Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, February 6, 2017
Percutian Yang Menyeronokkan
Assalammualaikum readers,
Selamat hari Isnin dan selamat memulakan tugas :)
Macam biasalah, hari cuti je malas nak update blog ni. Belum bersawangkan? Baru berhabuk je hehehe...
Korang buat apa last weekend?
Saya? Tak ke mana-manapun...
Tapiii... Rasa macam pergi bercuti pulak last weekend.
Sabtu, saya sengaja ambil replacement cuti saya. Malaslah nak kerja. Nak rehat puas-puas.
Patutlah Allah gerakkan hati saya untuk ambil cuti, sedar pagi Sabtu tu, saya rasa sakit perut. Senggugut. Lepas buat apa yang patut sekejap, saya sambung tidur sampai tengahari. Jarang saya bangun lewat macam ni meskipun hari cuti. Habis semua plan nak sapu dan mop rumah dengan basuh bilik air dan tandas. Aaaahhh... Tak laratlah. Lantaklah semua tu. Saya sambung tidur lagi sebab sakit tak reda. Kenapalah sakit kali ni lama pulak? Banyak dosa ke?
Dekat pukul 1, technician office saya whatsapp. Mujurlah saya sedar. Dia nak datang betulkan singki, paip bocor dan pintu bilik rumah saya. Alaaa... Saya sakit ni. Tapi datang jelah. Nanti lambat pulak nak baiki semua ni. Rela tak rela, saya kata OK.
Dalam tunggu dia datang tu, sempat saya tidur. Adoi, memang tak tahanlah sakit ni. Tak naklah makan ubat tahan sakit. Selalunya, saya senang tidur kalau sakit kecuali kalau kena gastrik yang teruk. Tidur adalah ubat kalau saya sakit dan sedih.
Akhirnya, technician sampai. Dia buat bilik air dapur yang bocor dan singki bilik air. Saya tidur dalam bilik. Serius, saya memang tak larat. Saya dah beritahu dia yang saya sakit. Pandai-pandailah kau bawa diri.
Lepas tu, dia panggil saya, dia nak masuk bilik, nak betulkan singki dan tukar kepala paip singki bilik air bilik saya. Alaaaahhh... Saya sakit ni. Kalau dia dalam bilik ni, macam mana saya nak tidur? Terpaksalah saya gagahkan diri untuk duduk atas katil. Masa tu dah pukul 3.00 lebih. Rasanya saya ni dah terlebih tidur. Tapi still boleh tidur sebab sakit. Mujurlah rumah saya ni sejuk, jadi tidurpun best.
Dalam sakit-sakit tu, saya layanlah dia bercakap sambil-sambil dia buat kerja. Mana pulaklah kawan saya ni tak sampai-sampai. Kalau kawan ada, tak adalah saya kekok duduk dengan dia ni. Memanglah pintu bukak, tapi rasa janggal.
Lepas siap bilik air dalam bilik, saya suruh dia betulkan pintu bilik belakang, flash toilet dapur yang airnya tak penuh. Siap semua tu dah pukul 6 dan kami ke Penang Road beramai-ramai untuk minum.
Perut saya dah beransur pulih. Baik saya makan malam terus sebelum gastrik menggila. Dahlah hari ni saya just minum coklat panas je pagi tadi dan makan M&M.
Memandangkan dah dua kali saya makan maggi kari perut saya OK, saya order nasi putih dengan kari kambing. Best sangat.
7.00 malam, saya sampai semula kat rumah. Aduuuhhhh... Perut niii... Dia sambung pulak dengan gastrik. Takkanlah dunia saya tidur je hari ni? Kalau tak boleh saya iron baju untuk minggu ni malam ni. Apakan daya, dia buat perangai lagi. Sakitnya perut saya. Mujur tak solat. Saya terus baring. Nak beranganpun tak boleh, sakit! Marah pulak saya makan kari hari ni. Hari tu OK je. Ke kari mamak ni kao? Sakit kat tempat yang sama. Ada luka ke? Luka belum sembuh ke? Sorry la Chiko, Along tidur lagi. Nantilah Along layan Chiko.
Saya tidur dengan lenanya entah untuk kali yang ke berapa hari ni. 8.00 Lebih, saya tersedar. Aduh, masih sakit. Bila nak reda ni? Tolonglah, jangan tambah sakit. Jangan muntah. Saya tak nak. Saya teruskan baring sampai lelap lagi. Boleh jadi sleeping beauty ni macam ni. Haaaahahaha sempat berangan. Kalaulah saya ni cantik jelita macam tuan puteri masa tidur ni kan best. Sedar-sedar nanti, ada putera raja kat sebelah sedang tunggu saya bangun.
Dalam duk berangan tu, saya lelap lagi.
Hampir 10.30 saya tersedar. Alaaahhh... Si Chiko merengek nak makan pulak. Saya bersihkan diri then bagi dia makan. Saya baring semula. Pelik, baring rasa sakit, bangun tak sakit pulak. Dia main-mainkan saya ya?
OK, nak duduk, duduklah. Bagus. Sayapun dah bosan ni, asyik tidur je. Macam duduk wad la pulak. Tak ada kerja nak buat. Padahal kerja rumah berlambak.
IPhone saya capai. Aplikasi Youtube saya cari. Meh kita tengok Puteri Impian. Baru boleh berangan jadi puteri. Saya ni samalah macam Nora dalam filem tu, suka berangan nak jadi puteri. Untunglah Nora, at least ada putera betul minat dan jatuh cinta kat dia. Saya ni? Hmmm... Jangankan putera raja, orang biasapun susah nak lekat. Berangan jelah. Happy kejap. Boleh gitu??? Booolehlah.
Mata tak mengantuk. Lepas Puteri Impian, saya layan pulak Impian. Bestnya, anak Tan Sri suka kat Yasmin. Saya tumpang berangan jelah. Memang saya nak berangan je malam ni. Ibarat macam saya sedang bercuti. Saya nak buat benda yang saya suka je. So, sekarang saya nak berangan. Nak enjoy dan happy. Malas nak fikir benda-benda sedih. Saya nak hidup dalam khayalan malam ni. Saya kan sedang bercuti di sebuah resort, tiada gangguan sesiapa. Suka hati sayalah nak buat apa. Cuma gangguan dari Si Chiko je saya tak boleh elak. Orang cakap jangan kacau, dia tetap menyibuk. Nasib baiklah kau ni kucing Chiko. Kalau kau tu boleh jadi putera raja, bertukar macam putera katak tak apalah jugak. Ni kau asyik miow, miow, miow. Apa kau nak pun aku tak tahu. Sudahnya saya berkurung dalam bilik dan Chiko di ruang tamu. kita berbahagi wilayah ya Chiko. Kau hiduplah dalam dunia kau Along bagi kau kawasan luas, ruang tamu, dapur dan bilik air dapur. Jangan kau kencing dalam singki dapur along pulak. Nanti Along denda kau lagi. Along punya kerajaan, kecik je. Bilik Along yang lengkap dengan bilik air, coklat, biskut dan buah epal. Kau makanlah makanan kau kat dapur tu ya. Dah, jangan kacau along. Nak bising, bising kat luar.
Lepas tengok impian, macam-macam video saya tengok. Datuk Vida, Rozita Che Wan. Bestnya jadi orang kaya macam Datuk Vida. Sebelum ni saya tak suka sangat Datuk Vida. Tapi taklah benci kat dia. Gitu-gitu jelah. Tapi malam ni, lepas tengok beberapa video dia, saya mula jatuh hati kat dia. Datuk Vida ni seorang ibu yang penyayang, baik walaupun gedik Hehehehe... Bak kata Datuk Vida dalam salah satu videonya, dia Nampak je gedik sebab nak jual produk. Suami dia pulak, terima dia seadanya. Bilalah saya nak jumpa Prince Charming AKA Mr. Right saya ni? Tunggu jelah, tahulah Allah menguruskannya.
Sudahnya, hamper siang baru saya tidur dan semestinyalah bangun lewat lagi. Dah lama tak buat perangai macam ni. Buruk betul perangai anak dara ni hehehehe...
Haaa... Ahad, buatlah semua kerja kau yang tergendala tu ya. Seharian saya buat kerja rumah. Siap cuci peti dan iron baju seminggu.
Malam tadipun, saya menonton lagi. Didahului dengan video jenayah seperti Mona Fandi, Mat Komando dan Botak Chin. Lepas tu sambung tengok Datuk Vida. Haaa... Timbul idea nak rumah macam resort supaya saya rasa macam pergi melancong bila balik rumah. Tak adalah asyik duk office je. Mana designer saya ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment