Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, May 27, 2016
10 Coklat Terlazat Dunia
Salam readers,
Ada tak antara korang yang suka makan coklat? Coklat yang macam mana yang korang suka? Cuba kita tengok, antara 10 coklat kat bawah ni, berapa jenis yang korang dah cuba? Bukan lagu je ada top 10, coklatpun sama.
Mari kita lihat jenama, tahun diasaskan serta Negara pengeluarnya:
1. Lindt atau nama panjangnya Lindt & Sprungly (1949 - Swiss)
Pengasas: David Sprungli-Schwarz dan anak lelakinya, Rudolf Sprungli-Ammann.
- Antara produk popularnya Lindor * yang menjadi kegemaran saya sekarang hehehe.
2. Godiva (1926 - Brussels, Belgium)
Pengasas: Joseph Draps.
- Antara produknya termasuklah Coklat Liqueur selain daripada biskut, truffle, kopi, koko dan lain-lain. Bungkusannya keemasan melambangkan kemewahan.
3. Hershey's (1894 - Pennsylvania, Amerika Syarikat)
Pengasas: Nilton Hershey
- Antara produk popularnya, Kisses.
4. Guylian (1960 - Belgium)
Pengasas: Guy Foubert (nama Guylian adalah gabungan pengasanya dan isteri)
- Antara produk popularnya, Sea Shells.
5. Ghirardelli (Amerika Syarikat)
Pengasas: Domenico Ghirardelli
6. Ferrero Rocher (1982)
- Tidak banyak fakta dinyatakan tentang coklat ini.
7. Valrhona (1922 - Tain-l'hermitage, Perancis)
Pengasas: Alberic Guirronet.
8. Neuhaus (1857 - Belgium)
Pengasas: Jean Neuhaus.
- Pengeluaran menggunakan buatan tangan serta turut mengeluarkan biskut dan aiskrim.
9. The Belgian (1956 - Belgium)
- Pengeluaran menggunakan kaedah tradisional.
10. Thorntons (1911 - Inggeris)
Pengasas: Joseph William Thorntons.
- Antara produk popularnya, Toffee. Coklat ini dijual secara atas talian.
Begitulah 10 coklat lazat dunia. Dah semak berapa yang dah korang try? Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment