Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, February 27, 2017
Takziah Buat Kawan
Assalammualaikum semua,
Sejaka kebelakangan ni, banyak berita kematian yang saya terima.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan takziah buat kamu yang pernah menjadi kawan baik atau sahabat saya. Takziah atas pemergian ayah tercinta. Bukan saya tak mahu bersama kamu saat kamu berdukacita, tapi saya tahu, kamu tak perlukan saya dan kamu punya banyak teman untuk menemani kamu. Jelas kamu membuang saya lewat boice Whatsapp yang saya terima setahun yang lalu. Dan voice Whatsapp tersebut, turut memberitahu saya betapa hinanya saya pada pandangan mata kamu. Jadi, biarlah saya mendoakan semoga kamu tabah menerima kehilangan orang tersayang dari jauh.
Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama para solehin.
Insya-Allah.
Amin...
Friday, February 24, 2017
Diserang Rindu
Ya Allah,
Saya rindu dia.
Saya tak tahu kenapa dengan perasaan ni.
Yang pastinya, saya selalu ingat dia, rindu dia.
Ya Allah,
Janganlah Engkau izinkan rindu ini melalaikan daku.
Aku tak mahu lagi jauh daripadaMu.
Tak mahu terpinggir daripadaMu.
Ya Allah,
Sampaikanlah salam rinduku buat dia sehingga aku menjadi kerinduannya.
Tinta,
Bersabarlah. Pasti ada hikmahnya kerinduan ini.
Tidurlah, esokkan ada tandem.
Orang Sombong
Kejadian kelmarin.
Ada orang Whatsapp saya sebab dah dua hari saya diamkan diri. Diamkan diri dengan dia je. Tapi kat group saya chatting je. Hehehe group yang dia ada pulak tu.
Orang: Assalammualaikum org sombong.
Tergelak saya baca Whatsapp kiriman dia.
Saya: Waalaikummussalam. Wait, wait, siapa yang sombong?
Orang: You la...
Hehehe... Baru diam dua hari dah cop orang sombong. Tak boleh diam eh? Kena hari-hari kacau baru tak sombong ya?
Lepas ni, kalau orang Whatsapp, tak balas siap!
Hehehe tapi sebenarnya saya yang jahat. Saya selalu diam bila dia balas yang tak ada soalan. Yelah. Orang busy, takkanlah kita nak panjang-panjang text kan, nanti takut terganggu pulak. Kalau selalu text pun, takut orang rimas. Yelah, kita bukan sesiapa dengan dia. Nanti kata kita ni menyibuk pulak.
Tapi kalau dia, kalau dia kena balas text saya lambat, dia akan bagi tahu saya, "jap eh", "busy", "nanti I reply". Sometimes, dia baca dulu text saya, bila free dia balas dan cakap, "sorry, malam tadi I busy". Baru-baru ni, ada system baru pulak, kalau saya text masa dia drive, dia akan balas dengan voice.
Terima kasih you sebab sudi kawan dengan I.
Terima kasih jugak sebab selalu temankan I. Ops, teman melalui Whatsapp je, jangan salah sangka pulak hahaha
Satu Soalan
Assalammualaikum readers,
Petang-petang ni, sambil korang makan pisang goring, mehlah kita sembang-sembang.
Minggu lepas, salah satu kelas Air Asia saya all Malaysian. Kalau pramugari dan pramugara Malaysia ni dia orang akan cakap Melayu jugak. Kita ajar dalam English pun kalau dia rasa nak Tanya in Malay, dia bantai je cakap Melayu. Bila dia cakap Melayu, takkan nak jawab dalam Inggeris kan? Nanti ada gak yang mengutuk, lidah belacan nak cakap omputeh.
Masa assistant saya edarkan blind fold, sorang pramugara bersuara:
Pramugara: Saya ada satu soalan.
Saya: Apa dia?
Pramugara: Kenapa blind fold ni Wangi ha?
Saya: Sebab saya Wangi.
(Spontan jawapan tu datang. Biarkan dia. Dia ni nakal sikit. Asyik kenakan saya je dari tadi.)
Pramugara: Saya setuju.
(Benganglah tu sebenarnya. Yes! Saya menang. Hahaha padan muka dia.)
Kelas gamat seketika dengan gelak tawa.
Wednesday, February 22, 2017
Arahan Boss Atas
Saya: Kak, saya nak makan.
(Kata saya setelah menghampiri kakak kantin)
Kakak: Tak ada, tak ada. Tunggu budak makan dulu.
(Jawabnya dengan sombong)
Sabar Tinta, sabar. Kata saya dalam hati.
Saya: Tak masak lebih ke, kak?
Kakak: Lebih ke, kurang ke, kena tunggu budak makan dulu.
(Ni menimbulkan kemarahan ni)
Saya: Habis staff yang nak pergi kerja luar macam saya ni macam mana?
Kakak: Tu tak tahu. Ni arahan boss atas.
(Amboi, macam dia boss pulak cara jawabnya. Macam saya ni kuli dia pulak tu. Saya tahu macam mana nak ajar dia.)
Saya: Kalau saya nak nasi je?
Kakak: Nasi ada.
(Pelik, nasi tak payah tunggu budak pulak. Habis nak makan nasi dengan apa?)
Saya: Lauk tak boleh?
Kakak: Tak boleh. Ni arahan boss atas.
(Saya bercakap dengan lembut tapi tegas.)
Saya: Oh, saya kena tanya boss ataslah ni?
(Terdiam. Suara bongkak tadi senyap sama sekali.)
Saya: Akak nak saya Tanya boss atas ke?
(Diam dan terus bangun menuju ke kaunter. Saya tahu, kemenangan berpihak pada saya. Padan muka! Suka nak guna nama boss atas kan? Kalau saya pergi Tanya, confirm dia kena. Dahlah saya ada sakit, nak pergi kerja luar. Budak makan kul 1. Saya, kul 1 tayar kereta dah bergolek keluar dari perkarangan office ni. Rasakan! Dia terperangkap dengan kata-kata sendiri. Saya tak perlu tinggikan suara dah boleh buat dia diam. Saya cakap je perlahan dan lembut.)
Saya: Akak, saya dapatkan kebenaran boss atas dulu ya, pas tu saya datang makan.
Kakak: Nak nasi je ke?
(Sambil menyenduk nasi)
Saya: Lauklah sekali.
Esoknya, kawan saya belikan makanan saya. Dia sengaja bagi tahu kakak kantin yang bertugas tentang kejadian terhadap saya. Dia menambah "Jangan main-main dengan Tinta. Cakap bukan-bukan, guna nama boss atas, dia pergi Tanya betul-betul. Jangan cari pasal dengan dia."
Amboi, sesedap rasa je dia tambah perisa. Tapi saya tak marah. Memang betulpun. Guna nama orang, saya akan pergi confirmkan dengan orang tu.
Pegawai Khas Tengku Mahkota Kelantan
Assalammualaikum readers,
Harapnya semua OK.
Jumaat lepas, saya balik lewat. Sebelum balik, saya singgah makan di Gerai Ina.
Malam tu, saya dapat meja kosong. So, tak payahlah share dengan customer lain.
Tak lama lepas tu, sorang customer datang. Dia nak bungkus. Ina persilakan dia duduk kat satu meja. Mungkin malas nak berjalan, dia duduk je dekat meja saya. Alah, baru nak ada privasi. Dah kena share meja.
Kami mula berkenalan dan berbual. Setelah tahu saya asal dari Kelantan, dia kata, dia tahu cakap Kelantan.
Saya excited. Yelah, orang tahu loghat kita.
Rupa-rupanya dia bekas pegawai khas DYM Tengku Muhammad Faris Petra yang ketika ini ditabalkan menjadi YDP Agong Malaysia ke-15. Masa tu, YM Tengku Faris masih lagi Tengku Mahkota Kelantan.
Kata beliau, Baginda Tengku Faris sememangnya raja berjiwa rakyat. Baginda tidak suka akan hiburan tetapi gemar akan aktiviti lasak seperti berkuda. Baginda juga selalu tidur lewat, berbual dengan isi istana dan kadang-kadang bersukan di tengah malam. Mujurlah Istana Teliput tinggi pagarnya dan tidak dapat dilihat dari luar. Baginda juga sangat menitikberatkan tentang agama, selalu turun padang dan menjadi kesayangan rakyat Kelantan.
Katanya lagi, seawall usia lapan tahun, baginda telah dihantar ke London untuk pendidikan beliau.
Gosip yang mengatakan bahawa YM Tengku pernah berkahwin dengan orang keluaran adalah tidak benar. Berita berkenaan beliau pernah berkahwin dengan Raja Zubaidah dari Thailand adalah saheh. Namun, perkahwinan baginda tidak kekal lama.
Ampun tuanku, patik rakyat Kelantan yang tak pernah bertemu sultan sendiri tetap menyanjung tuanku dari jauh.
Semoga Allah sentiasa menjaga tuanku dalam rahmat kasih sayangNya.
Allahu Akbar.
Monday, February 20, 2017
Reshuffle, Relocation and New GM
Assalammualaikum semua,
Hari ni saya menulis dari work station baru. Hehehe poyo lah!
Ada beberapa staff kena reshuffle. Saya? Saya tak, sebab baru transfer ke department ni Jun lepas. Kalau reshuffle lagi, tak tahulah. Tapi, saya kena relocation tempat.
Sekarang, saya duduk di tempat assistant saya. Saya dapat assistant baru, assistant lama kena reshuffle. Siapapun, saya menerimanya dengan hati terbuka. Assistant baru ni, pernah duduk bawah boss saya jugak dulu. Masa buat executive training dulu, saya pernah bekerjasama dengan dia. Elok kerjanya cuma dia kakak pada saya. Tak adalah boleh gila-gila macam dulu. Tapi mana boleh lawan Hadisah, sahabat kesayangan saya tu.
Dan... Hari ni jugak, our new GM arrived. Mr. Chan. Tadi HR dah introduce kat kami semua. Petang nanti ada welcome party untuk menyambut ketibaan beliau. Kebetulan hari ni bukan turn saya ke Air Asia, so sayalah yang akan masuk meeting tu mewakili department saya. Semua staff wajib tapi saya macam wakillah sebab boss tak ada.
Hmmm.. Esok satu hari saya tiada di office. So, jangan cari saya kat office esok ya. Sesiapa nak cari, sila call handset. Perasan! Macamlah orang nak cari saya. Hehehehe...
Haaa... Tu technician saya lalu. Nak kejar dia jap.
Wednesday, February 15, 2017
Kalau Dia Cantik?
Maka, tamatlah kelas saya untuk pramugari dan pramugara Air Asia hari ni.
Dalam sejarah saya mengajar di Akademi Air Asia, kelas hari ni adalah kelas paling bising. All Malaysian. First saya masuk, saya dengar "Haaa... Adapun yang pakai tudung," Rupa-rupanya kebanyakan instraktur perempuan dia orang tak pakai tudung.
Ada sorang pramugara nama Wandi, memang bising. Suka mengusik. Bila saya panggil dia datang depan untuk demo, dia cakap "Saya kalau saya nak tolong orang, saya kena ngorat dulu,"
Mula-mula tu, saya kurang dengar "Apa dia?"
Kelas dah gamat ketawa. "Saya, kalau saya jumpa orang, saya ngorat dulu." Dia ulang cakap.
Saya kena jaga status sebagai pengajar. Biar muka dah berubah malupun, saya tetap maintain. "Kita orang ngorat-ngorat ni tak layan. Yang penting, assist biar selamat," Wow! Kerek tak? Hahaha...
Lepas practical session, dia orang Tanya macam-macam.
"Miss, kalau blind tu cantik, cantik sangat, sangat, sangat, macam mana miss?" Wandi punya soalan.
"Kalau dia cantik, you assist jelah. Apa masalahnya?"
Entah kali ke berapa kelas gamat lagi.
Macam-macam kenangan mengajar di akademi ni. Ni baru berapa bulan saya mengajar. Pasti nanti banyak kenangan akan tercipta di sini.
Mungkin Ini Yang Terbaik
Tak ada mood. Nak bual-bual je kat sini. At least saya dah hantar report kat boss. Report boss satu lagi punya lepas 22 Februari baru boleh buat. After meeting. Boss lagi satu ni sedang bercuti di Hatnyai. So, kurang sikit arahan saya terima. Cuma pandai-pandai uruskan benda yang sepatutnya. Tapi hari ni malas! Tak ada mood. Tunggu masa jelah pergi Air Asia.
Dulu, saya selalu mengenang nasib. Alangkah bestnya kalau saya dapat kerja kerajaan. Masa depan terjamin. At least, kalau dapat gred 27 atau 41 gaji banyak. Belum campur elaun lagi.
Allah uji saya dengan bagi saya pergi interview, voice test untuk penyampai radio, physical accessment untuk PTD. Campur semua sekali rasanya lebih sepuluh kali saya pergi. Yang PTD tu, saya buat semua aktiviti walaupun dia kata, saya dikecualikan. Lari 2.4 KM pun saya buat. Sampai termengah-mengah orang yang guide saya tu. Semuanya sebab saya nak buktikan pada dia orang yang saya akan buat apa saja demi kerja saya.
Setiap kali keluar result, saya gagal. Masa tu, Allah saja yang tahu betapa kecewanya saya. Saya pernah menangis kerana kegagalan tu sebab saya terlalu berharap. Setiap kali saya kena panggil dengan SPA, saya mesti call abah dan mama minta mereka doakan saya Berjaya. Sampai suatu ketika, abah cakap, "Kau ni selalu kena panggil interview. Tapi kerja tak dapat jugak." Saya tahu, bukan niat abah nak lukakan hati saya. Abah dan mamapun terlalu mengharapkan agar saya dapat kerja yang elok. Jadi bila tak dapat, mereka pasti kecewa. Mulai daripada hari tu, saya tak cakap dah kat dia orang kalau saya kena panggil. Saya tak nak kecewakan dia orang lagi. Sedih? Mahunya tak sedih bila abah cakap macam tu. Tapi saya faham situasi abah. Dia terlalu risaukan saya yang bergaji terlalu kecik masa tu. RM850.00, apalah yang tinggal kat saya lepas tolak SOCSO, EPF, makan minum, sewa rumah dan tambang. Kalau saya jadi ibu bapapun, mesti saya risau memikirkannya.
Abah pernah cakap dengan saya, suruh saya balik rumah je. Abah kata, dia masih boleh tanggung saya. Abah kesiankan saya, susah-susah pergi kerja, gajinya tak seberapa. Nak beli pakaianpun kena kira-kira duit masa tu. Lama-lama sekali baru beli baju baru. Tapi saya tak nak. Saya nak usaha sendiri dan saya ni jenis aktif. Tak bolehlah saya nak duduk rumah sepanjang masa. Tepu otak saya. Biarlah gaji kecik, sekurang-kurangnya saya tak buang masa sia-sia.
Tahun 2007 dulu, saya pernah masuk berita TV 3. Cakap fasal pekerjaan di kalangan OKU. Saya kan selalu jadi kontroversi. Masa tu statement saya memang hot. Siap berbalas statement lagi antara pengerusi SPA dan menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ketika tu, Dato' Sri Shahrizat
Abdul Jalil rintitan daripada statement saya.
Kawan saya yang sama-sama bagi komen masa tu, dapat kerja kerajaan gred 41. Sorang lagi kawan yang tak bagi statement apa-apapun dapat gred 41.
Masa tu, saya rasa sedih, pilu. Saya yang penat-penat fight, masuk dialog dengan SPA, tak dapatpun masuk government. Orang lain tu, dapat pulak. Siap ada orang tu dapat pengecualian daripada bayar PTPTN. Bestnya, hutang hapus terus lepas tu dapat kerja gred 41. Alasan waktu permohonan pengecualian bayaran tu, dulu dia Nampak, now blind. So, tak ada kerja. Then application tu lulus. Sedangkan saya? Dahlah gaji kecik, PTPTN tetap kena bayar. Nak bayar pun kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak cukup duit. Bunga bertambah. Mujurlah mama bayarkan every month. Kesian mama. Kadang-kadang saya nangis sorang-sorang. Saya rasa tak adil. Yang senang bertambah senang. Yang susah, terus susah.
Lalu saya pujuk hati sendiri. Yang perempuan tu dapat gred 41 tak apalah. Dia lebih dulu menganggur dari saya. Dia kerja siang malam cari rezeki. Nak tanggung keluarga lagi kat kampung. Sedangkan saya, tanggung diri sendiri je. Tu pun abah dan mama ada bantu. Sebab tu Allah bagi dia dulu masuk government.
Yang lelaki tu pulak, diakan lelaki, nanti nak tanggung isteri dan anak-anak. Sebab tu Allah bagi dia masuk government dulu dari saya.
Bila fikir macam tu, saya jadi pasrah. Sekurang-kurangnya saya tak salahkan Allah dan takdir. Bukankah rezeki tu Allah dah tuliskan. Janganlah suka mengeluh Tinta, takut nanti jatuh berdosa pulak.
Allah memang suka uji saya dengan keperitan. Mungkin ada sebab. Mungkin ini amaran Allah supaya, bila saya senang, saya tak lupa daratan. Tak lupa orang susah.
Masa saya kerja kat production house dulu, masa gaji RM850.00 tu saya buat proposal. Rebut tander RTM untuk drama TV. Alhamdulillah. Saya Berjaya dapatkan tander tu.
Boss Tanya, saya nak buat skrip sendiri atau dia bagi orang lain buat? Eh, tak boleh jadi ni. Proposal saya, sayalah buat skrip. Saya kena buktikan pada boss, kawan-kawan sekerja yang saya boleh buat apa yang dia orang buat. Maka terhasillah skrip Drama Kebaya Biru. Kalau korang pernah tengok. Drama ni ditayangkan sempena hari raya tahun 2008. Masa tu kan nak raya. Saya naklah duit tambahan. Boleh belanja lebih sikit untuk raya.
Masa dia orang bincang fasal bayaran, saya dengar director cakap dengan boss, saya penulis baru. So, skrip saya murah sikit. Harga skrip penulis baru macam saya di pasaran masa tu, RM2,000.00. Paling rendah, RM1,500.00. Boss kata, saya in house staff so dia yang akan uruskan fasal bayaran saya. Bakhtiar Bolak, director tu baik sangat dengan saya.
Ya Allah, saya rasa seronok sangat masa tu. At least saya akan dapat RM1,500.00 duit tambahan. Saya mula berangan. Baju raya saya abah dah beli. Nanti saya nak belikan setiap orang dalam keluarga saya sesuatu yang boleh dipakai masa raya nanti. Duit lebih tu, saya boleh simpan.
Waaahhh...Semangat saya buat skrip mime tu. Siap, hantar RTM lepas tu RTM komen, betulkan balik. Skrip tu saya siapkan dalam masa tiga hari je sebab kejar dateline RTM. Sampai saya tak cukup tidur. Terpaksalah berjaga malam untuk siapkan skrip supaya tak lewat dari dateline. Lagipun apa salahnya usaha lebih, nantikan boss bayar harga skrip kat saya.
Tapi... Saya hampa. Allah uji saya lagi. Boss hanya bayar saya RM500.00 je dengan alas an saya inhouse staff. Allah je yang tahu betapa kecewanya saya masa tu. Saya nangis lagi. Tapi saya tetap belikan barang untuk setiap orang dalam keluarga saya. Sebab dah niatkan? Rasa tak sedaplah kalau tak tunaikan. Mungkin ietakat itu je rrezeki saya.
Lepas hari tu, saya rasa demotivated. Saya dah tak ada semangat nak buat proposal untuk rebut tander. Buat skrip apatah lagi. Boss tahu tak yang saya susah? Makanpun nak kena bercatu. Dahlah hari-hari saya kena naik LRT dari Taman Melati ke Masjid Jamik. Dari Masjid Jamik tukar naik Star LRT ke Ampang. Sampai Ampang, kena naik teksi pulak ke office. Teksi saja dah RM5.00. Petang-petang, tumpang kawan dari office ke LRT. Nak bagi duit, dia orang tak nak ambil. Tapi kadang-kadang dia orang bad mood masa hantar kita pergi LRT. Rasa hina sangat masa tu. Boss tahu tak yang saya ni susah? Dia tak apalah dah pakai BMW. Saya susah tetap susah. Saya nak makan lagi, tambang lagi, sewa rumah lagi. Lepas kejadian tu, saya dah tak mengharap dah dapat tander. Sama je bagi saya dapat tak dapat. Hidup saya tak berubahpun. Tu yang kecewa sangat bila tak dapat government. Saya tak sabar sangat nak tinggalkan production house tu. Saya rasa dianiaya.
Alhamdulillah, Allah dengar rintihan saya. Saya dapat kerja baru. Nantilah lain kali saya cerita fasal kerja baru tu.
Sampailah saya dapat kerja kat office saya ni. Dah masuk tahun keenam saya kerja kat sini. Saya sukakan kerja saya. Saya jugak suka dengan environment office ni walaupun saya tak ada kawan baik. Gaduh-gaduh sikit tu biasalah kan. Semua tempat ada gaduh dan politik. Janji kita buat kerja kita.
Kadang-kadang saya fikir apa hikmah Allah letak saya kat sini, bukan di government macam orang lain. Malahan, ada kawan yang kerja kerajaan dan tempat lain yang gah companynya cakap, saya bertuah dan untung jadi saya. Kalau boleh, dia orang nak jadi saya. Nak kerja macam saya, kat tempat saya. Mula-mula, saya pelik. Kenapa dia orang cakap macam tu sedangkan dia orang kerja government, kerja company besar, gaji best. Nak jadi saya pulak? Barulah saya tahu, kepuasan bekerja tu bukan terletak pada gaji yang besar tapi sejauhmana kita dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap kerja kita dan melaksanakan setiap kerja secara bebas dan berdikari.
Mungkin saya dilahirkan ke dunia ni sebagai pejuang untuk membela komuniti saya bukan sebagai seorang yang senang atau mendapat gaji besar dengan mudah. Mungkin saya mewarisi darah pejuang daripada arwah moyang lelaki saya dan mami. Saya perlu melalui duri ranjau sebelum senang. Itupun kalau ditakdirkan senang. Maka saya akan terus di sini selagi tak dapat government atau company kukuh. Kalau sampai pencenpun saya kat sini, saya redha. Saya cuba bayangkan, kalau orang yang dah dapat government atau company kukuh tu kat tempat saya, boleh ke dia orang fight macam saya buat? Boleh ke dia tangkis permainan politik pejabat ni? Boleh ke dia orang bersuara macam saya? Dan seandainya saya di tempat mereka. Boleh ke saya sabar menghadapi orang-orang yang tak yakin dengan saya setiap hari? Boleh ke saya bertahan kat sana? Boleh ke saya tahan tidak aktif dan agresif dalam melaksanakan kerja? Saya ni kan bukan seorang yang penyabar dalam kerja. Allah yang aturkan. Maka Allah tahu kita ni sesuai di mana. Dan dengan segala sifat yang Allah bekalkan pada saya, buat masa ni, saya amat sesuai di sini. Saya ni kan keras hati, tegas. So memang patutlah saya kat sini. Terima kasih Allah atas nikmat ini.
Dahlah, lain kali kita membebel lagi. Nak mekap pulak. Nak pergi Air Asia.
Stupid LRT
Assalammualaikum readers,
Maaflah, kasar bahasa saya hari ni.
Saya sedang mengurangkan bengang saya pada LRT.
Dah banyak hari saya naik LRT bisu.
Hari ni kena berdiri pulak. Biasalah, KEBANYAKAN rakyat Malaysia, memang tak ada sivik!
Saya call MyRapid buat ke sekian kalinya. Apa lagi, complainlah.
Saya peliklah cara dia orang ni bekerja. Sebelum sesebuah train tu beroperasi, dia orang tak make sure ke all the system working? Cara kerja apa dia orang pakai ni?
Kalau sesekali ya, mungkin ada kesilapan. Tapi kalau dah hari-hari, memang saya tak boleh terima.
Menyusahkan orang!
To Rapid KL:
You have to make sure all the system working not waiting for the complain!!!
Monday, February 13, 2017
Mood Melayang Dan Pujian Di Pagi Hari
Assalammualaikum semua,
Hari ni, lepas Subuh lagi mood elok saya dah melayang.
Chiko buat perangai lagi.
Saya dengar dia mengiau. Kat bilik air tak ada.
Saya buka pintu bilik satu-satu.
Dia keluar dari bilik belakang.
Confirm dia buat perangai!
Dia kencing kat tilam lagi!!! Mujur just kena tepi sedikit dan cadar.
Kelam-kabut saya membasuh pagi-pagi.
Air kencing kucing tak boleh dibiarkan lama, nanti busuk, susah nak hilang bau.
Lepas siap basuh tu, saya bersiap nak pergi office. Alhamdulillah baju semua dah bergosok. Kalau tak, mahu lambat.
Saya tergerak hati nak cari Si Chiko.
Tergerak hati jugak cek bawah kerusi yang dia selalu duduk.
Chiko!!!!!!!!! Dia kencing kat bawah kerusi ni jugak!!!!
Patutlah kat tilam tu sikit. Tak puas agaknya!!!
Sekali lagi saya harus tunda keluar rumah. Saya kena bersihkan segera sebelum baunya kuat nanti lagi dia suka kencing kat tempat yang sama.
Astaghfirullahalazim... Apalah dosa saya jadi macam ni? Kenapalah dia buat perangai pagi-pagi hari kerja ni? Senyum sayapun ghaib entah ke mana.
Geramnya saya. Pakkallah dia kucing. Kalau manusia, dah kena cubit dengan saya. Tu pun kena jentik dengan saya.
Bila saya fikir balik, mungkin bagi Allah, ini yang terbaik untuk saya hari ni. Kan semua yang berlaku tu ada hikmah dan baik bagi kita. Tiba-tiba saya rasa nak nangis bila teringatkan Allah.
Mungkin juga, Allah nak hapuskan dosa saya dan nak tambahkan amal saya.
Bersangka baiklah dengan Allah Tinta. Saya pujuk hati sendiri supaya kemarahan saya yang membuak segera pergi.
Saya merintih pada Allah, apalah dosa saya sampai Allah uji saya macam ni pagi ni?
Lalu segera saya teringat potongan makna ayat Alquran yang pernah saya baca "Sesungguhnya aku ini menurut sangkaan hambaKu,"
Bersangka baik dengan Allah Tinta, kerana Allah itu menurut sangkaan hambaNya. Bila baik sangkaan kita, Insya-Allah, ada hikmahnya yang kita akan ketemu.
Saya letakkan tisu bekas lap kencing Chiko dalam bilik air supaya dia faham yang bukan sekadar buang air besar di bilik air, kencingpun kena dalam bilik air. Saya letakkan Chikopun dalam bilik air beserta air dan makanannya. Bukan niat menyiksa. Sekadar ingin mengajarnya. Lagipun bilik air ni bukan sempit. Dua bilik air dia boleh berpindah-randah sebab dia boleh ke bilik air master bed room melalui jalan atas. Keluar je dia tak boleh.
Alamatnya rutin saya sebelum masuk office tak dapat dilaksanakan hari ni. Saya kena curi masa lain.
Saya melangkah ke pejabat dengan wajah keruh.
Keceriaan terus lenyap.
Dalam hati saya ingatkan diri sendiri supaya sabar. Kucing tu kan binatang peliharaan nabi. Dia juga selalu berdoa untuk tuannya. Sabarlah, pasti ada sebab kenapa Allah buat macam tu.
Seorang perempuan menegur saya dan berjalan bersama saya ke LRT. Fadilah namanya dan bekerja di RHB.
"Eh, you cantiklah hari ni,"
Hah? Dia ni pernah jumpa saya ke sebelum ni? Rasa tak pernah. Saya kan keluar awal.
Saya terpinga-pinga.
"Ya, pretty. Cantik." Ulangnya lagi.
Saya blur.
Dia ni tak Nampak ke muka saya yang keruh tanpa senyuman ni? Ada orang kata, senyuman saya manis. Mungkin itu yang buatkan saya Nampak cantik (bukan perasan. Fikir saya selama ni, senyuman tu yang menampakkan begitu ).
Lagipun, hari ni, saya keluar rumah tanpa mekap. Usahkan bedak, krim alovera tanpa warna tu pun saya tak pakai. Macam mana dia boleh kata saya pretty? Betul ke tak betul mata dia ni.
"Ya, you Nampak cantik,"
Cik kakak, pandangan cik kakak ni betul ke tak? Kata hati saya. Saya nak senyumpun tak ada mood. Mungkin dia ulang sebab saya Nampak terpinga-pinga.
"Saya tak mekappun. Belum mekap lagi,"
Dia tahu tak saya rasa wajah saya ni tak bersih sebab saya tak cuci dengan scrub dan mask dah berapa minggu.
"Ya, but its OK, cantik,"
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan ini.
Subhanallah, aku kembalikan pujian ini kepadaMu yang menciptakan. Andai benar pujian ini, sebenarnya ia adalah kecantikanMu, bukan aku. Kau yang menciptakan aku sebegini dengan segala sifatMu yang Maha Indah dan Maha Cantik.
Saya coretkan di sini bukan riak. Sekadar untuk saya baca semula suatu hari nanti untuk menjadi motivasi kepada diri saya tatkala saya rasa rendah diri dan tak punya apa-apa. Agar saya dapat kekuatan daripada sedikit nikmat yang Allah bagi.
Wednesday, February 8, 2017
Berita Malang Lagi
Selang sehari, saya terima berita malang lagi.
Mama saya telefon. Memberitahu saya bahawa cucu Mak Long sebelah abah saya kemalangan di Bukit Putus.
Kata mama, dia tengok berita TV tentang kemalangan tu. Dia tengok Kereta Myvi putus dua setelah berlanggar dengan Kelisa. Tak lama kemudian, telefon bimbit abah berdering. Pak Su saya call dari Negeri Sembilan memaklumkan bahawa cucu Mak Long dua beradik kemalangan di Bukit Putus. Jadi kemalangan yang mama saya tengok di TV tu cucu Mak Long kami. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal dan berada dalam ICU. Sementara pemandu Kereta Kelisa meninggal dunia.
Kejap tadi saya dimaklumkan lagi bahawa seorang patah bahu, paha dan betis dan telah dimasukkan ke wad manakala sorang lagi masih dalam bilik bedah belum keluar sejak tadi.
Ya Allah, berilah yang terbaik kepada mereka Ya Allah.
Ya Allah, Kau jagalah diriku, seluruh ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku daripada mala-petaka dunia dan akhirat.
Amin...
Cik Diva 2
Stress betul dengan kad ATM ni, jap boleh guna, jap tak boleh.
Dahlah, meh nak sembang-sembang jap.
Siapa yang tak suka tu, tak yah baca.
Ada sorang volunteer saya ni, suka panggil saya diva.
Mula-mula tu, pelik jugak saya kenapa dia panggil saya macam tu?
Nak jawab ke tak ya? Seganlah kan, bila orang panggil kita diva then kita jawab. Nanti orang kata, kita perasan pulak.
Bila dah lama-lama tu, saya jawab jelah. Bila tak jawab nanti, berulang kali dia panggil saya diva. Nanti kata, mentang-mentanglah diva, sombong.
Ikut suka mulut dia je nak panggil saya apa. Kadang-kadang panggil saya Fazura. Dahlah saya ni tak minat Fazura. Sekarang ni, saya jawab jelah apapun dia panggil saya.
Satu malam, saya dinner dengan dia. Sembang punya sembang, masuklah bab diva ni. Saya ni berlagak diva ke sampai dia panggil saya diva?
Volunteer: First time I jumpa you tu, you dah macam secretary dah dari segi penampilan you.
Saya: Hah?
Volunteer: You dah groom.
Saya: Habis kenapa panggil saya diva? Saya ni berlagak macam diva ke?
(Dia ketawa.)
Volunteer: Taklah, saya suka tengok Tinta. Cara you berpakaian, penampilan you. You kan suka melawa. So, kita orang panggillah you diva.
Saya: Tak adalah. Takut nanti apa orang lain cakap. Nanti orang kata, saya perasan diva.
Volunteer: Taklah. Dia orangpun setuju panggil you diva.
Saya: I ni macam diva sangat ke? Sombong ke kenapa?
Volunteer: Eh, taklah. Tinta OK je. Low profile orangnya. Saya suka berurusan dengan Tinta. Saya panggil Tinta diva sebab, saya suka cara Tinta berpakaian, Tinta tahu macam mana nak bercakap dengan orang, Tinta selalu keluar TV, surat khabar. Macam jurucakappun ada. Kadang-kadang apa yang Tinta buat tu, buatkan kami rasa wow! Saya panggil Tinta diva bukan sebab perangai Tinta action ke apa. Tinta tak berlagakpun. Tintakan suka diam kalau ramai-ramai. Nampak macam tak ada apa.
Pengubat Hati
Assalammualaikum readers,
Harap semuanya sihat-sihat belaka. Insya-Allah.
Kemalasan menyerang. Mungkin sebab hari ni adalah hari terakhir saya bekerja untuk minggu ni.
Sayapun saja-sajalah tulis nama sebenar saya kat google dengan ayat-ayat tertentu.
Subhanallah, tak sangkanya saya, ada orang yang menulis satu entri khusus untuk saya. Nantilah, kalau rajin nanti saya akan share kan tulisannya di sini.
Ada nasihat yang diselitkan dalam entri tersebut. Ianya adalah salah satu pengubat hati saya.
Terima kasih kepada penulis yang begitu menghargai saya.
Ada jugak orang yang memerhati saya dari jauh dan memahami siapa saya.
Ada jugak orang yang sudi menulis entri khas untuk saya dengan menyebut nama penuh saya tanpa selindung-selindung entrinya itu ditujukan pada saya.
Sekurang-kurangnya saya tahu ada orang yang cuba mengenali dan memahami saya.
Terima kasih sekali lagi kepada penulis.
Tuesday, February 7, 2017
Air Pasang Pagi
Beberapa tahun dulu, saya ada post entri tentang abah belikan saya buku lagu kanak-kanak dan ajar saya nyanyi.
Ini adalah lagu pertama dalam buku tu.
Air pasang pagi surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melor tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas
Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri cantik terselit bawah dapur.
Nanti saya nak nyanyi lagu ni dekat Sing Semule hahaha...
Pramugari Wanna Be
Sambung cerita pagi tadi.
Kapal terbang dan pramugari sangat memberi kesan kepada hidup kanak-kanak saya. Ianya membuatkan saya selalu berangan. Bukan berangan saja-saja. Siap ajak Angah main pramugari dan penumpang lagi.
Rumah mami atau lebih tepat rumah moyang saya besar. So, ianya memudahkan kerja kami untuk main pramugari-pramugari ni.
Kebetulan masa tu, abah baru beli mini-compo. Wah, memang bestlah saya jadi pramugari siap buat pengumuman guna mikrofon. Dahlah setting dia masa tu sebiji macam bunyi mic dalam kapal terbang.
Lepas tu, saya ambil kerusi meja makan panjang tetamu mami dari ruang tamu, tambah dengan kerusi meja makan keluarga, susun untuk jadikan macam kerusi dalam kapal terbang.
Arwah moyang perempuan saya sibuk dengan kerja dapur sambil dibantu orang gaji kat dapur. Rumahkan besar, so tak adalah dia orang perasan apa yang saya dan Angah buat. Mami? Mami sudah tentulah bekerja.
Kami jugak ambil dulang cantik mami dalam almari pinggan-mangkuk siap beralas tu. Gelas dan cawan mami turut kami keluarkan untuk dibuat main pramugari. Waaa... Memang bestlah main masa tu. Siap pakai kasut tumit tinggi mami dan kasut tumit tinggi saya sendiri yang mami belikan. Cuma masa tu, baju kebaya belum ada, jadi tak adalah uniform pramugari.
Bila orang gaji Nampak, dia report dekat Check, arwah moyang saya. Dah kami kena simpan semua balik semula.
Dahsyat betul bila saya mula berangan.
Tu belum lagi berangan nak jadi puteri, penyanyi, doctor dan lain-lain. Kalau dah nak something tu, dan dan tu jugak saya nak. Kalau tak, saya nangis.
Berita Malang Angah
Malam tadi, saya terima panggilan daripada mama.
Mama memaklumkan kepada saya bahawa Angah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cyber Jaya, berhampiran rumahnya dalam perjalanan ke tempat kerja. Alhamdulillah, Angah tidak apa-apa hanya keretanya rosak teruk.
Saya hubungi Angah. Dia mengesahkan berita itu dan dia selamat. Kemalangan berlaku apabila Angah kembali memandu setelah berhenti di lampu isyarat. Sebuah kereta Satria tiba-tiba laju masuk ke laluannya. Angah tidak sempat mengelak dan terus melanggar Satria yang dipandu oleh lelaki India awal 20-an. Manakala Angah juga turut melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan atas sebab cuba mengelak daripada melanggar. Tetapi, oleh kerana jarak yang terlalu dekat dan kelajuan tinggi Satria tersebut yang memakan jalan Angah di laluan paling kanan tidak mampu menyelamatkan keadaan.
Kereta Satria berkenaan lebih teruk daripada kereta Mitsubishi Angah. Teruk tak terukpun, khabarnya 10 kerosakan dialami kereta Angah termasuk gearbox dan enjin. Keretanya tidak boleh bergerak. Sakitnya kereta. Kesian kereta tu, dahlah baru. Baru setahun lebih kot Angah pakai kereta tu.
Lelaki India berkenaan mengaku bahawa semuanya salahnya. Lelaki tersebut mengalami luka ringan akibat daripada cermin keretanya yang pecah. Manakala Angah tidak mengalami sebarang luka. Cermin keretanya juga tiada yang pecah.
Ya Allah,
Selamatkanlah diriku, ibu bapaku, keluargaku serta sahabat-sahabatku daripada mala-petaka dunia dan akhirat.
Amin...
Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang
Assalammualaikum readers,
Kalau sudi, korang bacalah tulisan saya ni. Minggu ni, saya tak pergi Air Asia. So, banyak sikitlah updatenya.
Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak pulak.
Saya ni jenis stereotype perempuan. Dari kecil dah fiminin. Hehehe... Apa taknya, main anak patung je kerja saya. Main masak-masak, pondok-pondok. 90 pratus permainan sayapun mainan budak perempuan. Kecik-kecik lagi dah pandai minta mekap. Gaduhpun gaduh orang perempuan. Cubit-cubit, pukul-pukul, tolak-tolak, tarik-tarik rambut, gigit. Hahahaha perempuan sangatkan?
Apa yang saya tulis hari ni berdasarkan cerita mami dan ingatan saya yang terbatas. Maklumlah, masa tu saya terlalu kecil untuk ingat semua benda.
Umur empat tahun, saya dah naik kapal terbang. Kapal terbang termasuk salah satu mainan yang saya suka. Lepas tu, saya suka tengok kapal terbang lalu. Setiap kali dengar bunyi kapal terbang, walaupun tengah tidur, pasti saya berkejaran keluar rumah sebab nak tengok kapal terbang. Malam lagi saya suka. Sebab, kapal terbang cantik di waktu malam dengan lampu-lampunya.
Oleh kerana opsesnya saya terhadap kapal terbang, abah yang tak boleh naik kapal terbang kerana sakit telinga, belikan saya, angah, mama dan mami (nenek) tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur. Sementara abah ke KL dengan kereta. Tunggu kami kat sana. Abah saja je sponsor tiket, nak suruh mama dan mami bawa kami rasa naik kapal terbang. Waaaaahhhh... Excited sangat masa tu. Macam-macam saya Tanya pada mami fasal kapal terbang. Sehari sebelum naik tu, sibuk saya berangan fasal kapal terbang. Tiketpun asyik duk tengok je walaupun tak pandai membaca. Angah? Angah kecik sangat lagi masa tu.
Saya pilih untuk pakai baju gaun paling cantik yang saya ada masa tu untuk naik kapal terbang. Hehehe saya dengan angah macam kembar. Baju kami sama cuma warna je berbeza. Saya ingat lagi masa tu, kami pakai gaun kembang diperbuat daripada net lembut di bahagian luar. Saya memakai warna biru lembut manakala angah hijau lembut. Kami panggil baju berpusing. Bila pakai baju tu, kami suka berpusing laju supaya baju tu kembang dan cantik. Mami dan mama selalu marah kami. Mereka takut kami pening. Marah kami diam kejap. Lepas tu, buat lagi. Sayalah kepalanya. Angahkan kecik lagi. Angah ikut je.
Masa tunggu kapal tu, tak sabar rasanya. Lambat betul kapal sampai. Masa boarding, rasa seronok sangat bila pramugari sambut kami di pintu. Hehehe siap puji kami comel tuuuu... Tapi, kakak pramugari tu yang memukau mata saya. Cantiknyaaaa kakak pramugari ni. Patutlah mami selalu cerita yang pramugari tu cantik-cantik belaka. Aaaaahhhh... Cantiknya kebaya pendek yang dikenakan. Ada yang bersanggul, ada yang rambut separas bahu. Lawanya dia orang. Mata saya tak lepas memandang kakak-kakak pramugari yang lalu-lalang serve penumpang. Sayapun mula memasang angan, bila saya besar nanti, saya nak jadi pramugari yang cantik macam ni. Dia orang suka senyum. Bila mereka hidangkan air, tak sabarnya rasa nak tunggu giliran kami. Nak tengok kakak pramugari tu dari dekat dan nak cakap dengan dia. Pramugari bagi kami gula-gula. Tuhan je yang tahu macam mana happynya saya masa tu. Confirm, bila besar nanti, saya nak jadi pramugari.
Masa tu, terfikir jugak saya. Bila besar nanti, cantik ke saya? Tinggi ke saya? Sebab mami kata, nak jadi pramugari, kena cantik, tinggi dan langsing. Langsing ke saya nanti?
Mata saya memandang ke seluruh kapal terbang. Saya nak tengok puas-puas isi dalam kapal terbang supaya saya tak lupa untuk saya berangan. Takut dah tak dapat naik kapal terbang lepas ni. Hehehe... Tak sangkalah pulak bila besar selalu naik pesawat. Sampai sekarang saya rasa happy bila naik kapal terbang. Masa tu tak fikirpun takut kapal terhempas. Kalau boleh saya nak masuk dapur, nak tengok apa dia orang buat. Mami tak bagi. Hmmm... Nak buat macam mana, kita kecikkan? Ikut jelah cakap orang dewasa. Pramugarapun ada, handsome. Tertinjau-tinjau jugak saya mencari pilot. Tak nampakpun. Ah, pilot tu tak penting, janji dapat jumpa pramugari dan pramugara. Hahahaha tak sangka pulak sekarang ni entah berapa kali sebulan saya jumpa pramugari dan pramugara ni. Dah tak rasa apapun. Yang paling best tu, waktu kapal terbang naik dan mendarat. Rasa mencabar. Hehehe sampai sekarang saya suka part ni. Bila dah kat atas tu, tak rasa apapun. Rasa biasa je kecuali kalau dia langgar awan atau hujan yang beserta angin kuat. Rasalah mencabarnya. Rasa goyang-goyang. Kadang-kadang kecut perut jugak.
Satu lagi, bestnya suara kakak pramugari buat pengumuman. Best ke suara saya bila besar nanti nak jadi pramugari? Nak buat pengumuman dalam kapal terbang? Jadi, mula dari hari tu, saya berazam untuk jadi seorang yang cantik, tinggi, langsing, suara best dan pandai layan tetamu. Nak jadi pramugarilah katakan. Mujurlah saya tak tahu yang pramugari kena pandai berenang. Kalau tak, dari kecik lagi saya dah belajar berenang. Mesti mengamuk-ngamuk saya nak pergi kelas renang.
Bila kapal terbang mendarat di Airport Subang masa tu, rasa tak puas. 45 minit je dari KB ke KL time tu. Dengan sedih, saya mengikut mama dan mami melangkah keluar dari pesawat. Sibuk saya dan angah bercerita tentang kapal terbang dan pramugari kepada abah. Abah layankan aje. Abah senyum dan gelak je bila mulut anaknya bercerita macam berteh goring. Mami dan mama sesekali menyampuk. Saya cakap dengan abah, nanti nak naik lagi. Abah kata OK. Saya cakap lagi, bila besar Along nak jadi pramugari. Abah kata OK jugak sambil ketawa. Abahpun dah tahu perangai anaknya yang kuat berangan ni.
Lepas tu, saya mengamuk dekat mami, nak pakai baju kebaya. Baju kebaya labuh berwarna merah adalah baju kebaya yang pertama dalam hidup saya yang mami tempah.
Monday, February 6, 2017
Cookies Dari Seseorang
Saya terima panggilan dari seseorang yang menyatakan dia ada di luar office saya.
Dia minta saya keluar, nak bagi cookies.
Ya Allah, jika dulu, pemberian sebesar zarahpun akan membuat saya rasa melayang. Membuat saya happy sepanjang hari. Mood saya boleh berubah 360 darjah. Tapi sekarang... Setelah segalanya berlalu, setelah banyak luka yang dia ciptakan di hati saya, apapun yang dia buat, masih tidak mampu buat saya tersenyum. Cukuplah sekadar kita berkawan. Tak perlulah bersusah-payah untuk memenangi hati saya seperti dulu. Kita ikut saja aturan takdir.
Orang yang mahu mengata macam-macam, nak kata apapun, katalah. Jika terlihatpun saya bertemu dia lepas ni, ianya sebagai seorang kawan. Saya perlu menjaga hati saya sendiri agar tidak tersakiti lagi.
Terima kasih kerana ambil berat tentang saya.
Tuhan,
Aku serahkan hati ini, cinta ini untukMu. Bakinya, andai Kau merasakan layak untuk diberikan kepada sesiapa iaitu makhlukMu, maka Kau tentukanlah siapa dan biarlah ianya diberi setelah segalanya pasti dan dalam redhaMu.
Percutian Yang Menyeronokkan
Assalammualaikum readers,
Selamat hari Isnin dan selamat memulakan tugas :)
Macam biasalah, hari cuti je malas nak update blog ni. Belum bersawangkan? Baru berhabuk je hehehe...
Korang buat apa last weekend?
Saya? Tak ke mana-manapun...
Tapiii... Rasa macam pergi bercuti pulak last weekend.
Sabtu, saya sengaja ambil replacement cuti saya. Malaslah nak kerja. Nak rehat puas-puas.
Patutlah Allah gerakkan hati saya untuk ambil cuti, sedar pagi Sabtu tu, saya rasa sakit perut. Senggugut. Lepas buat apa yang patut sekejap, saya sambung tidur sampai tengahari. Jarang saya bangun lewat macam ni meskipun hari cuti. Habis semua plan nak sapu dan mop rumah dengan basuh bilik air dan tandas. Aaaahhh... Tak laratlah. Lantaklah semua tu. Saya sambung tidur lagi sebab sakit tak reda. Kenapalah sakit kali ni lama pulak? Banyak dosa ke?
Dekat pukul 1, technician office saya whatsapp. Mujurlah saya sedar. Dia nak datang betulkan singki, paip bocor dan pintu bilik rumah saya. Alaaa... Saya sakit ni. Tapi datang jelah. Nanti lambat pulak nak baiki semua ni. Rela tak rela, saya kata OK.
Dalam tunggu dia datang tu, sempat saya tidur. Adoi, memang tak tahanlah sakit ni. Tak naklah makan ubat tahan sakit. Selalunya, saya senang tidur kalau sakit kecuali kalau kena gastrik yang teruk. Tidur adalah ubat kalau saya sakit dan sedih.
Akhirnya, technician sampai. Dia buat bilik air dapur yang bocor dan singki bilik air. Saya tidur dalam bilik. Serius, saya memang tak larat. Saya dah beritahu dia yang saya sakit. Pandai-pandailah kau bawa diri.
Lepas tu, dia panggil saya, dia nak masuk bilik, nak betulkan singki dan tukar kepala paip singki bilik air bilik saya. Alaaaahhh... Saya sakit ni. Kalau dia dalam bilik ni, macam mana saya nak tidur? Terpaksalah saya gagahkan diri untuk duduk atas katil. Masa tu dah pukul 3.00 lebih. Rasanya saya ni dah terlebih tidur. Tapi still boleh tidur sebab sakit. Mujurlah rumah saya ni sejuk, jadi tidurpun best.
Dalam sakit-sakit tu, saya layanlah dia bercakap sambil-sambil dia buat kerja. Mana pulaklah kawan saya ni tak sampai-sampai. Kalau kawan ada, tak adalah saya kekok duduk dengan dia ni. Memanglah pintu bukak, tapi rasa janggal.
Lepas siap bilik air dalam bilik, saya suruh dia betulkan pintu bilik belakang, flash toilet dapur yang airnya tak penuh. Siap semua tu dah pukul 6 dan kami ke Penang Road beramai-ramai untuk minum.
Perut saya dah beransur pulih. Baik saya makan malam terus sebelum gastrik menggila. Dahlah hari ni saya just minum coklat panas je pagi tadi dan makan M&M.
Memandangkan dah dua kali saya makan maggi kari perut saya OK, saya order nasi putih dengan kari kambing. Best sangat.
7.00 malam, saya sampai semula kat rumah. Aduuuhhhh... Perut niii... Dia sambung pulak dengan gastrik. Takkanlah dunia saya tidur je hari ni? Kalau tak boleh saya iron baju untuk minggu ni malam ni. Apakan daya, dia buat perangai lagi. Sakitnya perut saya. Mujur tak solat. Saya terus baring. Nak beranganpun tak boleh, sakit! Marah pulak saya makan kari hari ni. Hari tu OK je. Ke kari mamak ni kao? Sakit kat tempat yang sama. Ada luka ke? Luka belum sembuh ke? Sorry la Chiko, Along tidur lagi. Nantilah Along layan Chiko.
Saya tidur dengan lenanya entah untuk kali yang ke berapa hari ni. 8.00 Lebih, saya tersedar. Aduh, masih sakit. Bila nak reda ni? Tolonglah, jangan tambah sakit. Jangan muntah. Saya tak nak. Saya teruskan baring sampai lelap lagi. Boleh jadi sleeping beauty ni macam ni. Haaaahahaha sempat berangan. Kalaulah saya ni cantik jelita macam tuan puteri masa tidur ni kan best. Sedar-sedar nanti, ada putera raja kat sebelah sedang tunggu saya bangun.
Dalam duk berangan tu, saya lelap lagi.
Hampir 10.30 saya tersedar. Alaaahhh... Si Chiko merengek nak makan pulak. Saya bersihkan diri then bagi dia makan. Saya baring semula. Pelik, baring rasa sakit, bangun tak sakit pulak. Dia main-mainkan saya ya?
OK, nak duduk, duduklah. Bagus. Sayapun dah bosan ni, asyik tidur je. Macam duduk wad la pulak. Tak ada kerja nak buat. Padahal kerja rumah berlambak.
IPhone saya capai. Aplikasi Youtube saya cari. Meh kita tengok Puteri Impian. Baru boleh berangan jadi puteri. Saya ni samalah macam Nora dalam filem tu, suka berangan nak jadi puteri. Untunglah Nora, at least ada putera betul minat dan jatuh cinta kat dia. Saya ni? Hmmm... Jangankan putera raja, orang biasapun susah nak lekat. Berangan jelah. Happy kejap. Boleh gitu??? Booolehlah.
Mata tak mengantuk. Lepas Puteri Impian, saya layan pulak Impian. Bestnya, anak Tan Sri suka kat Yasmin. Saya tumpang berangan jelah. Memang saya nak berangan je malam ni. Ibarat macam saya sedang bercuti. Saya nak buat benda yang saya suka je. So, sekarang saya nak berangan. Nak enjoy dan happy. Malas nak fikir benda-benda sedih. Saya nak hidup dalam khayalan malam ni. Saya kan sedang bercuti di sebuah resort, tiada gangguan sesiapa. Suka hati sayalah nak buat apa. Cuma gangguan dari Si Chiko je saya tak boleh elak. Orang cakap jangan kacau, dia tetap menyibuk. Nasib baiklah kau ni kucing Chiko. Kalau kau tu boleh jadi putera raja, bertukar macam putera katak tak apalah jugak. Ni kau asyik miow, miow, miow. Apa kau nak pun aku tak tahu. Sudahnya saya berkurung dalam bilik dan Chiko di ruang tamu. kita berbahagi wilayah ya Chiko. Kau hiduplah dalam dunia kau Along bagi kau kawasan luas, ruang tamu, dapur dan bilik air dapur. Jangan kau kencing dalam singki dapur along pulak. Nanti Along denda kau lagi. Along punya kerajaan, kecik je. Bilik Along yang lengkap dengan bilik air, coklat, biskut dan buah epal. Kau makanlah makanan kau kat dapur tu ya. Dah, jangan kacau along. Nak bising, bising kat luar.
Lepas tengok impian, macam-macam video saya tengok. Datuk Vida, Rozita Che Wan. Bestnya jadi orang kaya macam Datuk Vida. Sebelum ni saya tak suka sangat Datuk Vida. Tapi taklah benci kat dia. Gitu-gitu jelah. Tapi malam ni, lepas tengok beberapa video dia, saya mula jatuh hati kat dia. Datuk Vida ni seorang ibu yang penyayang, baik walaupun gedik Hehehehe... Bak kata Datuk Vida dalam salah satu videonya, dia Nampak je gedik sebab nak jual produk. Suami dia pulak, terima dia seadanya. Bilalah saya nak jumpa Prince Charming AKA Mr. Right saya ni? Tunggu jelah, tahulah Allah menguruskannya.
Sudahnya, hamper siang baru saya tidur dan semestinyalah bangun lewat lagi. Dah lama tak buat perangai macam ni. Buruk betul perangai anak dara ni hehehehe...
Haaa... Ahad, buatlah semua kerja kau yang tergendala tu ya. Seharian saya buat kerja rumah. Siap cuci peti dan iron baju seminggu.
Malam tadipun, saya menonton lagi. Didahului dengan video jenayah seperti Mona Fandi, Mat Komando dan Botak Chin. Lepas tu sambung tengok Datuk Vida. Haaa... Timbul idea nak rumah macam resort supaya saya rasa macam pergi melancong bila balik rumah. Tak adalah asyik duk office je. Mana designer saya ni?
Friday, February 3, 2017
Tahniah Dan Takziah
Dalam hidup ni, kita sering dikhabarkan dengan berita suka dan duka. Bahagia dan derita. Sama ada berkaitan diri kita atau orang-orang di sekeliling kita.
Dalam minggu ni, banyak berita gembira yang saya terima, Alhamdulillah.
Dan satu berita duka, masya-Allah.
Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada Kak Jamiah yang telah melangsungkan perkahwinannya pada hari Sabtu lalu. Alhamdulillah, akhirnya cinta yang pernah tersemi dahulu bertaut kembali dan Allah izinkannya untuk bersatu insya-Allah sampai ke Jannah. Saya rasa happy sangat dengan pernikahan ni. Allah tuliskan jodohnya. Semoga Kak Jamiah menjadi isteri solehah dan ibu yang misali. Selamat pengantin baru kak, semoga mahligai yang dibina membawa ke Jannah. Amin...
Seterusnya ucapan tahniah ini ingin saya sampaikan kepada X-housemate saya, Siti Haida yang telahpun hamil dua bulan. Hahaha nak jadi auntie entah kali ke berapa dah saya ni. Sesungguhnya saya teruja mendengar berita ni. Maklumlah, orang yang lama hidup sebumbung dengan kita kan. Macam manalah agaknya kawan saya tu jadi mak. Kecil molek je orangnya. Semoga anak yang bakal lahir membawa seri dalam hidup berumahtangga kawan saya tu.
Tahniah juga buat Nasir dan Hana yang baru menerima cahaya mata sulung untuk Nasir dan kedua bagi Hana. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati dan pendamai jiwa. Juga menjadi penyelamat kepada ibu bapanya dunia dan akhirat. Insya-Allah.
Dan pagi ni, saya terima berita sedih lewat telefon dari Kak Sariha. Allah lebih menyayangi suami Kak Sariza. Innanillahi wainna ilaihi rajiun. Ya Allah, siramilah rahmat kasih sayangMu buat Ahmad Kamil Bin Daniel. Semoga rohnya damai dan tenang bersemadi di sana. Amin. Kak Sha, saya doakan agar Kak Sha tabah menjalani hari-hari mendatang bersama anak-anak meskipun tanpa suami tercinta di sisi. Ya Allah, bantulah mereka. Mudahkan segala urusan mereka. Amin...
Bila mendengarkan berita-berita bahagia, saya merenung diri saya sendiri. Orang lain dah masuk fasa baru dalam kehidupan. Tapi saya? Saya masih di fasa lama. Tak ada apapun yang berubah. Lantas saya tersedar, Allah itu sebaik-baik perancang. Pasti Dia sedang merancang sesuatu untuk saya. Bersabar, usaha dan doa je la. Pasti ada hikmah kenapa Dia buat saya macam ni. Pasti sayangNya pada saya melimpah-ruah, sebab tu Dia uji.
Tujuh Bulan Yang Tak Memberi Apa-apa
Assalammualaikum semua,
Mood saya yang baik pagi tadi melayang gitu je.
PR datang jumpa saya bawa surat visitors. Suruh saya handle visitors Isnin ni. Siap guna tandatangan kononnya arahan director lagi.
Saya tak kisahpun nak tolong sesiapa. Tapi kalau orang yang sepatutnya asyik mengelak, lepas tu staff diapun tak boleh nak ganti, apa guna ada beberapa orang dalam department tu?
Tujuh bulan dah saya pindah department. Takkanlah orang lain dalam PR Department tak boleh entertain visitors? Ada staff yang kerja dah nak 20 tahun dah. Tak boleh handle jugak? Tujuh bulan kat department baru, macam-macam dah saya belajar. Saya dah boleh pergi bagi training tanpa boss, dah boleh pergi meeting tanpa boss. Takkan dia orang nak layan visitors tak boleh? Terangkan je apa office ni buat. Apa setiap department buat. Tak boleh jugak ke? Kan dah lama kerja, takkan tak tahu?
Isnin tu, pagi saya nak buat minit mesyuarat, nak cepat hantar kat PETRONITA, nak meeting pulak dengan dia orang. At least kul 12 saya dah kena siap nak pergi Air Asia. Petang sepetang kat Air Asia. Ish...
Tambah buat saya membara bila tengok tarikh surat visitors tu 16 September, 2016. Saya tahu, organisasi ni memang akan hantar surat tahun sebelum untuk bisit tahun ni. PR ni nak pergi cuti sebab ada wedding. Janganlah ingat orang bodoh sangat. Wedding, takkan awak baru tahu hari ni ada wedding Isnin ni. Sebulan sebelum, atau dua minggu sebelum mesti dah tahu. Kenapa tak deal balik date visit dengan visitors tu? Masa saya kat bawah dia dulu, time saya nak cuti, pandai pulak suruh saya postpone visit sampai saya ada kat office. Nampak tak dia nak mengelak. Semua orang tahu dia ni suka mengelak.
Dia kata, most of the time saya free. Saya Tanya dia, mana You tahu I free?
Dia: You selalu on the phone I notice.
(Woi, hal kerjapun guna phone kan? Tu je yang dia Nampak. Time saya berkejar sana-sini. Kerja luar setiap hari tak Nampak. Memang membangkitkan kemarahan ni. Siaplah kau. Memang untuk dia ni, saya dah lama siap peluru dan pistol.)
Saya: Oooo... Habis I pun notice you selalu baca surat khabar. Banyak masa free jugak kan? And you didn't use your time full for your visit. I always see you let other people handle your visitors.
Dia: Who.
Saya: Si Fulan...
Dia: Visitors want to interact with blind peoples.
Saya: As a PR, you have to be there all the time even though they want to interact with blind persons. You selalu tinggal visitors you kat atas and you duduk kat bawah. Masa I dulu, dari pagi sampai lunch tau I with my visitors. I never let them like you did.
Hambek kau. Kalau malas, tak buat kerja, jangan cuba-cuba nak bertekak dengan saya. Saya akan bagi setepek kat muka. Nasib baik saya tak cakap fasal dia duduk-duduk minum kopi dan bersembang dengan kawan dia tu. Baru satu saya cakap. Terus cakap this is last time minta tolong sebab dia kena pindah department lain. Bagus. Saya tak suka orang yang ambil kesempatan atas pertolongan saya. Awak tu senior executive dan gajipun lebih tinggi dari saya so please, behave like senior executive jugaklah. Pangkat besar, gaji banyak what do you aspect? Nak kurang kerja? Suruh orang lain buat kerja awak? Saya akan tolong orang yang betul-betul nak belajar bukan ambil kesempatan dan mengelak kerja. Bengang betul saya. Nak mengumpat, mengumpatlah. Saya tak kisah. Jangan main-main dengan saya dalam hal kerja. Saya tak kira siapa, saya akan bagi je sebiji dan berbiji-biji.
Orang cari fasal dengan saya. Kalau saya cakap, orang tak suka. Tapi sampai bila saya nak biar je saya kena. Korang senang-lenang, sampai hujung bulan, ambil gaji, kerja tak buat. Bukan berkira tapi melampau dia orang ni. Bukan mengungkit, tapi ni kenyataan. Saya cakap direct je. Lepas tu saya tak simpan dalam hati. Waktu saya hot, memang kenalah dengan saya. .
Thursday, February 2, 2017
Masih Ada Yang Memahami
Suatu hari, saya mengamuk kat office ni. Habis sorang staff ni kena bamboo dengan saya. Saya tak ada simpan-simpan, saya meletup hari tu sebab ianya mengganggu kerja saya. Dan dia bagi saya alas an yang tak munasabah. Lepas tu macam ada auta sikit. Saya peduli apa, staff orang ke tak staff orang ke, siapa suruh boss dia tak tahu manage anak buah dia? Lepas tu si boss pulak bila dah bercuti off handphone. Banyak kali saya call tapi tak dapat. Dia ingat, dia besar sangat? Cuti off handphone, dia ingat semua orang nak tunggu dia? Habis kalau tak ada dia, kerja orang lain semua kena tangguhlah? Banyak cantik? Dahlah awak tu staff nak bergerak seincipun semua kena bagi tahu. Keputusan yang simple-simple pun nak kena awak yang approve. Sorrylah, saya tak ada banyak masa nak ikut prosedur mengarut awak tu.
Staff dia ni pulak, ingat saya ni senang boleh ditipu macam boss dia? Boss dia tu memanglah, tak tahu fikir, bolehlah nak cakap macam-macam. Dengan saya jangan main-main. Oleh kerana boss dia tu tak dapat-dapat saya call, so saya dengan boss saya buat keputusan sendiri. Kebetulan boss sayapun bercuti. Saya just minta pendapat boss saya menerusi telefon. Bila boss saya kata OK, saya jalankan je walaupun keputusan tu tidak berkaitan dengan department saya tapi apa yang berlaku melibatkan department saya.
Bila saya dapat tangkap staff ni auta, apa lagi, saya basuh direct depan-depan. Lantaklah kalau dia nak benci sayapun lepas ni. Memang dia tak terjawab apa yang saya cakap.
Macam yang saya cakap, saya marah apa yang saya nak marah je. Lepas tu, saya OK je. Tak ada simpan-simpan, tak ada dendam-dendam. Dan staff tu pun OK je dengan saya lepas tu.
Tapi...
Lepas hari tu, boss dia cakap:
Boss dia: Nanti saya nak panggil Tinta fasal kes awak ni.
Staff: Eh, kenapa pulak puan? Saya OK je dengan dia.
Boss dia: Yelah, dia bising-bising kat awak hari tu kan?
Staff: Eh tak payahlah, puan. Tinta, tahu jelah. Siapa yang kerja dengan dia, tahu sangat perangai dia tu. Bising, bising, bising, kejap je. Lepas tu OK je. Tak ada masalahpun. Kita orang macam biasa je sekarang ni. Tak ada simpan-simpan.
Ada jugak yang faham perangai saya macam mana. Tak sangka betul saya. Boss dia tu, bukan nak selesaikan masalah. Lagi nak create masalah adalah. Orang dah settle yang awak nak bising-bising tu kenapa? Lagipun memang staff awak yang salah. Nak bela tak tentu fasal tu kenapa? Tu yang staff jadi naik lemak tu. Sensitif tak bertempat. Patutnya nasihatlah staff tu, lain kali jangan buat macam tu, kalau jadi macam tu lagi, bagi tahu dia, apa yang dia patut buat untuk settle masalah. Nak fikir tu pun susah. Kalau bekerja ada dendam ni susah. Bila orang cakap benda betulpun awak nak jadikan hal.
Dari Kaca Mata Seorang HR Manager
Ini HR Manager company lain, bukan HR kat office saya.
Perbualan yang lebih kurang berbunyi begini:
Saya: En. Mahathir pekakan pada sikap dan perasaan orang?
En. Mahathir: Hahaha saya dah lama jadi HR. Macam-macam orang yang saya handle.
(Lebih 2,000 orang tu dia handle dalam satu masa.
Saya: Kadang-kadang saya pelik. Saya tak cakappun En. Mahathir boleh tahu saya sedih atau something happen kat saya. Walaupun sekadar saya tak balas Whatsapp dan jawab call En. Mahathir. Tak perlu jumpapun.
En. Mahathir: Pengalaman semua tu, Tinta. Lagipun, saya ni HR, pemerhatian saya kena tajam. So, saya dapat baca Tinta macam mana orangnya.
Saya: OK, masa mula-mula En. Mahathir deal dengan saya, apa yang En. Mahathir boleh rumuskan tentang saya?
En. Mahathir: Awak seorang yang bijak, cekap dalam kerja, tegas, takkan senang-senang boleh ubah pendirian. Tapi low profile. Baru-baru kenal Nampak biasa-biasa je. Tak banyak cakap. Banyak diam, dengar dan memerhati. Awak akan bercakap bila tiba masa yang sesuai dan bercakap ketika perlu sahaja. Tapi kalau awak ada facts, habislah orang yang deal dengan awak tu. Sebab awak akan cakap direct dan tegas. Kalau boleh awak kata boleh, kalau tak, awak cakap tak walaupun dengan orang yang baik dengan awak. Tapi hati awak lembut dan awak sebenarnya lemah-lembut dan tahu menghormati orang. Haaa... Lagi satu manja dan berani. Dan saya terkejut sebenarnya bila awak balas-balas cakap dalam group Whatsapp hari tu. Awak memang berani. Macam saya cakap tadi, bila awak ada fakta, awak akan tegas berbalas cakap atau mempertahankan sesuatu.
Hahaha... Macam tu ke saya? Tapi orang yang dah lama kenal sayapun tak faham saya sampai macam tu. Memang betullah agaknya HR ni tajam pemerhatiannya.
Orang yang dah lama kenal pulak, kalau tak dapat something daripada saya, mengata, cakap saya sombong, berlagak, bossy. Tulah manusia, macam mana nak maju kalau asyik nak dapat keistimewaan je bila berkawan dengan orang. Dan saya bukan jenis nak bagi keistimewaan walaupun kat orang yang baik dengan saya kalau tak boleh. Saya akan ikut SOP. Biarlah nak kata apapun. Tak nak kawan dengan sayapun, tak apa. Dah itu kerja saya, tanggungjawab saya. Nanti saya jugak yang nak kena soal dan menjawab. Jawab kat dunia boleh tipu-tipu, kalau kat sana nanti, siapa nak tolong saya?
Nasihat Yang Memukul Saya
Since saya punya laptop dalam bilik boss yang sedang bercuti, satu kerja saya tak dapat dibereskan hari ni. Minit mesyuarat meeting minggu lepas tak siap lagi.
Ada mood nak bercerita ni, tulis blog la dulu.
Nasihat seorang sahabat ni diberikan beberapa bulan dulu masa saya tengah down gila. Saya bertandang ke rumahnya atas pelawaannya.
Saat bertemu dengannya, saya meluahkan apa yang terbuku di hati. Saya menangis kehibaan. Dia masih seperti dulu, setia mendengar dan menasihati saya. Satu nasihatnya buat saya merenung kembali diri saya dan cuba perbaiki diri agar menjadi seperti dulu-dulu. Saya tak pernah bercerita kepada sesiapa tentang hal yang seumpama ini. Bagi saya, biar Allah je yang tahu, tak perlu dicanangkan pada sesiapa. Biarlah orang tak tahu atau tidak menyangkanya lebih-lebih lagi saya bukanlah berpenampilan yang menunjukkan sedemikian.
Hana: Awak sabar ya. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Awak bacalah Quran, awakkan suka baca Quran.
(Demi mendengarkan ayat itu, saya terkejut. Mana dia tahu?)
Saya: Kenapa awak cakap macam tu?
Hana: Masa kita serumah dulu, saya selalu dengar awak baca lepas Maghrib dari luar bilik. Masa kat sekolahpun sama.
(Ya Allah, sampai begitu pekanya dia terhadap perlakuan saya? Sedangkan saya membaca perlahan agar tidak ada sesiapapun menyedarinya. Takut riak.)
Saya: Awak tahu? Macam mana awak boleh tahu?
(Kelam-kabut saya bertanya dalam terkejut. Rasanya saya tidak pernah bercerita kepada sesiapapun. Dan saya tak nak orang tahu dari mulut saya.)
(Saya sangat-sangat terkejut. Kerana hal itu adalah antara rahsia saya yang tidak saya dedahkan kepada sesiapa. Kecuali hari ni saya sekadar ingin mencoretkan isi hati saya.)
Hana: Kat sekolah dulu, saya selalu tengok awak duduk tepi dinding surau dan baca.
Ya Allah, saya rasa terpukul dengan nasihat ini. Mungkin musibah yang melanda ini kerana kealpaan saya padaMu. Ya, saya perlu kembali menjadi seperti dulu. Harus ada masa yang saya peruntukan untuk hal-hal rahsia saya seperti dulu.
Dan Hana, membuatkan saya terus berfikir dan merenung diri. Fikiran saya terus menerawang pada masa-masa silam saya. Waktu di sekolah dan waktu tinggal serumah dengannya. Ya Allah, kenapalah saya membazirkan masa saya begitu saja?
Terima kasih Hana. Dalam orang sibuk melihat kekurangan dan kelemahan saya, sibuk mengata saya, menghina dan mengeji saya, ada sahabat yang melihat sisi lebih saya walaupun ianya saya lakukan secara sembunyi-sembunyi.
Ya Allah, saya berdosa. Mungkin keakraban kita semakin renggang.dan musibah ini adalah panggilan kerinduanMu padaku, hambaMu yang semakin jauh dariMu. Terima kasih Hana kerana sudi memerhatikan saya, melihat sehama kebaikan saya dan mengingatkan saya agar kembali menjadi saya yang dulu walaupun berwajah baru.
Terima kasih Allah kerana mengurniakan sahabat seperti ini. Sahabat yang melihat saya bukan sekadar zahir saya tapi ia melihat saya tembus ke dasar hati saya. Kebanyakan kawan-kawan waktu senang saya melihat saya seorang yang garang, berlagak, ego, bercakap tegas sampai mereka kata orang takut nak dekat. Itu bermakna mereka sebenarnya tidak benar-benar mengenali saya. Mereka tak tahu bezakan sikap sebenar saya dan sikap yang saya buat-buat supaya kelihatan bukan seorang yang lembut. Kalaulah saya ni seorang yang garang dan tidak bercakap lembut, bagaimana saya boleh menjadi PR kan? Bagaimana saya boleh deal dengan orang-orang korporat dan besar-besar? Bagaimana saya boleh memenangi rundingan rasmi saya dengan pihak luar?
Jadi sekarang saya sedar. Orang-orang yang melihat saya secara zahir sebenarnya hanya kawan, bukan sahabat. Seorang sahabat, pasti mengenali baik buruk, kurang lebih sahabatnya.
Seorang sahabat pasti kenal yang manakah sikap sebenar sahabatnya.
Seorang sahabat, pasti tahu hati sahabatnya.
Seorang sahabat, pasti tahu membezakan yang manakah sifat sebenar sahabatnya dan sifat yang dibuat-buat sahabatnya.
Tuhan,
Terima kasih kerana Kau masih izinkan sahabat-sahabatku bersamaku biarpun Kau ambil kawan-kawanku dariku.
Dan saya tak pernah rasa menyesal atas apa yang berlaku. Terima kasih Tuhan kerana Kau tunjukkan padaku siapa sebenarnya sahabat-sahabatku dan siapa sebenarnya yang benar-benar jujur dan ikhlas terhadapku.
Jika Engkau ingin membawa jauh kawan-kawanku yang pernah aku ada suatu ketika dulu, bawalah, ambillah kerana ternyata, mereka tidak mampu mengenali siapa aku sebenarnya meskipun pernah rapat seperti adik-beradik. Malah, mereka tidak sanggup beriringan denganku dalam meniti hari-hari yang mendatang. Aku bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada padaku kala ini. Aku bersyukur mempunyai sahabat meskipun tidak selalu bersama denganku pada zahirnya tapi mereka sentiasa menemaniku, memberi kata-kata semangat dan mendorong agar aku bangkit semula. Dan aku bangkit kerana kekuatan yang mereka pinjamkan padaku. Sayang kamu semua.
Kronologi Hidup M&M
Hahahahha M&M lagi.
Secara ringkasnya, perjalanan hidup M&M adalah seperti berikut:
Tagline: Cair dalam mulut, bukan dalam tangan.
Warna: Lima warna berbeza dan masing-masing mempunyai tagline tersendiri:
Merah: "Everything is under control"
Kuning: "Inside everyone there is a little nut"
Biru: "Never let 'em see you melt"
Hijau: "I melt for no one"
Oren: "I'm a dead man"
1941: Tahun M&M diperkenalkan.
1950: Huruf M yang tercetak di atas setiap coklat M&M dicetak untuk kali pertama.
1954: Tagline M&M digunakan dan character M&M tampil di kaca televisyen buat kali pertama.
1960: M&M merah, kuning dan hijau dicipta.
1976: M&M oren diperkenalkan.
1980: M&M memasuki pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.
1982: Merupakan sejarah gemilang luar biasa M&M apabila coklat ini dibawa ke angkasa lepas.
1995: Atas permintaan ramai, M&M berwarna biru diperkenalkan.
Setakat ni je dulu. Kalau saya rajin, saya cari dan tulis lagi.
Sejarah M&M
Assalammualaikum readers,
Dah habis dua kerja. So, nak relax jap. Nak tulis blog pulak.
Sekarang ni, saya duk menggila minat dengan M&M ni. Pada hal dari kecil dah kenal coklat ni. Sekarang baru jatuh cinta kat coklat ni. Jatuh cinta kat coklat lagi bagus. Boleh buat saya happy. Tengah duk menulis ni pun makan M&M. Yang pastinya, saya tak minat coklat M&M yang isi kacang seketul tu walaupun dari Perancis. Tapi makan jelah. Dah beli mahalkan.
Ada yang tak tahu M&M? Alah, coklat bulat-bulat kecik berwarna-warni tu.
Bila saya sukakan sesuatu, saya mesti nak tahu asal-usul dia. Jap tadi, saya search la sejarah coklat kegemaran saya ni.
Pada zaman perang kedua dulu, seorang pengusaha coklat dari Minessota, Amerika Syarikat bernama Forrest E. Mars, melihat tentera memakan coklat kecil yang dibungkus dalam gula keras. Maka, dari situ idea timbul untuk menghasilkan M&M yang ada sekarang ni. Nama M&M ni adalah gabungan nama keluarga Forrest dan rakan kongsinya, Bruce Murrie. Mengikut blog yang saya baca, M&M ni pula makanan wajib bagi tentera yang dibawa ke mana saja.
Dalam suatu blog yang lain pula menulis, Pengasas M&M adalah Frank Mars kemudian diambil oleh Forrest Mars walaupun dia bukan pewaris sebenar M&M. Katanya dia mengambil M&M daripada ibu saudara tirinya. Mengikut tulisan tersebut, pada awalnya, M&M bekerjasama dengan Hershey. Kemudian, di bawah pentadbiran Forrest, ia telah melancarkan peperangan perniagaan coklat terhadap Hershey. Bruce Murrie pula merupakan anak kepada presiden Hershey yang sama-sama membangunkan M&M. Hershey jatuh seketika kerana kematian pengasasnya kemudian membangun semula. Nantilah cerita hari lain fasal Hershey.
Jadi, inilah M&M yang wujud sehingga sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)