Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, May 24, 2016
Rezeki Itu Telah Disuratkan
Salam semua,
Dah seminggu lebih saya tak update blog. Sebenarnya saya ke Hanoi, Vietnam untuk menjalani latihan di sana. Memang banyak cerita yang nak diceritakan. Satu-satulah.
Bercakap tentang rezeki, seperti yang En. Fairuz pernah cakap dengan saya, kalau rezeki itu milik kita, maka ia tetap akan jadi milik kita sekalipun dihalang. Andai tiba masa yang sesuai, maka Allah akan berikan pada kita.
Dan hari ni, setelah Allah uji saya, Dia telah memberikan rezekiNya buat saya. Seperti hari-hari yang lalu, saya membuat kerja-kerja saya di pejabat. Telefon berdering. Ternyata panggilan itu daripada Kak Sariha, dari HR Department. Dia minta saya bertemu dengannya di atas. Sedikit berdebar. Biarpun kami berkawan, tapi bila dipanggil secara rasmi atas urusan kerja, saya jadi tak keruan, takut ada salah yang telah saya lakukan.
Kaki melangkah ke biliknya dengan tanda Tanya. Kak Sariha menghulurkan sepucuk surat kepada saya dan membacakannya. Alhamdulillah Allah, sememangnya Allah itu Maha Baik, Maha Dekat dan Maha Indah. Cantik sungguh perancanganNya buat saya insan lemah. Dia seakan tidak mahu saya jauh darinya. Terima kasih En. Fairuz, terima kasih Mejar Azhari dan terima kasih Dr. Radha kerana Nampak akan kebolehan saya dalam pekerjaan dan sedaya-upaya memberi recmendation untuk kenaikan pangkat saya. Terima kasih juga kepada Mr. Chin dan Mr. Santhira yang menyokong. Insya-Allah, saya akan buat lebih baik lepas ni atas tanggungjawab yang diberikan ini. Dan ini juga suatu ujian dari Allah untuk menguji sejauhmana syukurnya saya, sejauhmana kerendahan hati saya dengan pangkat yang diberikan. Semoga Allah sentiasa dekat dengan saya untuk memimpin saya agar tidak tersasar dari landasan. Terima kasih juga buat semua yang mendoakan saya.
Lima tahun saya bekerja di sini, bermula dengan Public Relation Assistant. Orang lain ada yang naik pangkat dengan cepat meskipun bermula dengan jawatan seperti saya. Masuk kerjapun lebih kurang je dengan saya. Allah sentiasa uji saya dengan kesusahan dulu sebab, Dia nak ajar saya erti syukur, Dia mahu mengingatkan saya agar tidak lalai dengan nikmatNya apabila dikurniakanNya. Ya Allah, jadikanlah saya seperti padi, makin berisi, makin tunduk. Dan hari ni, dengan kuasa, izin dan kehendak Allah, saya dengan rasminya ditukar ke department lain sebagai Eksekutif Aksesibiliti Dan Advokasi, langkah satu gred iaitu pegawai, bertanggungjawab juga dalam Sukan Dan Rekreasi. Untuk sementara, saya juga perlu membuat kerja-kerja PR sehingga jawatan tersebut diisi tidak lama lagi katanya. Aksesibiliti, Advokasi, Sukan dan Rekreasi, bidang baru bagi saya walaupun saya sudah lama membantu dalam bidang ni. Sekarang saya perlu banyak belajar dan membaca agar apa yang diperjuangkan mengikut landasan yang benar. OK la, otak penat dengan Aksesibiliti dan Advokasi, lepas tention dengan Sukan dan Rekreasi. Hahaha banyak politik juga tu. Semuanya akan berkuatkuasa 1 Jun depan.
Terima kasih, Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment