SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, May 3, 2018

Euphoria for Women by Calvin Kline

Assalammualaikum semua... Selamat petang. Baru ada mood nak menulis setelah dari malam tadi menanggung kesakitan perut sehingga membuatkan saya EL hari ni. Tak laratlah nak keluar pergi klinik. Sakit dan malas. EL je la. Cuti pun banyak sampai acting GM dah remind saya suruh cuti. Katanya, kerja seminggu ke dua minggu sekali, ambillah cuti 2 3 hari. Ala, ingat dia baik sangat dengan saya? Sebenarnya dia malas nak dengar saya bising hujung tahun nanti bila dia tak bagi orang carry cuti banyak ke tahun depan. Siapa suruh bias. Orang lain tu lagi banyak dari saya carry cuti, boleh je. Of cause la mulut saya pok pet, pok pet serentak dengan tangan tulis email. Hahahaha... Saya memang berterus-terang je kalau saya tak suka. Lantaklah. Daripada saya cakap belakang je, baik bagi depan terus. Tapi orang sekarang ni pelik, lebih suka orang yang berpura-pura dari orang yang cakap terus-terang. Biarlah. Inilah saya. OK, tamat pasal acting GM merapu tu. Meh nak cerita pasal topik kegemaran saya iaitu perfume. Saya pernah kata yang saya akan beli sebotol perfume setiap bulan kalau kewangan mengizinkan. So, pilihan perfume saya untuk bulan ni adalah Euphoria by Calvin Kline. Actually, Euphoria ni sepasang. for men pun ada. Saya tertarik dengan perfume ni sejak 13 tahun dulu iaitu pada tahun 2005. Masa tu saya masih study di UiTM. Abah belikan saya CK apa entah, lupa. Dapatlah sample Ephoria ni. Balik rumah, bau sample lebih best dari perfume yang saya beli. So, saya berazam untuk dapatkan Euphoria ni suatu hari nanti. Minggu lepas saya search kat Lazada Euphoria ni harganya RM105 selepas diskaun daripada harga RM500 lebih. Bila saya tanya origenal tak perfume ni penjual tak balas-balas sampai sekarang. Mestilah ianya menimbulkan keraguankan? Siap tulis 20-30 percent adalah minyak. Oh, tak pernah saya dengar diskripsi perfume origenal macam ni. Ke saya je yang tak pernah dengar? Saya tengok dekat online shop oversea yang saya beli tu $39.99 je harganya is about RM120. Mahal RM15 je dari Lazada tapi geranti ori. Baik saya beli dari sanakan? So, campur post ke rumah kawan saya harganya RM150.99 sahaja. Sangat murah berbanding pasaran Malaysia. RM120 tu anggaran harga je. Tepatnya tak tahulah berapa yang penting tak lebih dari RM150. Berbaloi-baloi. Mari kita tengok diskripsi bagi Euphoria ni: Euphoria yang diperbuat daripada bunga eksotik dan buah-buahan ini telah dilancarkan pada tahun 2005. Note buah-buahan yang terdapat padanya menaikkan bau misteri dan menarik seperti bunga eksotik hitam yang membawa si pemakai untuk menikmati keceriaan hidup. Bau utamanya dihasilkan daripada bunga ros, Epal Jepun, green leaves, bunga teratai, Orkid hitam, red woods, bunga violet hitam dan amber. Wangian ini dicipta oleh Dominique Ropion, Carlos Benaim dan Loc Dong. Perfume Pyramid: Top notes - Delima. Middle notes - Teratai, orkid hitam. Base note - Violet hitam, amber, kasturi, kayu mahogany. Sekian. Nanti saya update campuran perfume lain yang saya dah beli atau pakai.

No comments: