SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, February 7, 2017

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang

Assalammualaikum readers, Kalau sudi, korang bacalah tulisan saya ni. Minggu ni, saya tak pergi Air Asia. So, banyak sikitlah updatenya. Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak pulak. Saya ni jenis stereotype perempuan. Dari kecil dah fiminin. Hehehe... Apa taknya, main anak patung je kerja saya. Main masak-masak, pondok-pondok. 90 pratus permainan sayapun mainan budak perempuan. Kecik-kecik lagi dah pandai minta mekap. Gaduhpun gaduh orang perempuan. Cubit-cubit, pukul-pukul, tolak-tolak, tarik-tarik rambut, gigit. Hahahaha perempuan sangatkan? Apa yang saya tulis hari ni berdasarkan cerita mami dan ingatan saya yang terbatas. Maklumlah, masa tu saya terlalu kecil untuk ingat semua benda. Umur empat tahun, saya dah naik kapal terbang. Kapal terbang termasuk salah satu mainan yang saya suka. Lepas tu, saya suka tengok kapal terbang lalu. Setiap kali dengar bunyi kapal terbang, walaupun tengah tidur, pasti saya berkejaran keluar rumah sebab nak tengok kapal terbang. Malam lagi saya suka. Sebab, kapal terbang cantik di waktu malam dengan lampu-lampunya. Oleh kerana opsesnya saya terhadap kapal terbang, abah yang tak boleh naik kapal terbang kerana sakit telinga, belikan saya, angah, mama dan mami (nenek) tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur. Sementara abah ke KL dengan kereta. Tunggu kami kat sana. Abah saja je sponsor tiket, nak suruh mama dan mami bawa kami rasa naik kapal terbang. Waaaaahhhh... Excited sangat masa tu. Macam-macam saya Tanya pada mami fasal kapal terbang. Sehari sebelum naik tu, sibuk saya berangan fasal kapal terbang. Tiketpun asyik duk tengok je walaupun tak pandai membaca. Angah? Angah kecik sangat lagi masa tu. Saya pilih untuk pakai baju gaun paling cantik yang saya ada masa tu untuk naik kapal terbang. Hehehe saya dengan angah macam kembar. Baju kami sama cuma warna je berbeza. Saya ingat lagi masa tu, kami pakai gaun kembang diperbuat daripada net lembut di bahagian luar. Saya memakai warna biru lembut manakala angah hijau lembut. Kami panggil baju berpusing. Bila pakai baju tu, kami suka berpusing laju supaya baju tu kembang dan cantik. Mami dan mama selalu marah kami. Mereka takut kami pening. Marah kami diam kejap. Lepas tu, buat lagi. Sayalah kepalanya. Angahkan kecik lagi. Angah ikut je. Masa tunggu kapal tu, tak sabar rasanya. Lambat betul kapal sampai. Masa boarding, rasa seronok sangat bila pramugari sambut kami di pintu. Hehehe siap puji kami comel tuuuu... Tapi, kakak pramugari tu yang memukau mata saya. Cantiknyaaaa kakak pramugari ni. Patutlah mami selalu cerita yang pramugari tu cantik-cantik belaka. Aaaaahhhh... Cantiknya kebaya pendek yang dikenakan. Ada yang bersanggul, ada yang rambut separas bahu. Lawanya dia orang. Mata saya tak lepas memandang kakak-kakak pramugari yang lalu-lalang serve penumpang. Sayapun mula memasang angan, bila saya besar nanti, saya nak jadi pramugari yang cantik macam ni. Dia orang suka senyum. Bila mereka hidangkan air, tak sabarnya rasa nak tunggu giliran kami. Nak tengok kakak pramugari tu dari dekat dan nak cakap dengan dia. Pramugari bagi kami gula-gula. Tuhan je yang tahu macam mana happynya saya masa tu. Confirm, bila besar nanti, saya nak jadi pramugari. Masa tu, terfikir jugak saya. Bila besar nanti, cantik ke saya? Tinggi ke saya? Sebab mami kata, nak jadi pramugari, kena cantik, tinggi dan langsing. Langsing ke saya nanti? Mata saya memandang ke seluruh kapal terbang. Saya nak tengok puas-puas isi dalam kapal terbang supaya saya tak lupa untuk saya berangan. Takut dah tak dapat naik kapal terbang lepas ni. Hehehe... Tak sangkalah pulak bila besar selalu naik pesawat. Sampai sekarang saya rasa happy bila naik kapal terbang. Masa tu tak fikirpun takut kapal terhempas. Kalau boleh saya nak masuk dapur, nak tengok apa dia orang buat. Mami tak bagi. Hmmm... Nak buat macam mana, kita kecikkan? Ikut jelah cakap orang dewasa. Pramugarapun ada, handsome. Tertinjau-tinjau jugak saya mencari pilot. Tak nampakpun. Ah, pilot tu tak penting, janji dapat jumpa pramugari dan pramugara. Hahahaha tak sangka pulak sekarang ni entah berapa kali sebulan saya jumpa pramugari dan pramugara ni. Dah tak rasa apapun. Yang paling best tu, waktu kapal terbang naik dan mendarat. Rasa mencabar. Hehehe sampai sekarang saya suka part ni. Bila dah kat atas tu, tak rasa apapun. Rasa biasa je kecuali kalau dia langgar awan atau hujan yang beserta angin kuat. Rasalah mencabarnya. Rasa goyang-goyang. Kadang-kadang kecut perut jugak. Satu lagi, bestnya suara kakak pramugari buat pengumuman. Best ke suara saya bila besar nanti nak jadi pramugari? Nak buat pengumuman dalam kapal terbang? Jadi, mula dari hari tu, saya berazam untuk jadi seorang yang cantik, tinggi, langsing, suara best dan pandai layan tetamu. Nak jadi pramugarilah katakan. Mujurlah saya tak tahu yang pramugari kena pandai berenang. Kalau tak, dari kecik lagi saya dah belajar berenang. Mesti mengamuk-ngamuk saya nak pergi kelas renang. Bila kapal terbang mendarat di Airport Subang masa tu, rasa tak puas. 45 minit je dari KB ke KL time tu. Dengan sedih, saya mengikut mama dan mami melangkah keluar dari pesawat. Sibuk saya dan angah bercerita tentang kapal terbang dan pramugari kepada abah. Abah layankan aje. Abah senyum dan gelak je bila mulut anaknya bercerita macam berteh goring. Mami dan mama sesekali menyampuk. Saya cakap dengan abah, nanti nak naik lagi. Abah kata OK. Saya cakap lagi, bila besar Along nak jadi pramugari. Abah kata OK jugak sambil ketawa. Abahpun dah tahu perangai anaknya yang kuat berangan ni. Lepas tu, saya mengamuk dekat mami, nak pakai baju kebaya. Baju kebaya labuh berwarna merah adalah baju kebaya yang pertama dalam hidup saya yang mami tempah.

No comments: