Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, February 2, 2017
Nasihat Yang Memukul Saya
Since saya punya laptop dalam bilik boss yang sedang bercuti, satu kerja saya tak dapat dibereskan hari ni. Minit mesyuarat meeting minggu lepas tak siap lagi.
Ada mood nak bercerita ni, tulis blog la dulu.
Nasihat seorang sahabat ni diberikan beberapa bulan dulu masa saya tengah down gila. Saya bertandang ke rumahnya atas pelawaannya.
Saat bertemu dengannya, saya meluahkan apa yang terbuku di hati. Saya menangis kehibaan. Dia masih seperti dulu, setia mendengar dan menasihati saya. Satu nasihatnya buat saya merenung kembali diri saya dan cuba perbaiki diri agar menjadi seperti dulu-dulu. Saya tak pernah bercerita kepada sesiapa tentang hal yang seumpama ini. Bagi saya, biar Allah je yang tahu, tak perlu dicanangkan pada sesiapa. Biarlah orang tak tahu atau tidak menyangkanya lebih-lebih lagi saya bukanlah berpenampilan yang menunjukkan sedemikian.
Hana: Awak sabar ya. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Awak bacalah Quran, awakkan suka baca Quran.
(Demi mendengarkan ayat itu, saya terkejut. Mana dia tahu?)
Saya: Kenapa awak cakap macam tu?
Hana: Masa kita serumah dulu, saya selalu dengar awak baca lepas Maghrib dari luar bilik. Masa kat sekolahpun sama.
(Ya Allah, sampai begitu pekanya dia terhadap perlakuan saya? Sedangkan saya membaca perlahan agar tidak ada sesiapapun menyedarinya. Takut riak.)
Saya: Awak tahu? Macam mana awak boleh tahu?
(Kelam-kabut saya bertanya dalam terkejut. Rasanya saya tidak pernah bercerita kepada sesiapapun. Dan saya tak nak orang tahu dari mulut saya.)
(Saya sangat-sangat terkejut. Kerana hal itu adalah antara rahsia saya yang tidak saya dedahkan kepada sesiapa. Kecuali hari ni saya sekadar ingin mencoretkan isi hati saya.)
Hana: Kat sekolah dulu, saya selalu tengok awak duduk tepi dinding surau dan baca.
Ya Allah, saya rasa terpukul dengan nasihat ini. Mungkin musibah yang melanda ini kerana kealpaan saya padaMu. Ya, saya perlu kembali menjadi seperti dulu. Harus ada masa yang saya peruntukan untuk hal-hal rahsia saya seperti dulu.
Dan Hana, membuatkan saya terus berfikir dan merenung diri. Fikiran saya terus menerawang pada masa-masa silam saya. Waktu di sekolah dan waktu tinggal serumah dengannya. Ya Allah, kenapalah saya membazirkan masa saya begitu saja?
Terima kasih Hana. Dalam orang sibuk melihat kekurangan dan kelemahan saya, sibuk mengata saya, menghina dan mengeji saya, ada sahabat yang melihat sisi lebih saya walaupun ianya saya lakukan secara sembunyi-sembunyi.
Ya Allah, saya berdosa. Mungkin keakraban kita semakin renggang.dan musibah ini adalah panggilan kerinduanMu padaku, hambaMu yang semakin jauh dariMu. Terima kasih Hana kerana sudi memerhatikan saya, melihat sehama kebaikan saya dan mengingatkan saya agar kembali menjadi saya yang dulu walaupun berwajah baru.
Terima kasih Allah kerana mengurniakan sahabat seperti ini. Sahabat yang melihat saya bukan sekadar zahir saya tapi ia melihat saya tembus ke dasar hati saya. Kebanyakan kawan-kawan waktu senang saya melihat saya seorang yang garang, berlagak, ego, bercakap tegas sampai mereka kata orang takut nak dekat. Itu bermakna mereka sebenarnya tidak benar-benar mengenali saya. Mereka tak tahu bezakan sikap sebenar saya dan sikap yang saya buat-buat supaya kelihatan bukan seorang yang lembut. Kalaulah saya ni seorang yang garang dan tidak bercakap lembut, bagaimana saya boleh menjadi PR kan? Bagaimana saya boleh deal dengan orang-orang korporat dan besar-besar? Bagaimana saya boleh memenangi rundingan rasmi saya dengan pihak luar?
Jadi sekarang saya sedar. Orang-orang yang melihat saya secara zahir sebenarnya hanya kawan, bukan sahabat. Seorang sahabat, pasti mengenali baik buruk, kurang lebih sahabatnya.
Seorang sahabat pasti kenal yang manakah sikap sebenar sahabatnya.
Seorang sahabat, pasti tahu hati sahabatnya.
Seorang sahabat, pasti tahu membezakan yang manakah sifat sebenar sahabatnya dan sifat yang dibuat-buat sahabatnya.
Tuhan,
Terima kasih kerana Kau masih izinkan sahabat-sahabatku bersamaku biarpun Kau ambil kawan-kawanku dariku.
Dan saya tak pernah rasa menyesal atas apa yang berlaku. Terima kasih Tuhan kerana Kau tunjukkan padaku siapa sebenarnya sahabat-sahabatku dan siapa sebenarnya yang benar-benar jujur dan ikhlas terhadapku.
Jika Engkau ingin membawa jauh kawan-kawanku yang pernah aku ada suatu ketika dulu, bawalah, ambillah kerana ternyata, mereka tidak mampu mengenali siapa aku sebenarnya meskipun pernah rapat seperti adik-beradik. Malah, mereka tidak sanggup beriringan denganku dalam meniti hari-hari yang mendatang. Aku bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada padaku kala ini. Aku bersyukur mempunyai sahabat meskipun tidak selalu bersama denganku pada zahirnya tapi mereka sentiasa menemaniku, memberi kata-kata semangat dan mendorong agar aku bangkit semula. Dan aku bangkit kerana kekuatan yang mereka pinjamkan padaku. Sayang kamu semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment