SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, February 3, 2017

Tujuh Bulan Yang Tak Memberi Apa-apa

Assalammualaikum semua, Mood saya yang baik pagi tadi melayang gitu je. PR datang jumpa saya bawa surat visitors. Suruh saya handle visitors Isnin ni. Siap guna tandatangan kononnya arahan director lagi. Saya tak kisahpun nak tolong sesiapa. Tapi kalau orang yang sepatutnya asyik mengelak, lepas tu staff diapun tak boleh nak ganti, apa guna ada beberapa orang dalam department tu? Tujuh bulan dah saya pindah department. Takkanlah orang lain dalam PR Department tak boleh entertain visitors? Ada staff yang kerja dah nak 20 tahun dah. Tak boleh handle jugak? Tujuh bulan kat department baru, macam-macam dah saya belajar. Saya dah boleh pergi bagi training tanpa boss, dah boleh pergi meeting tanpa boss. Takkan dia orang nak layan visitors tak boleh? Terangkan je apa office ni buat. Apa setiap department buat. Tak boleh jugak ke? Kan dah lama kerja, takkan tak tahu? Isnin tu, pagi saya nak buat minit mesyuarat, nak cepat hantar kat PETRONITA, nak meeting pulak dengan dia orang. At least kul 12 saya dah kena siap nak pergi Air Asia. Petang sepetang kat Air Asia. Ish... Tambah buat saya membara bila tengok tarikh surat visitors tu 16 September, 2016. Saya tahu, organisasi ni memang akan hantar surat tahun sebelum untuk bisit tahun ni. PR ni nak pergi cuti sebab ada wedding. Janganlah ingat orang bodoh sangat. Wedding, takkan awak baru tahu hari ni ada wedding Isnin ni. Sebulan sebelum, atau dua minggu sebelum mesti dah tahu. Kenapa tak deal balik date visit dengan visitors tu? Masa saya kat bawah dia dulu, time saya nak cuti, pandai pulak suruh saya postpone visit sampai saya ada kat office. Nampak tak dia nak mengelak. Semua orang tahu dia ni suka mengelak. Dia kata, most of the time saya free. Saya Tanya dia, mana You tahu I free? Dia: You selalu on the phone I notice. (Woi, hal kerjapun guna phone kan? Tu je yang dia Nampak. Time saya berkejar sana-sini. Kerja luar setiap hari tak Nampak. Memang membangkitkan kemarahan ni. Siaplah kau. Memang untuk dia ni, saya dah lama siap peluru dan pistol.) Saya: Oooo... Habis I pun notice you selalu baca surat khabar. Banyak masa free jugak kan? And you didn't use your time full for your visit. I always see you let other people handle your visitors. Dia: Who. Saya: Si Fulan... Dia: Visitors want to interact with blind peoples. Saya: As a PR, you have to be there all the time even though they want to interact with blind persons. You selalu tinggal visitors you kat atas and you duduk kat bawah. Masa I dulu, dari pagi sampai lunch tau I with my visitors. I never let them like you did. Hambek kau. Kalau malas, tak buat kerja, jangan cuba-cuba nak bertekak dengan saya. Saya akan bagi setepek kat muka. Nasib baik saya tak cakap fasal dia duduk-duduk minum kopi dan bersembang dengan kawan dia tu. Baru satu saya cakap. Terus cakap this is last time minta tolong sebab dia kena pindah department lain. Bagus. Saya tak suka orang yang ambil kesempatan atas pertolongan saya. Awak tu senior executive dan gajipun lebih tinggi dari saya so please, behave like senior executive jugaklah. Pangkat besar, gaji banyak what do you aspect? Nak kurang kerja? Suruh orang lain buat kerja awak? Saya akan tolong orang yang betul-betul nak belajar bukan ambil kesempatan dan mengelak kerja. Bengang betul saya. Nak mengumpat, mengumpatlah. Saya tak kisah. Jangan main-main dengan saya dalam hal kerja. Saya tak kira siapa, saya akan bagi je sebiji dan berbiji-biji. Orang cari fasal dengan saya. Kalau saya cakap, orang tak suka. Tapi sampai bila saya nak biar je saya kena. Korang senang-lenang, sampai hujung bulan, ambil gaji, kerja tak buat. Bukan berkira tapi melampau dia orang ni. Bukan mengungkit, tapi ni kenyataan. Saya cakap direct je. Lepas tu saya tak simpan dalam hati. Waktu saya hot, memang kenalah dengan saya. .

No comments: