat selsema ni mengantuknya berlebihan. Rasa nak selsema, so saya makan dulu. Cegah lebih baik dari merawatkan? Dah rasa tekak tak sedap, hidung tak selesa, hingus mula nak keluar walaupun belum meleleh, saya makan ubat. Mujur ada ubat yang saya simpan. OK lah. Tamat cerita fasal ngantuk dan Monday blues. Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, apa sangatlah saya ni sampai ada followers kat FB dan blog? Dah lama saya tak on Instagram pun still ada yang follow. Saya dapat notifikasi tu. Tapi memang saya malas on IG. Kalau setakat like tu saya tak katalah dia followers sebab sayapun like je semua yang timbul kat wall saya asal saya berkenan dengan status dia. Tapi sejak akhir-akhir ni, saya terima PM FB dan whatsapp yang mengatakan dia followers saya. Kebanyakannya menzahirkan rasa kagum dan seronok mereka membaca status-status saya. Ada jugak yang kata status-status saya banyak memberi semangat, motivasi dan pengajaran buat mereka. Ye ke? Saya tak berniat untuk membuat orang kagum terhadap saya. Saya memuat naik status untuk meluahkan perasaan saya. Sebab tu saya taram je sebarang status-status tu. Ikut mood, kalau marah, marah. Kalau happy, happy la. Tapi kalau orang rasa macam tu, Alhamdulillah. Saya sangat hargainya dan bersyukur, sekurang-kurangnya dapat saya memberi manfaat kepada orang lain. PM-PM yang saya terima ni, bukan sahaja dari lelaki tetapi dari perempuan, dari yang muda sampai yang berusia. Kalau lelaki tu mungkin nak test market kan? Ada jugak yang PM saya memberi semangat kepada saya sekiranya status saya dalam kesedihan dan kesusahan. Ada yang PM tegur saya sekiranya status saya dirasakan bahaya dan tidak elok. Terima kasih. Saya amat menghargainya. Ada sekali tu, saya dapat panggilan. Katanya, dia pembaca blog saya. Sayapun tak kenal siapa dia. Katanya, tak apa. Yang penting dia pembaca blog saya. Siap boleh ingat apa yang saya tulis dan apa entri terakhir saya. Boleh cerita balik kat saya apa saya tulis. Hahahahah... Rasa terharu sangat. Kalau dia baca entri ni, terima kasih ya. Ada setengah tu, tak like pun status saya. Tapi bila status saya sedih, mesti call saya. Hahaha... Terima kasih banyak-banyak atas ambil berat korang. Tak kurang jugak ada yang jumpa saya dan Tanya saya tentang status yang pernah saya muat naik di FB dan beritahu dia followers saya. Siap cakap, family diapun followers saya. Memang ramai yang saya tak kenal jugak dalam friendlist saya. Apapun terima kasih banyak atas perhatian anda. Ada setengah tu, tercari-cari saya di FB apabila saya menghilang setahun lalu. Siap buat perbincangan untuk menjejaki saya dan hantar wakil untuk merisik khabar. Hahahaha... Tu budak-budak kelas saya masa kat UiTM punya kerjalah tu. Siapa tukang risik? Mestilah Siti yang selalu dengan saya kat UiTM dulu. So saya nak pesan kat sini, apa yang baik, korang jadikan inspirasi dan semangat ya. Yang buruk, jadikan sempadan dan jangan sekali-kali diikut. Sayang semua followers saya. Koranglah sumber inspirasi saya untuk terus menulis di sini dan di FB. Cuma kat sini saya tak tahu siapa follow saya kecuali korang tinggal komen atau komen waktu berhadapan or telefon. Saya just tahu orang dari mana je yang masuk blog ni. Tapi saya tengok setiap entri tu ada view. Ada entri yang cecah seratus lebih dua ratus view. Kadang-kadang, baru je saya update, sekejap je, dah ada view. Apapun, terima kasih banyak-banyak.

Friday, December 8, 2017

Co Emcee

Assalammualaikum readers, Selamat berhari Jumaat. Semoga diberi kekuatan untuk menambah amal untuk hari ni dan hari-hari seterusnya. Hahahaha... Hari ni nak buat luahan perasaan. Baru-baru ni, office saya buat satu event. Macam biasalah, saya diminta untuk jadi pengacara. Event ni heading by sorang council. Memang hay wire la. Dan I agree to be an emcee. Lama lepas tu, I was imformed by salah sorang committee members, chairman tu nak saya bergandingan dengan sorang emcee yang dibayar. Besar jugak bayarannya. I decided to tarik diri. So I inform my close friends and my boss. But my boss advice me not to redraw. Takut nanti orang kata saya merajuk dan tak nak bagi kerjasama. But my close friends such as Kak Sariha, Kak Sha and Aqilah understood why I make this decision. Dengan berat hati, saya ikut advice my boss. But, I informed the committee, Qilah, I just jadi co emcee je. Apa-apa committee deal la dengan main emcee tu. Actually I bukan merajuk. Tapi, I dapat jangka apa yang akan berlaku. I rasa... Walaupun emcee tu berbayar, I yang kena buat banyak kerja. OK, let we see. Beberapa hari sebelum event, main emcee masih tak contact I untuk discuss. I thought, I telah digugurkan daripada menjadi emcee. So tak payahlah I susah-susah nak fikir buat skrip, protocol, susun atur, siapa nak iring siapa. Tapi Qilah told me I still have to be the emcee. But how? Main emcee didn''t give me anything. How could I be the emcee? I malas nak contact main emcee tu. Nanti I yang kena buat macam-macam. Sedangkan dia dibayar. I tak. Lagipun I nak ajar management ni. Free ada, ko gatal sangat nak bayar tapi kalau staff kau berkira sangatkan? Hambek kau! Malas aku nak bersusah-payah. Ish, apasal hari ni bercampur English and Malay pulak ni? Oooo... Sebab petang ni nak pergi Air Asia. So sekarang ni dalam musim peralihan channel language hahahaha... Nasiblah. Korang baca je la ya saya nak merapu ni. Kalau ada bercampur English tu maknanya saya nak pergi or baru balik Air Asia la tu. Sampailah kepada hari rehearsal. Still, tak ada perbincangan antara main emcee and I. I pun pergilah bodoh-bodoh ke Auditorium THONEH untuk rehearsal. Just bring my salutation I did. Chairman kata rehearsal pukul 11 so we gerak from office at 10.30 AM. Tunggu punya tunggu kul 12.00 baru dia tayang batang hidung dia kat tempat rehearsal. Sedangkan saya nak pergi Air Asia kul 12.30. Oh ya, lupa pulak nak cerita. Pagi tu, Qilah dah kelam-kabut bagi tahu saya yang main emcee tak boleh datang rehersal. Ada aku kisah? Lantak kau. Nak sangat emcee luar. Padanlah muka. Actually event ni under Jac, tapi Qilah kan sekarang attached to Jac, so Qilah la yang kelam-kabut. Main emcee kata, dia ada meeting kat somewhere at 10.00 AM kalau tak silap. Hai, bukan hari tu kata tambah RM50 untuk rehearsal ke? Macam mana tak boleh datang pulak? Kena potonglah RM50 tu. Kau ingat, kau diva sangat? Taraf Aznil Nawawi suka-suka hati tak nak datang rehearsal? Dengan skrip tak ada, susun atur majlis tak tahu. Before that, I dah membara bila Qilah cakap, dia suruh hantar skrip. Banyak cantik muka? Dia ingat saya yang co emcee, free lagi, nak buatkan? Sorrylah. Do I bother? Dengan beraninya saya tak buat apa-apa persiapan kecuali salutation dan kata aluan itu pun kalau saya yang kena buat kata aluan. Sesampai kat THONEH, dia dah ada. Boleh pulak dia cakap organizer bagi bahan last minute. Habis, orang tak bagi, kau dibayar kot. Kenapa kau tak kejar? Don't aspek orang tahu bila masa yang sesuai untuk bagi kau semua benda. Kalau saya dibayar, mestilah saya nak buat yang terbaik. Tak berbayarpun skrip everything saya siap sebelum rehearsal. Lepas rehearsal ubah mana yang patut je. Ni, nak rehearsal macam mana skrip tak ada? Saya membebel dalam hati je. Malas cakap banyak. Biarkan chairman tu rasa apa sepatutnya. Saya malas nak pening kepala. Bukan orang appreciate pun. Silap-silap kalau ada salah, saya lagi dipersalahkan. Bukan emcee yang berbayar tu. Sebab saya staff. All my friends risau takut saya kena bamboo dengan that chairman sebab skrip tak ada. Saya kata, don't worry let me answer him. Peduli hapa, council tak council. Saya akan jawab tentulah dengan caranya kan. Saya mestilah kena tahu caranya. Bukan boleh bantai je. So kat auditorium tu barulah nak mula buat skrip. Tu pun just discuss je dulu. Boleh pulak dia minta saya punya opening. Saya iya kan je. Jangan harap saya nak bagi. Sekarang ni, organizer bayar I ke bayar you? Jangan nak diva sangat. Chairman datang dan dia minta kami buat dwibahasa. OK, main buat in English, saya in Malay. Dengan chairman ok je. Tapi bila tak setuju cakap dengan saya. Cakaplah dengan chairman organizer tu, buat apa cakap kat saya? Dia ni memang saya dah sedia maklum dah protocol ikut suka hati dia je. Shok sendiri. 12.20 saya minta diri sebab I have to go to the office fetch my assistant then go to Air Asia. Kata my friends, saya keluar kejap je, main emcee pun balik. Dia kata dia got to go. Habis apa yang korang rehearsal tadi? Rehearsal set up barang kata Kak Sariha hahahahaha... Lantak kan. Sebenarnya boleh je kalau I ask my boss pergi Air Asia tapi nak ajar chairman tebiat tu. Keesokan harinya, sayapun datanglah dengan skrip yang saya buat untuk saya je sampai kul 10 malam kat office malam tadi. Waktu saya entertain audiences sebab VIP lewat, main emcee duk baca skrip dia. Saya umumkan ketibaan VIP. Lepas tu bila part dia, mula-mula OK he speak in English. Lepas tu, diapun bantai cakap Melayu jugak. Apa masalah dia ni? Kalau macam tu better ask me je buat emcee in English. I betul-betul buat English macam satu event tu I buat fully English. Tiba satu part tu, masa tu part saya. Entah kenapa, skrip dia jatuh. Then tiba part dia. majlis jadi terdiam sebab dia gelabah skrip jatuh. Hadoi, bukan ke dia ni dah berzaman dah jadi emcee. Mesti dah banyak pengalaman malah berganda lebih dari saya. Kan dah tahu aturcara lepas tu apa, cakap spontan je la. Nanti bila part saya cakap, you carilah kertas tu. Bila tiba part baca periwayatan, kalau tak nak baca habis, then baca sikit lepas tu diamlah. Sambung dengan aturcara berikutnya. Ni tak, siap bagi tahu penonton. Kalau nak dibacakan semua, periwayatan ni panjang. Perlu ke sorang emcee tuturkan dialog tu? Hadoi, apa masalah dia ni? Makin merapu je saya tengok. Yang awal tu lagi best, siap kenalkan diri, kerja apa, freelans emcee. Saya just cakap jelah nama. Sebenarnya tak rela pun nak cakap walaupun nama tapi sebab dia dah buat so Nampak canggunglah majlis nanti. Tak adalah saya nak lebih-lebih kenalkan diri. Gila glamor ke apa? Majlis ni memang kelam-kabut. Dengan aircon rosak, VIP tuan rumah sendiri pesan kat floor manager suruh bagi tahu emcee, tak payah tunggu orang naik, baca je nama. Gila ke apa? Berterabur nanti emcee jugak salah. Tak tahan panas konon. Kau mati esok, kubur kau confirm sejuk ke? Benganglah saya. Tu belum kira usherer yang entah apa-apa, kita belum suruh orang naik pentas, dia dah sibuk bawa orang naik pentas. Dengarlah dulu apa emcee cakap. Ya Allah. Yang best nya apa? Dalam post-mortem meeting, semua salah tu kat saya. Apa hal pulak ni? Kau bayar emcee luar mahal-mahal, lepas tu, kalau aspek emcee free ni nak buat semua benda? Sorrylah. Ushrer punya salahpun pergi kat emcee? Usherer kau yang tak faham, buat salah then emcee yang salah? Takkanlah kita bercakap separuh jalan, then nak berhenti gitu je bila pemberi ucapan tu tiba-tiba naik pentas sebelum kita habiskan satu ayat? Gila ke apa? Yang fasal kertas emcce main tu jatuh, saya jugak salah. Katanya, sebab saya missing, tak rehearsal. Hello! Yang main emcee tu siapa? Co ni tak penting pun. Kalau co tak ada, kau rehearsal jelah dengan main emcee. Nanti main bagi tahu saya apa yang saya kena buat. part saya kat mana? Yang kau bagi main emcee belah gitu je kenapa? Kau bayar kot. He has to give fully commitment to your event la. I tak dibayar, dan I mestilah utamakan kerja hakiki I. Lainlah kalau I sorang je emcee, I bagilah komitmen kat your event. Mujur saya tak masuk post-mortem sebab nak keluar pergi OCBC. Kalau tak, saya hentam chairman tu. Peduli apa. Orang lain nak takut, takutlah. Saya tak kira. Biarlah kau council paling orang takut pun. Kalau merapu, saya tak peduli. As I told, I memang sorang yang tegas. Jac pun bengong. Nak salahkan I. Hati ni rasa panas je. Sejuklah hati bila Qilah cakap dengan Jac, "Dr. Jac, kenapa salah Tinta pulak? Main emcee tu tak buat apapun. Mujur mood si Tinta tu baik hari tu, buat skrip last minute sampai malam dia stay kat office. Dibuatnya dia mengamuk, buat gila tak nak buat skrip, tak nak jadi emcee. Tak pun mengamuk marah kita, mampus! Dia bukan kira siapa kalau salah, salahlah bagi dia. Dia marah je. Bukan kira siapa. Mujur mood dia baik hari tu. Buat je tak bising-bising," Jac pun terus diam. Ganthi or Lily pun cakap, sebenarnya, cukup Tinta sorang jadi emcee. Lagi OK. Tak payah pakai that guy. Jimat kos lagi. OK, lepas ni Nampak gayanya saya kena demand hargalah kan? Baru orang hargai. Baru orang nak bayar hahahahaha... Tapi kalau boleh lepas ni, kalau digandingkan dengan that guy, saya tak nak. Saya dah serik. Salah dia, jadi salah saya. Orang Nampak saya yang salah. Kenapa? Sebab saya staff. Tak nak bamboo orang luar then salahkan staff. Macam kita anak tiri pulak. Padahal kau bayar kot dia tu. Kau boleh je marah dia or potong bayaran dia bila kau tak puas hati dengan performance dia. Nantilah, dapat peluang, saya akan bagi setepek kat muka chairman tu. Siap dia. Orang macam tu tak boleh maaf begitu je kesilapan dia. Dia rasa dia betul je. Sebab mana ada staff berani cakap apa-apa dengan dia. Tunggulah. Saya tunggu masa dan peluang je ni. Saya tak takut. Sebab Allah ada. Kalau tak suka saya, tak apalah. Yang penting saya cakap benda betul. Hahaha... Dahlah. Nak pergi bersiap. Nak pergi Air Asia. Harap hari ni dapat students yang best. Bye bye korang.

Wednesday, December 6, 2017

Pesan Seorang Kawan

Hahaha... Entri kedua pulak. Dah ceritanya ada kaitan. Tulis jelah. Kejap lagi nak balik. Malam tu... Saya balik semula ke office setelah tamat meeting di somewhere around here. I asked Amjat to buy something for me. Kebetulan dia di NU Sentral. I was very hungry. Tak lama tiba di office, Amjat hantar dinner food yang dia belikan untuk saya. Macam biasalah, jumpa si Mejat ni, memang tak habislah ceritanya. Saling mengata antara satu sama lain. Hahahaha... Gaduhpun dengan Amjat, minta tolong pun dengan dia, minta pendapat pun dengan dia. Even pakaian dan mekap saya pun dialah salah sorang yang suka bagi komen. Kami bersembang dan bergurau. Dan masuklah ke topic yang sedikit serius. Taklah serius sangat dengan dia ni. Diakan mengong. Sayapun jadi mengong la jugak hahaha... Amjat: Ha, ni aku nak cakap dengan kau ni. Alamak, apa ke hal pulak mamat ni? Macam serius je bunyinya? Amjat: Kau jangan duk melayan lelaki sebarang-sebarang eh. Saya: Apa hal pulak kau ni? Saya pelik. Amjat: Sebab, kau tu macam diva-diva. So, kau kena cari orang yang betul-betul faham kau. Yang boleh bagi perhatian kat kau. Yang boleh layan kau yang macam diva-diva tu dan yang boleh bagi full komitmen kat kau. Saya: Wei, aku tak macam tulah. Orang je cakap aku macam tu. Kau cakap aku macam diva-diva, marah orang dengar tau. Nanti orang kata aku pulak yang perasan. Akuuu jugak yang kena. Amjat: Lantak dia oranglah. Aku tak heran kalau orang tak suka kau. Sebab, dia orang tak faham kau. Aku dah lama kenal kau. Aku tahu perangai kau. Kau memang macam diva-diva. Yang tak suka kau tu, boleh belah. Yang betul-betul boleh terima kau je yang kawan dengan kau. Bagi aku, aku OK je dengan perangai diva-diva kau tu. Aku dah masak sangat dah. Bagi aku, kau jujur. Kau jadi diri kau yang sebenar, tak ada nak berlakon-lakon. Dah memang itu perangai kau. Tulah kau yang sebenar. Bukan kau buat-buat jadi diva. Tapi perangai kau memang macam diva. Diri kau yang sebenar. So, kau jangan main sapu je mana-mana lelaki yang datang. Fikir betul-betul. Nanti bila kahwin, dia tak dapat bagi apa yang kau nak, tak macam yang kau nak, susah. Karang mulalah menyesallah, apalah. Kau ingat pesan aku ni. Ni aku pesan betul-betul kat kau. Ingat, kau tu macam diva-diva. Tak semua orang sesuai dengan kau. Saya: Kau ni gila eh, cakap aku macam tu? Amjat: Tak beb, kau memang macam tu. Macam aku cakap, itu perangai semula jadi kau. Bukan kau saja-saja nak jadi diva. Even kau pun tak rasa yang kau tu diva kan? Kau rasa biasa je kan? Sebab tu kau tak boleh terima bila orang kata kau diva. Kalau orang kata kau berlagak diva, bagi aku tak. Kau memang macam tu dari mula aku kenal kau. Kau memang straight, kau suka kau cakap suka. Tak suka kau kata tak suka. Sebab tu orang tak suka kau. Sebab kau tegas. Kau tak ada nak pilih-pilih. Kawan ke, apa ke, kalau kau marah, memang kau marah. Kalau tak boleh, memang tak bolehlah jawabnya. Tapi itulah kau. Aku suka kawan dengan kau, sebab kau jadi diri kau. Dan kau tak dendam. Kau marah, kau bising. Bila habis, habis. Kau lupa dah semua yang kau marah. Even kita pun pernah gaduh. Tapi tak panjang. Gaduh fasal kerja, fasal kerja je la. Saya: Hahahaha... Gaduh dalam email kan? Amjat: Tulah pasalnya. Aku tak ambik pot pun dengan kau. Masa tu memang sakit hati. Tapi aku tahu, tu cara kau. Aku buat bodoh je. kita boleh kawan balik. Aku pun nak kawan dengan kau. Fikir jugak nanti kau nak minta tolong aku. Kita kawan macam biasa. Tak naklah kau segan ke teragak-agak ke nak minta tolong aku. Aku pun sama. Tak naklah gaduh lama-lama. Kita kan kawan. Tak naklah aku nak minta tolong kau ke, cakap dengan kau nanti rasa tak sedap. Kau pun bila sakit hati dengan aku kau buat bodoh kan? Bila jumpa, boleh je kawan macam selalu. Terima kasih Jat, sebab faham aku. Kawan aku yang kawan dari kecik pun tak faham aku macam kau faham aku. Semoga Allah pelihara persahabatan kita ni dalam keadaan baik sentiasa. Yang penting, kau teman aku beli baju kat Uniqlo nanti eh. Sibuk sangat komen aku suruh pakai tulah, pakai nilah. So kau kena teman aku. Hahahaha... Amjat kata OK je. Boleh je teman. Mejat kata, lepas kerjapun boleh pergi. Dekat je Uniqlo tu. Tapi biasalah dengan si puaka ni, kena tahanlah telinga saya dengar dia membebel. Hahahaha... Bak kata Amjat, kalau jumpa dua-dua puaka jangan ngata dia je hahahaha...

Strong Personality

Assalammualaikum readers, I'm in the office. Malas balik, panas! Kak Sariha ajak balik, saya cakap tak nak. Panas! Kak Sariha kata diva sangat! Hahahaha.... Pagi tadi, saya rasa malas nak bangun. So, sayapun ambil IPhone. Nak tengok kot-kot ada komen Facebook or whatsapp dari sesiapa. Biasalah, handset saya ni orang boleh whatsapp bila-bila masa je. Public la katakana. So saya tengok ada personal Whatsapp dari Australia. Pengirim tu copy saya punya status whatsapp: 'Aku maafkan. Namun luka yang kau guris, tak mungkin aku lupakan. Maka aku, bukan lagi yang kau kenal dulu,' Whatsapp dihantar pada jam 12.13 pagi. Diikuti tanda bagus. 'Saya pasti Tinta boleh move on,' 'Dia bukan jodoh untuk awak' Terus bugar mata saya demi membacakan whatsapp tersebut. Pengirim kata dia tahu yang hal tu dah setahun lebih berlalu dan disebabkan itu jugalah saya hilang dari FB. Aik, macam mana dia tahu? Katanya, 'sbb saya memang tahu tentang awak' 'Kerana Tinta sangat popular' Boleh pulak gitu eh? No, no, no. Saya bukan retis yang semua orang boleh tahu. Setahu saya, dia tak tahu tentang blog saya ni. Tak tahulah kalau dia tahu dari orang lain. Kami berbalas whatsapp buat seketika. 'Please no, you should fine someone better' Antara nasihatnya. Sebagai kawan, dia menasihati saya dan nasihat ini adalah nasihat kedua yang saya terima dari seorang kawan. 'Tinta ada personaliti yang strong. So, tak semua orang sesuai dengan Tinta. Mungkin ada orang akan try. Tapi... Try to avoid dari bagi harapan kat semua orang. Personaliti you strong, so, you should fine someone yang boleh faham. Yang sama strong, yang boleh pimpin you' Pulak dah. Apa ke strongnya personality saya ni? Saya tak tahulah. Malas fikir. Lagipun, siapa saya nak memilih? Ya Allah, hanya Kau yang Maha Tahu, siapa yang terbaik untuk saya. Maka saya serahkan segalanya kepadaMu. Readers, mohon doakan agar saya dipertemukan dengan lelaki yang baik dan sesuai dengan saya.

Tuesday, December 5, 2017

Kata Seorang Ustaz

Assalammualaikum readers, Buat apa tu? Belum balik? Elak jam la tu. Takpun... Malas bersesak-sesak naik public transport. I just drop by. Nak balik kejap lagi, nak pasang almari kasut. Nak cerita kat orang-orang yang sudi baca blog ni. Kalau baca nak mengutuk tu... Tak tahulah. Malas nak fikir. Kalau korang nak sakit hati, sakitlah hati sendiri. Saya nak happy je kalau boleh. Ustaz: Dik, adik ni ramai orang tak senang. Saya: Saya ke ustaz? Ustaz: Awaklah. Saya kaget. Pelik. Betul ke? Macam mana ustaz ni boleh tahu? Saya: Betul ke, ustaz? Ustaz: Betul. Ramai orang tak senang dengan adik. Saya: Kenapa ustaz? Kat mana salahnya saya? Ustaz: Tak. Bukan pasal salah. Manusia ni biasalah iri hati, dengki. Mungkin adik ada sesuatu yang buatkan dorang tak senang. Mungkin dapat sesuatu. Orang Melayu pulak. Lagilah. Ya Allah, kenapa macam ni? Aku berlindung kepadaMu dari segala hasad dengki manusia.

Saturday, December 2, 2017

DRST Training Di OCBC Bank Malaysia Berhad

Assalammualaikum readers, Siapa belum tidur lagi? Gang la kita. Nilah bahananya makan nasi tengahari tadi. Beras siam pulak tu. Mami saya post sambal tempoyak, ayam masak kering, ayam goreng dan udang goreng. So hari ni saya nak habiskan ayam dan udang goreng. Takut basi. Terpaksalah makan nasi sebab nak makan sambal tempoyak. Lepas makan terus mengantuk tak tertahan. Saya tidur dekat pukul 2 sampailah 5 lebih. Malam ni jadi bugar pulak mata ni. So, nak abadikan kat sini saat-saat bagi training kat staff OCBC Khamis kelmarin. Program ni dah lama dah dirancang oleh En. Mahathir selaku HR Manager. Surat jemputan pun dah berapa minggu dah dihantar. Dia memang request nak saya yang bagi ceramah. Sebenarnya saya tak nak. Saya jadi nervous bila present depan orang yang saya kenal. Tapi dia nak jugak. Hahaha... Siap bagi amaran jangan demam, batuk dan selsema untuk date tu. Kalau MC pun datang jugak! Hahahahahaha.... Hadoi, En. Mahathir ni, bukan saya sorang pandai bagi ceramah. Boss saya pulak, awal-awal lagi cakap, "You pergi. I pergi Air Asia," Amboi orang tua ni, bila ada event lain, pandai pulak dia nak pergi Air Asia. Kalau tak, memanjang je suruh saya pergi Air Asia. Minggu lepas, En. Mahathir call, katanya ada berita baik. Berita apa? En. Mahathir: Saya baru je bukak pendaftaran, dah penuh dah sesi ceramah Tinta. Saya ada 2,500 staff. Biasa tak macam ni. Ni kejap je saya buka, dah penuh dah. Saya nak kena hantar email bagi tahu pendaftaran tutup pulak. Tinta: Berapa orang maksimum? En. Mahathir: 100 orang. Sekarang dah ada 118 orang. Tinta: Kenapa cepat sangat? En. Mahathir: Kebanyakan yang datang ni yang biasa tengok Tinta kat FB saya. Dia orang semua excited nak jumpa Tinta. Tinta: Hah? Ish, tak naklah. Seganlah. En. Mahathir: Janganlah macam tu. Buat biasa je. Tak ada apalah. Boss saya yang cantik tu pun nak join tau. Tinta: Alamak. Tinta elegik dengan orang besar-besar ni. En. Mahathir: Nanti saya nak jemput CEO kita orang pulak. Tinta: Tak payahlah. En. Mahathir: Biarlah. Tinta: Yang Tinta kenal ramai tak? En. Mahathir: Dalam 20 orang macam tu yang Tinta kenal. Iman kata "Count me in," Abang Iman tu volunteer dari OCBC yang biasa dengan saya. Pernah join latihan kayak kat Putrajaya. Tinta: Alah, Abang Iman ni, tak yahlah. Siapa lagi? En. Mahathir: Luqman, Hana, Feroz, Fitri yang baca doa masa program kat MAB hari tu, Jo Anne. Adalah beberapa orang lagi. Yang 18 orang ni saya nak reject. Nak ambil seratus orang je. Isnin lepas En. Mahathir call lagi. En. Mahathir: OK Tinta, croud Tinta 118 orang. Tinta: Kata nak reject 18 orang? En. Mahathir: 100 tu ada depan Tinta. 18 orang tu nak main kompang untuk Tinta, sambut Tinta dengan bunga api. Dia saja berseloroh tak nak bagi saya gementar. Tinta: En. Luqman? En. Mahathir: Confirm datang. Dia datang purposely untuk sesi Tinta. Dia cuti sebenarnya Tapi sebab Tinta datang, dia half day petang. Tinta: Alaaa... Biarlah dia cuti. Dia kan dah biasa dengan blind. Dah pandai dah handle blind. Dahlah. Tinta lemah semangatlah depan orang-orang yang Tinta kenal ni. En. Mahathir: Eh, my boss cakap apa tau, Tinta: Apa. En. Mahathir: So nanti I bolehlah jumpa Tinta inperson? Entah apa yang dia promot saya kat boss dia tu. Tiba-tiba nak jumpa saya face to face. En. Mahathir: Saya cakap boleh. Mesti boleh. Hai, takkanlah dia boss tak boleh kot. En. Mahathir: Dia orang semua excited nak jumpa Tinta. Macam-macam dia orang nak tahu. Tinta: Bagi En. Fairuzlah pergi. Tinta pergi Air Asia la. En. Mahathir: Jangan Tinta. Saya dah buat hebahan siap sebut nama Tinta lagi. Karang orang lain datang, tak best la. Dia orang dah excited dah nak jumpa Tinta. Hari yang dinanti pun tiba. Saya memang berdebar dari malamnya lagi. Tambah pulak bila En. Mahathir kata ada sorang dari India. Dah saya kena bawa slide presentation in english la ni. Hadoi. Manalah nak adanya. Air Asia punya je ada. Terpaksalah saya edit cepat-cepat sebab En. Mahathir nak ambil laptop saya pagi tu. Pandrive luar tak boleh masuk laptop dia orang. Daripada bagi dia orang slide, baik saya bawa laptop. En. Mahathir takut saya terlewat. So biar dia set up dulu kat sana. Dalam kul 11 lebih, En. Luqman tulis dalam group whatsapp kami: 'Warga OCBC look fwd menanti ketibaan officer MAB' Demi membacakan whatsapp tersebut, saya tambah tak karuan. Abang Iman pulak tulis tak sabar sebagai balasan kepada whatsapp En. Luqman. Bila saya cakap berdebar, boleh En. Luqman suruh saya relax? Selain dari saya kenal En. Luqman ni, dia jugak merupakan orang nombor 1 dalam OCBC Al-Amin. Tu saya berdebar tu. Saya dan Kak Sariha bergerak dari office jam 11.30. Kak Sha assistant saya bercuti so Kak Sarihalah temankan saya. Jalan banyak tutup pulak sebab pameran Negaraku. Sepanjang jalan tu memang jantung saya duk dap, duk dap. Perut pun rasa tak sedap. En. Ramly driver office galak mengusik saya. Mujur ada Kak Sariha. Dialah yang tenangkan saya setiap kali En. Ramly usik saya. Hahahaha... Jahat orang tua ni, Saja nak tambah debar orang. 'Orang Tua' tu panggilan dia kat office. Ramai yang panggil dia macam tu sampai saya dah terikut. Hahahaha... 'Tinta, Tinta, Tinta' En. Luqman tulis dalam group. Siap hantar gambar depan slide saya yang dah siap dipancarkan melalui projektor. Hadoi, makinlah berdebar. 'Alamak, otw. Stark pulak kat atas ni.' Abang Iman pulak whatsapp. 'Kita duduk row depan lagi,' Iiii... En. Luqman ni, memang mengada. Tak yahlah cerita kau duduk depan ke, belakang ke. Dahlah orang kena pusing balik, jalan tutup. Saya tengok jam 11.57 pagi. Alamak, macam mana ni? I suppose to start my presentation at 12.00 PM. En. Mahathir tak call then OK la. 3 Minit lagi kau. Dahlah malam tadi saya mimpi saya sampai pukul 1 kat OCBC. Tambah berdebar bila saya teringat En. Mahathir cakap masa lunch nanti saya akan lunch bersama boss dia dan En. Luqman. Mak ai, saya tak suka lunch dengan orang besar-besar ni. En. Luqman hantar gambar lagi. Diikuti dengan tulisan 'Abang Mat pun tazabar tuuuu,' Abang Mat merujuk kepada En. Mahathir. Tazabar tu maknanya tak sabar. Setibanya di OCBC tepat jam 12, saya call En. Mahathir. Dia kata, En. Feroz dah siap tunggu saya kat bawah. Ya, driver sayapun nampak En. Feroz. So kami tinggalkan IC dan dapatkan pas untuk naik. Hati makin berdebar. Keluar je dari lif, mak ai, ramai gila. Ada yang menyapa hai. Dalam debaran, saya sambut sapaan mereka dan terus dibawa masuk ke dewan oleh En. Feroz. Kak Hana: VIP duduk depanlah Tinta. Sapa Kak Hana dari belakang dan terus mengekori saya ke depan. Saya disambut oleh En. Luqman. Siap bergambar bersama dan dia post dalam group, 'Tinta dah sampai' Yang dalam group pulak sibuk suruh En. Luqman buat live. Hahahaha... Nak tengok jugak presentation saya. Hadoi, saya tak tahulah apa akan jadi presentation saya kejap lagi tu. Kata En. Mahathir, audience ni semua sporting. Jangan krik-krik sudah. 12.04, En. Mahathir memulakan majlis. Saya kena present dalam dwibahasa. English dan Malay. Campur-campur. Tu tak kisah. Cuma berdebar jelah. En. Mahathir ni, siap cakap, saya pernah naik Gunung Tahan, Kinabalu. Saya suka kucing dan ada Chiko, dari Kelantan. Siap cakap saya single. Tu paling tak boleh-belah. Tolonglah. Setelah dipersilakan, En. Mahathir pakaikan saya headphone mic. But not working well. Ramai yang cakap termasuk En. Luqman suruh saya guna mic. Mujur ada kokless mic. Alhamdulillah, presentation saya berlangsung dengan jayanya. Betul kata Kak Sariha, nervous saya tu sebelum je. Bila dapat je mic terus hilang tah ke mana nervousnya. Hahahaha... Audience pun sporting. Memang gamat dewan dengan gelak tawa sepanjang presentation saya. Alhamdulillah. Saya suka keadaan macam ni. At least saya tahu, audience saya tak bosan dengan saya. Bila tanya dia orang jawab. Kadang-kadang bukan niat saya nak buat lawak, tapi dia orang boleh tergelak. Tiga orang datang ke depan secara bergilir untuk demo tatacara mengendalikan blind. Ada sorang tu lelaki, from En. Luqman's department. Dia orang panggil ustaz. Dua lagi perempuan. Sorang Kak Noraini yang selalu En. Mahathir sebut namanya di depan saya. Macam biasalah, saya akhiri presentation saya dengan video apa yang boleh dan tak boleh dilakukan sewaktu membantu blind. Tengok videopun dia orang tergelak-gelak. Lepas tu ada sesi soal jawab. Melampau En. Mahathir ni, belum sempat audience tanya, dia dah minta saya bagi tahu macam mana cara saya mekap. Katanya ramai audience nak tahu. Audience pulak ramai-ramai sokong soalan En. Mahathir dan minta saya jawab. So saya bukalah kelas mekap kejap. Adalah beberapa soalan saya jawab. Mujur nak bertanya sebab saya dah pesan siap-siap suruh tanya, jangan takut dan jangan segan. Kata Kak Sariha, memang nampak semua audience tu berminat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada saya. Terima kasih OCBC's staff atas perhatian anda dan terima kasih HR OCBC terutamanya En. Mahathir kerana memilih MAB untuk CSR kali ni. Syukur Ya Allah atas pengetahuan untuk mengendalikan audience yang Engkau berikan kepadaku. Syukur Ya Allah atas kurniaan kelancaran lidah tatkala berbicara kepadaku. Syukur Ya Allah kerana memberikan aku penonton yang sudi mendengar dan memberi perhatian kepadaku. Sampai malam ni, presentation saya masih lagi diperkatakan dalam group. Berikut antara kata-kata yang saya terima: En. Luqman: Tinta memang awesome. Banyak benda boleh belajar dalam suasana santai. Masa saya sedang present, dia boleh post dalam group 'steddy la Tinta' Abang Iman: Memang terbaik. First time dapat tengok the funny side of Tinta. Thank you Tinta for this memorable afternoon. En. Luqman: Apa ko ingat Tinta tu ketat je ke orangnya? Abang Iman: Hahaha... Ingatkan dia serius je orangnya. En. Luqman: Masa muncung tu memanglah. Oh lupa, En. Luqman pun siap tanya soalan. Cewah. En. Abdullah yang kerja tempat lain siap join komen bila OCBC's staff duk komen presentation saya dalam group volunteer. Pak Lah: Sejak mengajar pramugari pramugara, Miss Tinta semakin mesra pelanggan dan tegas dalam lembut. Syabas Miss Tinta. Replying message to a message from Pak Lah, message from En. Mahathir: Benar Pak Lah. She is an amazing trainer-presenter. En. Mahathir: Saya tumpang bangga sebab semua puas hati dan berterima kasih kepada HR sebab organize event yang sangat impactful. En. Mahathir: Ada yang minta repeat!! Saya malu sebenarnya. Saya tak sehebat mana pun. So, untuk hentikan puji-pujian dorang tu saya berjenaka: Tinta: Berangan jap. Bilalah saya nak bagi training kat Royal Albert Hall ni? En. Mahathir: .... Terus pitam jap. Ya Allah, aku kembalikan puji-pujian ini kepadaMu yang Maha Hebat. Pinjamkanlah seta tambahkanlah kelebihan ini kepadaku. Dan datangkanlah rezeki yang melimpah-ruah lagi berkat dari kelebihan pinjamanMu ini. Amin...