Semalam, saya pergi cuci rambut. Tiba-tiba terimbau peristiwa beberapa tahun lalu. Kat Lawyat tu ada satu akademi rambut. Dulu saya suka pergi sana, masa adik saya stay kat KL. Kita boleh pilih siapa yang nak serve kita, profesional, senior atau junior. Bergantung kepada kualiti dan budget la.
Hari tu, terasa nak potong rambut pendek sebab dah lama saya berambut panjang. Sesekali nak ubah penampilan. Lalu saya bagi tahu tukang gunting tu. Diapun menjalankan kerjanya. Tak lama kemudian, siaplah dia menggunting rambut saya. Tapi... Dia tak gunting sampai paras yang saya nak. Saya mengarahkannya untuk menggunting lagi. Tak lama kemudian, sekali lagi dia siap menggunting. La... Kenapa tak gunting sampai paras yang saya nak. Ish, bengang jugaklah masa tu. I'll pay what.
"Kenapa tak gunting sampai sini?" Tanya saya agak bengang.
"Kenapa nak gunting pendek?"
"Ubah fesyen. Kenapa tak boleh?"
"Rambut you cantik ma. Sayang mahu potong pendek. Cukuplah sampai sini. Sayang ma" Saya terkedu. Ni rambut saya ke rambut dia? Yang dia sayang lebih tu kenapa? Rambut ni kan akan tumbuh lagi. Bukan saya nak kerintingkan rambut.
"Gunting lagi sikit," Pinta saya.
Tanpa banyak cakap, tukang guntingpun menggunting lagi. Tapi dari cara dia menggunting tu, saya tahu dia gunting tak sepenuh hati. Selesai menggunting, hasilnya tak sama macam yang saya nak. Dahlah malaslah. Berapa lama saya nak duduk kat kedai ni? Sampai malampun tak habis. Tak jadilah nak berambut pendek.
"Sudah ma. Sini sudah cantik. Rambut you banyak cantik ooo. Sayang mahu gunting ma. You jaga elok-elok,"
Dah saya pulak yang dipesannya. Hadoi, saya bukan nak rosakkan rambut, sekadar nak tukar fesyen. Bukan nak pendek macam lelaki. Tapi pendek yang ada style. Bukan mengubah struktur rambut.Kalau nak kerintingkan atau dibonding tu mungkinlah akan merosakkan rambut dengan penggunaan bahan kimia tu. Ni gunting je. Takkan merubah tekstur rambut. Penampilan je berubah. Kalau pendekkan nampak lain sikit, nampak kebudakan sikit. Ah, dahlah. Lain kalilah buat fesyen pendek. Apapun, terima kasih pada si tukang gunting yang sangat ambil berat fasal rambut saya.
No comments:
Post a Comment