Saya nak bagi tahu awak... Ada waktu-waktunya... Saya sangat rindukan awak. Macam pagi ni, saya terlalu rindukan awak. Tak tahu berapa kali tangis ni pecah kerananya. Apa yang mampu saya buat, hanya mengadu pada Allah agar disabarkan hati saya supaya tak mengganggu awak.
Awak, saya tahu situasi awak sekarang. Jadi saya tak nak ganggu emosi awak. Biarlah saya sedih sendiri. Kalau inilah harga yang perlu saya bayar, saya relakan. Janji saya tak pentingkan diri saya sendiri.
Awak, saya rindukan awak yang dulu. Yang mesra, yang suka bergurau, yang selalu ketawa dan buat saya ketawa.
Awak, kadang-kadang saya tertanya sendiri. Kenapa Allah kurniakan perasaan ni dalam hati saya untuk awak? Saya masih belum ketemu jawapannya. Tapi saya yakin, Allah tak pernah mensia-siakan hambaNya. Pasti Dia akan beri jawapanNya suatu hari nanti.
Awak, sebelum ni saya pernah diuji. Tapi masa tu, hidup saya dikelilingi kawan-kawan. Kawan serumah yang sentiasa memberi semangat dengan pelukan dan kata-kata prangsang. Kawan-kawan lain yang menyokong dan mendorong. Tapi kali ni, ujian Allah buat saya lebih hebat. Allah jauhkan awak di Utara sana, Allah uji dengan emosi awak yang dipengaruhi kesihatan awak, Allah uji dengan membiarkan saya keseorangan di kebanyakan masa saya, Allah uji dengan menjauhkan sahabat baik saya dari saya, Allah uji saya dengan kesukaran saya maju dalam kerjaya meskipun hal itu telah diputuskan menjadi hak saya, Allah uji dengan menjauhkan saya dengan sorang adik yang pernah saya rapat dulu. Kalau awak OK, mesti semua ni saya akan lalui dengan semangat dan kekuatan dari awak. Saya tak mahu semua ni membebankan mama dan abah. Lantas saya simpan sendiri. Yang saya ada hanya Allah. Hanya Allah. Saya yakin, pasti Allah nak beri sesuatu yang Maha Indah buat saya sebab tu kali ni Dia uji saya bertimpa-timpa dan berganda lebih dari dulu.
Awak, saya sayang awak dengan izin Allah. Kalau Dia tak izinkan mana mungkin saya dapat menyayangi awak sebegini dan sampai saat ni walaupun ada masanya awak benar-benar melukakan hati saya. Kemaafan saya pada awak, seakan air mengalir. Semoga Allah jua mengizinkan awak menyayangi saya seperti yang Dia tanamkan dalam hati saya. Kata ustaz, sesudah derita itu bahagia. Saya sedang menanti bahagia itu dan berdoa agar bahagia itu akan saya sambut bersama awak. Enam bulan dalam keadaan begini, Allah izinkan saya belajar tentang banyak perkara. Mungkin ianya asas kepada kebahagiaan yang akan diberiNya kelak.
Salam sayang buat awak yang jauh,
Dari saya yang sentiasa merindui awak.
No comments:
Post a Comment