Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, March 5, 2016
Esok Yang Dinanti
Saya menaip aksara di layar telefon bimbit. Ya, saya harus bertemu dengannya sebelum dia pulang ke Utara untuk memberi hadiah hari lahirnya. Niat hati ingin pergi menghantar esok tapi dia menghalang dan dia yang ingin datang mengambilnya daripada saya. Saya keberatan kerana drivernya tidak ada di hotel bersamanya. Namun dia beria-ia mengatakan akan meminta driver menghantarnya di LRT Wangsa Maju untuk bertemu denganku.
Ya Allah, terima kasih Allah, saya amat rindukan dia. Saya ingin benar bertemu dengannya.
Terima kasih awak kerana sudi bertemu dengan saya walaupun tanpa kenderaan sendiri. Hanya Allah yang tahu bagaimana saya rindukan awak. Tak sabar tunggu tengahari atau petang esok saat bertemu dengan awak. Maklumlah, kita berjauhan sekarang. Tak macam dulu, bila-bila masa saya rindukan awak, awak boleh datang jumpa saya. Bila jauh ni, masa agak terbatas untuk jumpa. Awak datang KL pun atas urusan kerja, bukan bercuti. So tak bolehlah suka-suka nak keluar dengan kenderaan jabatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment