SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, May 5, 2016

Awak Yang Selalu Saya Rindu

Semalam... Hati saya berdetik. Rasa rindu sangat kat dia. Setelah membuat "morning call", satu lagi panggilan saya buat menjelang tengahari untuk bertanyakan soal software. Agak pelik, bila saya tanya dia di mana, dia seakan enggan memberitahu saya dia di mana. Tebak saya dia sedang lunch. Akui dia, baru lepas lunch nak masuk kereta. Bila tanya nak balik office ke? Dia kata nak keluar. Selalunya dia bagi tahu ke mana nak pergi. Tak apalah, pujuk hati saya. Tak perlu banyak tanya, nanti saya dimarahinya. Sekarang ni, emosi dia tak berapa stabil. Dia boleh marah tiba-tiba. Nanti saya yang tak boleh buat kerja. Dia tak marah saya tanya tadipun dah syukur alhamdulillah. Hati saya terus berdetik dan tertanya-tanya, ke mana dia mahu pergi? Jangan memaksa Tinta, sabarlah. Pujuk diri sendiri. Petang tu, dek kerana tak mampu menahan rasa, saya minta kawan tengokkan di Handset lokasinya. Lebuhraya Utara Selatan. Saya yakin, dia datang Kuala Lumpur. Hati saya sayu. Kenapa dia enggan memberitahu saya akan kedatangannya ke KL? Saya benar-benar tidak bermaknakah bagi dia. Perkara paling baik dilakukan, diam. Tak perlu tanya dia atau mempersoalkannya. Biarlah saya beralah. Kalau dia nak sembunyikan akan kedatangannya ke KL dan tak mahu jumpa saya, apa boleh buat. Itukan hak dia. Dalam keadaan sekarang, sabar itu amat penting walaupun pedih. Saya jalani hari saya seperti biasa. Habis kerja balik rumah dan terhiburlah sikit hati ni sebab housemate saya balik semalam. Dalam saya mengemas barang yang baru dibawa pulang dari Phuket, IPhone saya berdering. Tertera namanya. Ya Allah! Syukurnya saya. Sekurang-kurangnya, dia mahu menghubungi saya. Saya amat mengharapkan dia memberitahu saya yang dia mahu berjumpa saya. Tapi awal-awal saya ingatkan pada diri, jangan terlalu mengharap, nanti kecewa. Bila kecewa tak boleh makan, sedangkan esok saya nak puasa. Dia: Buat apa? Dah tidur ke? Saya: Belum. Kemas barang. Dia: Dah makan? Saya: Belum. Tapi ada roti nak buat sahur. Tapi mungkin tak jadi puasa, sebab rasa lapar. Saya makan jelah roti ni malam ni. (Jujur saya beritahu sebab perut rasa lapar sangat) Dia: Awak nak makan apa? Nanti saya hantar. (Masya-Allah, saya sebak. Dia nak hantar makanan untuk saya?) Saya: Awak ada di KL ke? Dia: Ha'ah. Awak nak makan Mc D? Saya: Awak nak keluar ke? Dia: Saya nak pergi hantar buah kat awak. Harum Manis satu, dua lagi tu buah lain. Nak keluar makan sekali. Saya: Tak ada Mc D pun tak apa. Kue Tiow goreng pun dah OK. Dia: Tak apalah, Mc D lagi senang sebab saya nak pergi tempat awak dulu. Saya: Tapi boleh tak air tu saya nak tukar Rabina? Sebab saya tak nak air gas. Dia: OK. Kejap lagi saya sampai. Baru nak gerak. Terima kasih Allah kerana memberikan kegembiraan ini. Lepas matikan talian, saya terfikir. Memanglah Mc D, tapi apa menunya? Dia tak tanyapun nak makan apa? Tak apalah, terserahlah dia nak bagi apa. Kalau dia masih ingat makanan kegemaran saya, pasti sampailah menu tu pada saya kejap lagi. Tak lama kemudian, sampailah di rumah saya satu set ayam goreng Spicy kegemaran saya, Sunday Strawbery dan tiga biji mangga yang salah satunya Mangga Harum Manis. Terima kasih awak atas pemberian ni. Saya sangat suka dan hargainya. Terima kasih Allah, atas semua ni.

2 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

assalamualaikum. semoga awak terus gembira. Alhamdulillah, walau sekejap ok, walau sekejap tidak, sekurang-kurangnya awak bersedia dengan apa saja kemungkinan. semoga awak terus tabah dengan ujian ini. nun di hujung sana ada hikmah dan bahagia yang menanti. amin!

TINTA EMAS said...

Insya-Allah, amin. Terima kasih atas doanya.