Selamat berhari minggu. Duduk kat rumah ni tak sibuk sangat. So, hari ni saya mungkin akan tulis beberapa entri. Mula dengan entri ni ya.
Suatu hari, saya berbual-bual dengan housemate saya tentang takdir dan jodoh.Dalam sembang-sembang tu, ceritalah fasal budak batch saya yang melangsungkan perkahwinan semalam.
"Batch aku sorang demi sorang kahwin. Aku jugalah yang lewat. Tapi tak apalah, mungkin Allah tahu bila masa yang sesuai nak bagi aku jodoh," Kata saya kepada housemate.
"Tak apalah Cik Long, biar je apa orang nak kata. Dah jodoh tu kerja Tuhan, kita nak buat macam mana," Katanya dengan membahasakan saya Cik Long, panggilan yang selalu dia gunakan buat saya.
"Tulah, dia orang ni suka tanya. Macamlah aku tahu bila jodoh nak sampai. Kalau tahu senanglah. Aku paling tak suka orang tanya aku bila nak kahwin. Nanti aku nak tanya dia orang, bila nak mati? Kalau yang dah kahwin tu belum dapat anak, aku nak tanya dia, bila nak dapat anak. Sibuk hal orang. Kalau tanya aku bila nak makan tu bolehlah aku jawab,"
"Dia orang tu ngada-ngada. Yang selalu suka tanya orang macam tu, orang yang dah kahwinlah," Balasnya.
"Bukanlah aku nak sakitkan hati orang nak jawab macam tu, aku cuma nak dia orang faham, jodoh tu di luar kawalan manusia. Setakat ni aku jawab, suruh tanya Allah je. Bila tak tahan nanti aku jawab macam tu. Kalau orang tanya dia orang, tak boleh, tapi kalau dia orang tanya kita bukan main lagi. Kadang-kadang yang tanya tu bukan yang rapat dengan kitapun. Apa hak dia orang nak tanya?"
"Eh, tapi kau perasan tak sesuatu?" Tiba-tiba housemate saya mengajukan soalan.
"Apa dia?" Balas saya ingin tahu.
"Budak batch kau majoriti dah kahwin, ada anak, ada kereta. Kau tak ada semua tu," Saya ketawa.
"La... Memanglah,"
"Tapi... Ada sesuatu yang Cik Long ada, dia orang tak ada," Konon nak bagi suspenlah tu.
"Apa dia?"
"Harta. Cik Long ada rumah. Walaupun dia orang ada isteri, ada anak, ada kereta, ada yang kerja government dan gaji lebih besar dari Cik Longpun. Dan dia orang lelaki. Tapi, Allah belum bagi dia orang harta," Saya terkesima. Rasa terharu dan sebak segera datang. Betapa cantiknya susunan Allah itu. Saya tak pernah fikir sampai ke situ tapi housemate saya nampak akan kebaikan Allah pada saya dan memberitahu saya kisah indah Allah ini buat saya.
"Cik we, Cik Long tak pernah pulak terfikir sampai ke situ. Mungkin Allah nak lengkapkan hidup Cik Long dulu kot baru nak bagi Cik Long jodoh,"
"Mungkin. Cik Long bukan ada satu, ada dua rumah termasuk rumah pusaka yang mami nak bagi Cik Long tu. Andai katalah, jodoh Cik Long dengan awak, manalah tahukan kalau awak pergi dulu dari Cik Long, sebab hukum alamnya yang tua akan pergi dulu. Jadi, Allah tak nak Cik Long susah lepas dia tak ada. Jadi, Allah siapkan Cik Long dengan persediaan rapi untuk hadapi sebarang kemungkinan. Cik Long kan perempuan. Mesti Allah tahu Cik Long akan susah bila suami tak ada. Diapun siap-siapkan dulu Cik Long. Cuba Cik Long fikir, kenapa Allah tak bagi budak batch Cik Long tu harta sekarang sedangkan dia orang lelaki dan perlu tanggung anak isteri. Mesti Allah ada sebab yang kukuh kenapa Dia buat macam tu,"
"Betul juga kata Cik We tu. Cik Longpun tak terfikir fasal tu. Yelah, Dia lebih tahu tentang hambaNya. Kita bukan boleh pinjam buku Loh Mahfuz, selak tengok siapa jodoh kita, macam mana masa depan kita, kalau kita tahu semua tu senang. Tunggu je tak payah usaha,"
Perbualan malam itu tamat dengan rasa syukur saya pada Allah Yang Maha Dekat, Maha Baik dan Maha Indah.
Terima kasih Allah atas semua kebaikanMu pada saya.
Terima kasih Allah kerana menjaga saya.
Aku tahu, Engkau mengujiku kerana ingin menunjukkan kasih sayangMu padaku.
No comments:
Post a Comment