SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, February 8, 2017

Berita Malang Lagi

Selang sehari, saya terima berita malang lagi. Mama saya telefon. Memberitahu saya bahawa cucu Mak Long sebelah abah saya kemalangan di Bukit Putus. Kata mama, dia tengok berita TV tentang kemalangan tu. Dia tengok Kereta Myvi putus dua setelah berlanggar dengan Kelisa. Tak lama kemudian, telefon bimbit abah berdering. Pak Su saya call dari Negeri Sembilan memaklumkan bahawa cucu Mak Long dua beradik kemalangan di Bukit Putus. Jadi kemalangan yang mama saya tengok di TV tu cucu Mak Long kami. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal dan berada dalam ICU. Sementara pemandu Kereta Kelisa meninggal dunia. Kejap tadi saya dimaklumkan lagi bahawa seorang patah bahu, paha dan betis dan telah dimasukkan ke wad manakala sorang lagi masih dalam bilik bedah belum keluar sejak tadi. Ya Allah, berilah yang terbaik kepada mereka Ya Allah. Ya Allah, Kau jagalah diriku, seluruh ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku daripada mala-petaka dunia dan akhirat. Amin...

No comments: