SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, May 14, 2016

Hati Yang Terusik

Saya tahu dan saya faham hak awak untuk menulis. Tapi bila tulisan awak seakan-akan situasi kita, saya sangat terasa hati. Saya sedih. Saya tahu, saya hanya perlu diamkan semua ni. Saya tahu, tak guna saya bersuara kerana saya tahu awak akan mempertahankan hak awak untuk menulis. Dan itu memang hak awakpun. Saya tak ada hak apa-apa. Cuma hati saya ada hak untuk terluka. Tak apalah awak, saya akan terus diam dan sabar selama Allah izinkan. Janji awak seronok dan suka hati sebagaimana yang awak selalu cakap 'suka hati sayalah'. Sekurang-kurangnya, awak tak cakap macam tu pada saya malam nipun, sedikit mengurangkan kelukaan saya. Saya dah rasa sangat bersyukur kepada Allah yang menguji. 

2 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

assalamualaikum. di sebalik kesukaran itu pasti ada hikmah yang menanti. bertabahlah kamu menghadapinya. semoga kebahagiaan akan tergenggam jua. amin!

TINTA EMAS said...

Terima kasih. Insya-Allah... Amin. Mohon doakan saya terus tabah.