SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, May 16, 2016

Esok Kan Ada

Saya call awak. Tak berjawab. Saya tinggalkan pesan minta awak call balik. Yelah, dah dua tiga kali hari-hari sebelum ni saya call tak berjawab tapi awak tak return call. Ada benda nak tanya pendapat. Tak lama kemudian, awak whatsapp saya bagi tahu awak sakit belakang, salah tidur. Tak larat nak cakap. OK, saya faham. Sebab suami kawan saya pernah cakap, lelaki kalau tak ada mood memang malas nak bercakap. Buat benda lain yang dia suka boleh. Masa tu, saya tanya, main komputer boleh? Dia kata boleh. Saya dan isteri dia pada mulanya kurang setuju. Kata tak ada mood? Bantah kami. Jawabnya, tak ada mood main komputer boleh sebab guna tangan. Kalau bercakap melibatkan mood.OK, saya faham. Jadi malam ni tak perlu banyak cerita, bila awak cakap sakit belakang, ianya melibatkan mood. Bila sakit, mood tak baik. Bila tak ada mood mesti malas cakap. Kalau cakap nanti gaduh pulak. Jadi biarlah awak rehat. Esok saya boleh tanya pendapat awak. 

Awak, saya sayang awak. Saya nak awak sentiasa OK. Saya tak nak gaduh-gaduh dengan awak. Kitakan jauh. Lagipun saya nak pergi jauh ni. Kalau gaduh nanti, saya mesti tak boleh masuk training dengan tenang. 

2 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

assalamualaikum. sememangnya jalan fikir lelaki dan perempuan tu tak sama. saling kontra dan melengkapi. wow, nak pergi mana tu?? Jepun ke? bes tu! semoga terus majujaya! kita fikir lain, dia fikir lain, namun tak salah rasanya kita cuba memahami jalan fikirnya itu. syukurlah dengan kurniaan rasa cinta itu. pertahankan selagi diizinkanNya

TINTA EMAS said...

Waalaikummussalam...

Terima kasih kerana sudi membaca. Ya, fikiran mereka berbeza dengan kita. Mohon doakan buat saya.