Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, February 15, 2017
Mungkin Ini Yang Terbaik
Tak ada mood. Nak bual-bual je kat sini. At least saya dah hantar report kat boss. Report boss satu lagi punya lepas 22 Februari baru boleh buat. After meeting. Boss lagi satu ni sedang bercuti di Hatnyai. So, kurang sikit arahan saya terima. Cuma pandai-pandai uruskan benda yang sepatutnya. Tapi hari ni malas! Tak ada mood. Tunggu masa jelah pergi Air Asia.
Dulu, saya selalu mengenang nasib. Alangkah bestnya kalau saya dapat kerja kerajaan. Masa depan terjamin. At least, kalau dapat gred 27 atau 41 gaji banyak. Belum campur elaun lagi.
Allah uji saya dengan bagi saya pergi interview, voice test untuk penyampai radio, physical accessment untuk PTD. Campur semua sekali rasanya lebih sepuluh kali saya pergi. Yang PTD tu, saya buat semua aktiviti walaupun dia kata, saya dikecualikan. Lari 2.4 KM pun saya buat. Sampai termengah-mengah orang yang guide saya tu. Semuanya sebab saya nak buktikan pada dia orang yang saya akan buat apa saja demi kerja saya.
Setiap kali keluar result, saya gagal. Masa tu, Allah saja yang tahu betapa kecewanya saya. Saya pernah menangis kerana kegagalan tu sebab saya terlalu berharap. Setiap kali saya kena panggil dengan SPA, saya mesti call abah dan mama minta mereka doakan saya Berjaya. Sampai suatu ketika, abah cakap, "Kau ni selalu kena panggil interview. Tapi kerja tak dapat jugak." Saya tahu, bukan niat abah nak lukakan hati saya. Abah dan mamapun terlalu mengharapkan agar saya dapat kerja yang elok. Jadi bila tak dapat, mereka pasti kecewa. Mulai daripada hari tu, saya tak cakap dah kat dia orang kalau saya kena panggil. Saya tak nak kecewakan dia orang lagi. Sedih? Mahunya tak sedih bila abah cakap macam tu. Tapi saya faham situasi abah. Dia terlalu risaukan saya yang bergaji terlalu kecik masa tu. RM850.00, apalah yang tinggal kat saya lepas tolak SOCSO, EPF, makan minum, sewa rumah dan tambang. Kalau saya jadi ibu bapapun, mesti saya risau memikirkannya.
Abah pernah cakap dengan saya, suruh saya balik rumah je. Abah kata, dia masih boleh tanggung saya. Abah kesiankan saya, susah-susah pergi kerja, gajinya tak seberapa. Nak beli pakaianpun kena kira-kira duit masa tu. Lama-lama sekali baru beli baju baru. Tapi saya tak nak. Saya nak usaha sendiri dan saya ni jenis aktif. Tak bolehlah saya nak duduk rumah sepanjang masa. Tepu otak saya. Biarlah gaji kecik, sekurang-kurangnya saya tak buang masa sia-sia.
Tahun 2007 dulu, saya pernah masuk berita TV 3. Cakap fasal pekerjaan di kalangan OKU. Saya kan selalu jadi kontroversi. Masa tu statement saya memang hot. Siap berbalas statement lagi antara pengerusi SPA dan menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ketika tu, Dato' Sri Shahrizat
Abdul Jalil rintitan daripada statement saya.
Kawan saya yang sama-sama bagi komen masa tu, dapat kerja kerajaan gred 41. Sorang lagi kawan yang tak bagi statement apa-apapun dapat gred 41.
Masa tu, saya rasa sedih, pilu. Saya yang penat-penat fight, masuk dialog dengan SPA, tak dapatpun masuk government. Orang lain tu, dapat pulak. Siap ada orang tu dapat pengecualian daripada bayar PTPTN. Bestnya, hutang hapus terus lepas tu dapat kerja gred 41. Alasan waktu permohonan pengecualian bayaran tu, dulu dia Nampak, now blind. So, tak ada kerja. Then application tu lulus. Sedangkan saya? Dahlah gaji kecik, PTPTN tetap kena bayar. Nak bayar pun kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak cukup duit. Bunga bertambah. Mujurlah mama bayarkan every month. Kesian mama. Kadang-kadang saya nangis sorang-sorang. Saya rasa tak adil. Yang senang bertambah senang. Yang susah, terus susah.
Lalu saya pujuk hati sendiri. Yang perempuan tu dapat gred 41 tak apalah. Dia lebih dulu menganggur dari saya. Dia kerja siang malam cari rezeki. Nak tanggung keluarga lagi kat kampung. Sedangkan saya, tanggung diri sendiri je. Tu pun abah dan mama ada bantu. Sebab tu Allah bagi dia dulu masuk government.
Yang lelaki tu pulak, diakan lelaki, nanti nak tanggung isteri dan anak-anak. Sebab tu Allah bagi dia masuk government dulu dari saya.
Bila fikir macam tu, saya jadi pasrah. Sekurang-kurangnya saya tak salahkan Allah dan takdir. Bukankah rezeki tu Allah dah tuliskan. Janganlah suka mengeluh Tinta, takut nanti jatuh berdosa pulak.
Allah memang suka uji saya dengan keperitan. Mungkin ada sebab. Mungkin ini amaran Allah supaya, bila saya senang, saya tak lupa daratan. Tak lupa orang susah.
Masa saya kerja kat production house dulu, masa gaji RM850.00 tu saya buat proposal. Rebut tander RTM untuk drama TV. Alhamdulillah. Saya Berjaya dapatkan tander tu.
Boss Tanya, saya nak buat skrip sendiri atau dia bagi orang lain buat? Eh, tak boleh jadi ni. Proposal saya, sayalah buat skrip. Saya kena buktikan pada boss, kawan-kawan sekerja yang saya boleh buat apa yang dia orang buat. Maka terhasillah skrip Drama Kebaya Biru. Kalau korang pernah tengok. Drama ni ditayangkan sempena hari raya tahun 2008. Masa tu kan nak raya. Saya naklah duit tambahan. Boleh belanja lebih sikit untuk raya.
Masa dia orang bincang fasal bayaran, saya dengar director cakap dengan boss, saya penulis baru. So, skrip saya murah sikit. Harga skrip penulis baru macam saya di pasaran masa tu, RM2,000.00. Paling rendah, RM1,500.00. Boss kata, saya in house staff so dia yang akan uruskan fasal bayaran saya. Bakhtiar Bolak, director tu baik sangat dengan saya.
Ya Allah, saya rasa seronok sangat masa tu. At least saya akan dapat RM1,500.00 duit tambahan. Saya mula berangan. Baju raya saya abah dah beli. Nanti saya nak belikan setiap orang dalam keluarga saya sesuatu yang boleh dipakai masa raya nanti. Duit lebih tu, saya boleh simpan.
Waaahhh...Semangat saya buat skrip mime tu. Siap, hantar RTM lepas tu RTM komen, betulkan balik. Skrip tu saya siapkan dalam masa tiga hari je sebab kejar dateline RTM. Sampai saya tak cukup tidur. Terpaksalah berjaga malam untuk siapkan skrip supaya tak lewat dari dateline. Lagipun apa salahnya usaha lebih, nantikan boss bayar harga skrip kat saya.
Tapi... Saya hampa. Allah uji saya lagi. Boss hanya bayar saya RM500.00 je dengan alas an saya inhouse staff. Allah je yang tahu betapa kecewanya saya masa tu. Saya nangis lagi. Tapi saya tetap belikan barang untuk setiap orang dalam keluarga saya. Sebab dah niatkan? Rasa tak sedaplah kalau tak tunaikan. Mungkin ietakat itu je rrezeki saya.
Lepas hari tu, saya rasa demotivated. Saya dah tak ada semangat nak buat proposal untuk rebut tander. Buat skrip apatah lagi. Boss tahu tak yang saya susah? Makanpun nak kena bercatu. Dahlah hari-hari saya kena naik LRT dari Taman Melati ke Masjid Jamik. Dari Masjid Jamik tukar naik Star LRT ke Ampang. Sampai Ampang, kena naik teksi pulak ke office. Teksi saja dah RM5.00. Petang-petang, tumpang kawan dari office ke LRT. Nak bagi duit, dia orang tak nak ambil. Tapi kadang-kadang dia orang bad mood masa hantar kita pergi LRT. Rasa hina sangat masa tu. Boss tahu tak yang saya ni susah? Dia tak apalah dah pakai BMW. Saya susah tetap susah. Saya nak makan lagi, tambang lagi, sewa rumah lagi. Lepas kejadian tu, saya dah tak mengharap dah dapat tander. Sama je bagi saya dapat tak dapat. Hidup saya tak berubahpun. Tu yang kecewa sangat bila tak dapat government. Saya tak sabar sangat nak tinggalkan production house tu. Saya rasa dianiaya.
Alhamdulillah, Allah dengar rintihan saya. Saya dapat kerja baru. Nantilah lain kali saya cerita fasal kerja baru tu.
Sampailah saya dapat kerja kat office saya ni. Dah masuk tahun keenam saya kerja kat sini. Saya sukakan kerja saya. Saya jugak suka dengan environment office ni walaupun saya tak ada kawan baik. Gaduh-gaduh sikit tu biasalah kan. Semua tempat ada gaduh dan politik. Janji kita buat kerja kita.
Kadang-kadang saya fikir apa hikmah Allah letak saya kat sini, bukan di government macam orang lain. Malahan, ada kawan yang kerja kerajaan dan tempat lain yang gah companynya cakap, saya bertuah dan untung jadi saya. Kalau boleh, dia orang nak jadi saya. Nak kerja macam saya, kat tempat saya. Mula-mula, saya pelik. Kenapa dia orang cakap macam tu sedangkan dia orang kerja government, kerja company besar, gaji best. Nak jadi saya pulak? Barulah saya tahu, kepuasan bekerja tu bukan terletak pada gaji yang besar tapi sejauhmana kita dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap kerja kita dan melaksanakan setiap kerja secara bebas dan berdikari.
Mungkin saya dilahirkan ke dunia ni sebagai pejuang untuk membela komuniti saya bukan sebagai seorang yang senang atau mendapat gaji besar dengan mudah. Mungkin saya mewarisi darah pejuang daripada arwah moyang lelaki saya dan mami. Saya perlu melalui duri ranjau sebelum senang. Itupun kalau ditakdirkan senang. Maka saya akan terus di sini selagi tak dapat government atau company kukuh. Kalau sampai pencenpun saya kat sini, saya redha. Saya cuba bayangkan, kalau orang yang dah dapat government atau company kukuh tu kat tempat saya, boleh ke dia orang fight macam saya buat? Boleh ke dia tangkis permainan politik pejabat ni? Boleh ke dia orang bersuara macam saya? Dan seandainya saya di tempat mereka. Boleh ke saya sabar menghadapi orang-orang yang tak yakin dengan saya setiap hari? Boleh ke saya bertahan kat sana? Boleh ke saya tahan tidak aktif dan agresif dalam melaksanakan kerja? Saya ni kan bukan seorang yang penyabar dalam kerja. Allah yang aturkan. Maka Allah tahu kita ni sesuai di mana. Dan dengan segala sifat yang Allah bekalkan pada saya, buat masa ni, saya amat sesuai di sini. Saya ni kan keras hati, tegas. So memang patutlah saya kat sini. Terima kasih Allah atas nikmat ini.
Dahlah, lain kali kita membebel lagi. Nak mekap pulak. Nak pergi Air Asia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment