SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, February 2, 2017

Dari Kaca Mata Seorang HR Manager

Ini HR Manager company lain, bukan HR kat office saya. Perbualan yang lebih kurang berbunyi begini: Saya: En. Mahathir pekakan pada sikap dan perasaan orang? En. Mahathir: Hahaha saya dah lama jadi HR. Macam-macam orang yang saya handle. (Lebih 2,000 orang tu dia handle dalam satu masa. Saya: Kadang-kadang saya pelik. Saya tak cakappun En. Mahathir boleh tahu saya sedih atau something happen kat saya. Walaupun sekadar saya tak balas Whatsapp dan jawab call En. Mahathir. Tak perlu jumpapun. En. Mahathir: Pengalaman semua tu, Tinta. Lagipun, saya ni HR, pemerhatian saya kena tajam. So, saya dapat baca Tinta macam mana orangnya. Saya: OK, masa mula-mula En. Mahathir deal dengan saya, apa yang En. Mahathir boleh rumuskan tentang saya? En. Mahathir: Awak seorang yang bijak, cekap dalam kerja, tegas, takkan senang-senang boleh ubah pendirian. Tapi low profile. Baru-baru kenal Nampak biasa-biasa je. Tak banyak cakap. Banyak diam, dengar dan memerhati. Awak akan bercakap bila tiba masa yang sesuai dan bercakap ketika perlu sahaja. Tapi kalau awak ada facts, habislah orang yang deal dengan awak tu. Sebab awak akan cakap direct dan tegas. Kalau boleh awak kata boleh, kalau tak, awak cakap tak walaupun dengan orang yang baik dengan awak. Tapi hati awak lembut dan awak sebenarnya lemah-lembut dan tahu menghormati orang. Haaa... Lagi satu manja dan berani. Dan saya terkejut sebenarnya bila awak balas-balas cakap dalam group Whatsapp hari tu. Awak memang berani. Macam saya cakap tadi, bila awak ada fakta, awak akan tegas berbalas cakap atau mempertahankan sesuatu. Hahaha... Macam tu ke saya? Tapi orang yang dah lama kenal sayapun tak faham saya sampai macam tu. Memang betullah agaknya HR ni tajam pemerhatiannya. Orang yang dah lama kenal pulak, kalau tak dapat something daripada saya, mengata, cakap saya sombong, berlagak, bossy. Tulah manusia, macam mana nak maju kalau asyik nak dapat keistimewaan je bila berkawan dengan orang. Dan saya bukan jenis nak bagi keistimewaan walaupun kat orang yang baik dengan saya kalau tak boleh. Saya akan ikut SOP. Biarlah nak kata apapun. Tak nak kawan dengan sayapun, tak apa. Dah itu kerja saya, tanggungjawab saya. Nanti saya jugak yang nak kena soal dan menjawab. Jawab kat dunia boleh tipu-tipu, kalau kat sana nanti, siapa nak tolong saya?

No comments: