SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, May 16, 2018

Cubaan Memberi Rasuah

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni saya tak makan ubat selsema. So saya rasa bersemangat memandangkan selsema pun dah kurang. Insya-Allah, esok lusa baiklah. Bercakap tentang rasuah ni, ia ada di mana-mana. Masa abah saya kerja dulu, antara kerja abah, memberi kontrak kepada kontraktor melalui tander dan menjaga projek. Mama selalu ingatkan abah supaya tidak menerima sebarang rasuah daripada kontraktor. Kontraktor memang baik. Kalau tahun baru Cina, banyak hamper dan limau mandarin akan sampai ke rumah saya. Begitu juga dengan hari raya puasa. Mujurlah menurut Tun Mahathir, pegawai kerajaan atau menteri dibenarkan untuk menerima hadiah berbentuk bunga dan makanan sahaja. So, itu tidak termasuk rasuahlah kan? Suatu hari, mama berbual dengan seorang kontraktor Melayu. Sebenarnya ada beberapa kontraktor yang baik dengan abah dan keluarga kami. Kontraktor mengatakan, "En. Ruslan ni baik, tapi tak boleh main-main dengan dia," Rupa-rupanya, ada kontraktor yang baik dengan abah cuba memberi rasuah dengan memberikan abah satu sampul surat yang berisi duit tebal di dalamnya. Abah memberitahu kontraktor berkenaan, "Awak simpan jelah duit awak tu. Saya masih mampu untuk tanggung keluarga saya dengan gaji yang saya dapat," Kontraktor tersebut berubah muka dan terus terdiam. Akhirnya, dia meminta maaf daripada abah. Mama Tanya abah, berapa jumlah wang berkenaan? Abah kata, dia tak tengok dan tak kira pun duit tu. Buat apa nak ambil tahu kalau kita tak nak? Terima kasih abah sebab memberi pengajaran kepada kami.

No comments: