SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, February 13, 2017

Mood Melayang Dan Pujian Di Pagi Hari

Assalammualaikum semua, Hari ni, lepas Subuh lagi mood elok saya dah melayang. Chiko buat perangai lagi. Saya dengar dia mengiau. Kat bilik air tak ada. Saya buka pintu bilik satu-satu. Dia keluar dari bilik belakang. Confirm dia buat perangai! Dia kencing kat tilam lagi!!! Mujur just kena tepi sedikit dan cadar. Kelam-kabut saya membasuh pagi-pagi. Air kencing kucing tak boleh dibiarkan lama, nanti busuk, susah nak hilang bau. Lepas siap basuh tu, saya bersiap nak pergi office. Alhamdulillah baju semua dah bergosok. Kalau tak, mahu lambat. Saya tergerak hati nak cari Si Chiko. Tergerak hati jugak cek bawah kerusi yang dia selalu duduk. Chiko!!!!!!!!! Dia kencing kat bawah kerusi ni jugak!!!! Patutlah kat tilam tu sikit. Tak puas agaknya!!! Sekali lagi saya harus tunda keluar rumah. Saya kena bersihkan segera sebelum baunya kuat nanti lagi dia suka kencing kat tempat yang sama. Astaghfirullahalazim... Apalah dosa saya jadi macam ni? Kenapalah dia buat perangai pagi-pagi hari kerja ni? Senyum sayapun ghaib entah ke mana. Geramnya saya. Pakkallah dia kucing. Kalau manusia, dah kena cubit dengan saya. Tu pun kena jentik dengan saya. Bila saya fikir balik, mungkin bagi Allah, ini yang terbaik untuk saya hari ni. Kan semua yang berlaku tu ada hikmah dan baik bagi kita. Tiba-tiba saya rasa nak nangis bila teringatkan Allah. Mungkin juga, Allah nak hapuskan dosa saya dan nak tambahkan amal saya. Bersangka baiklah dengan Allah Tinta. Saya pujuk hati sendiri supaya kemarahan saya yang membuak segera pergi. Saya merintih pada Allah, apalah dosa saya sampai Allah uji saya macam ni pagi ni? Lalu segera saya teringat potongan makna ayat Alquran yang pernah saya baca "Sesungguhnya aku ini menurut sangkaan hambaKu," Bersangka baik dengan Allah Tinta, kerana Allah itu menurut sangkaan hambaNya. Bila baik sangkaan kita, Insya-Allah, ada hikmahnya yang kita akan ketemu. Saya letakkan tisu bekas lap kencing Chiko dalam bilik air supaya dia faham yang bukan sekadar buang air besar di bilik air, kencingpun kena dalam bilik air. Saya letakkan Chikopun dalam bilik air beserta air dan makanannya. Bukan niat menyiksa. Sekadar ingin mengajarnya. Lagipun bilik air ni bukan sempit. Dua bilik air dia boleh berpindah-randah sebab dia boleh ke bilik air master bed room melalui jalan atas. Keluar je dia tak boleh. Alamatnya rutin saya sebelum masuk office tak dapat dilaksanakan hari ni. Saya kena curi masa lain. Saya melangkah ke pejabat dengan wajah keruh. Keceriaan terus lenyap. Dalam hati saya ingatkan diri sendiri supaya sabar. Kucing tu kan binatang peliharaan nabi. Dia juga selalu berdoa untuk tuannya. Sabarlah, pasti ada sebab kenapa Allah buat macam tu. Seorang perempuan menegur saya dan berjalan bersama saya ke LRT. Fadilah namanya dan bekerja di RHB. "Eh, you cantiklah hari ni," Hah? Dia ni pernah jumpa saya ke sebelum ni? Rasa tak pernah. Saya kan keluar awal. Saya terpinga-pinga. "Ya, pretty. Cantik." Ulangnya lagi. Saya blur. Dia ni tak Nampak ke muka saya yang keruh tanpa senyuman ni? Ada orang kata, senyuman saya manis. Mungkin itu yang buatkan saya Nampak cantik (bukan perasan. Fikir saya selama ni, senyuman tu yang menampakkan begitu ). Lagipun, hari ni, saya keluar rumah tanpa mekap. Usahkan bedak, krim alovera tanpa warna tu pun saya tak pakai. Macam mana dia boleh kata saya pretty? Betul ke tak betul mata dia ni. "Ya, you Nampak cantik," Cik kakak, pandangan cik kakak ni betul ke tak? Kata hati saya. Saya nak senyumpun tak ada mood. Mungkin dia ulang sebab saya Nampak terpinga-pinga. "Saya tak mekappun. Belum mekap lagi," Dia tahu tak saya rasa wajah saya ni tak bersih sebab saya tak cuci dengan scrub dan mask dah berapa minggu. "Ya, but its OK, cantik," Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan ini. Subhanallah, aku kembalikan pujian ini kepadaMu yang menciptakan. Andai benar pujian ini, sebenarnya ia adalah kecantikanMu, bukan aku. Kau yang menciptakan aku sebegini dengan segala sifatMu yang Maha Indah dan Maha Cantik. Saya coretkan di sini bukan riak. Sekadar untuk saya baca semula suatu hari nanti untuk menjadi motivasi kepada diri saya tatkala saya rasa rendah diri dan tak punya apa-apa. Agar saya dapat kekuatan daripada sedikit nikmat yang Allah bagi.

No comments: