Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, May 7, 2016
Mihun Tomyam Phuket Yang Memeranjatkan
Terliur tak dengan tomyam ni? Kecur liur? Origenal dari Phuket Thailand. Hahaha kali ni, saya akan ceritakan kisah Phuket ni tak ikut kronologi sebab saya bukan pergi bercuti, pergi present report so, mana yang rasa menarik, saya tulis. Setiap kali ke Thailand, saya mengidamkan tomyam Thai yang kaw dan meletop. Tapi saya gagal menemuinya di Krabi dan Hatnyai masa saya bercuti dulu. So, bila ke Phuket minggu lepas, saya memasang angan nak makan tomyam. Kata Zakee budak pengangkat beg dari Pathani, dekat Royal Phuket City Hotel kami tinggal ni ada Restoran Muslim nama Anuar. Katanya makanan sedap dan murah. Sebelum brangkat ke Phuket, saya ada buat penelitian di blog-blog mereka yang pernah bercuti di Phuket. Kata mereka, makan memang murah kat Phuket ni dalam RM10-RM15 sekali makan. Agaknya makanan macam kat Malaysialah kot. OK la tu, lebih kurang je harganya. Teruja dengan cerita Zakee akan Restoran Anuar, hari pertama lepas forum kami dah merayap cari cenramata. Balik saja, teerus dapatkan Zakee dan Tanya arah restoran yang dia maksudkan. Alhamdulillah, walaupun terlepas, jumpa juga restoran tu. Sangat dekat. Tak berpeluhpun jalan. Air kelapa idaman dah habis, so ambil jus oren. Tengok-tengok menu, macam-macam tomyam ada. Saya memutuskan nak makan Mihun Tomyam. Saya dah membayangkan rasa tomyam yang sangat lazat dengan beberapa potong sotong dan dua tiga ekor udang. Udangnya mesti sebesar udang di Sandakan yang segar. Waaa... Tak sabarnya tunggu order saya siap. Macam order spaghetti la pulak, siap boleh pilih mi apa yang kita nak, mi ke, mihun ke, kue tiow ke. Terserah pada kita. Mihunlah pilihan saya. Dalam duk bersembang dan berangan tu, sampailah minuman. Wow! Gelas bentuk jag. Saya buat tak heran sebab air buah kat Kedai Gelas Besar di Keramatpun gelas besar dan murah. Tak lama lepas tu, sampailah semangkuk Mihun Tomyam. Kawan saya Farah dah tergelak dengan mangkuk besar persembahan waiter tu. Bila tengok isi dalam, kami sama-sama terkejut. Berapa harganya ni? Ah, tak apalah, duit saya masih ada dekat 3,000.00 Bath lagi. Saya bukan banyak shoppingpun kat sini, tak sempat nak merewang sangat. Mahalpun mahallah. Mak ai, besarnya sotong dan udang!!! Sampai tak nampak mihun! Tambah dengan dua kupang gemuk dan besar lagi. Kalau tahu, tak payah tambah mihun tadi. Masa order tadi, saya cakap nak pedas. Waiter tu kata, memang dah sedia pedas. Menepati citarasa saya tak? Menulis nipun saya dah kecur liur. Cepat saya merasa. Wow!!! Sangat sedap! Tomyam kaw dan pedas! Inilah yang saya cari sekian lama di Thailand! Jenuh nak menghabiskannya. Alhamdulillah, selera sungguh saya makan. Sayang, mihun tak habis. Terlalu kenyang. Tengok risit, Mihun Tomyam saya hanya berharga 150 Bath, bersamaan RM17 sahaja! Sangat murah! Kalau hidangan yang sama di Malaysia mungkin dah cecah RM70 kot. Dengan senang hati saya mengeluarkan duit tanpa merungut dan membayarnya. Harap dapat pergi Phuket lagi just untuk makan tomyam je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment