Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, January 11, 2018
Makan Malam Yang Tak Disangka
Minggu lepas, setelah pulang dari kerja saya duduk-duduk bersantai dengan Chiko. Tiba-tiba, satu whatsapp mempamerkan message. Dari bunyi yang dikeluarkan, saya tahu itu whatsapp personal, bukan group. Kalau whatsapp personal ni semangatlah sikit saya nak tengok. Kalau group, malas. Kadang-kadang merapu je lebih.
En. Nik? Apa dia mahu? Fikir saya, dia mahu bertanyakan tentang kerja or call for audit access MRT. Hadoi, dah habis waktu kerja pun nak bincang fasal kerja ke En. arkitek?
En. Nik ni saya kenal sewaktu audit access Stesen MRT Semantan dan Kwasa Sentral. Dia arkitek MRT. Memandangkan sekarang ni projek MRT Line 2 sedang berjalan, saya anggap semua staff MRT yang contact saya nak bincang pasal projek dia orang. Almaklumlah, minggu sebelum tu, Mr. Graeme dah contact saya pasal help button. Cuti-cuti pun dia orang minta nak buat appointment. Hahaha... Bukan dia orang tahu saya cuti kan? Tak salah dia oranglah.
'Salam Tinta, dah balik KL ke?' Lebih kurang bunyi muqadimah whatsapp En. Nik.
'Waalaikummussalam. Dah. Kenapa, En. Nik?' Dalam hati, nak ajak buat audit access MRT la tu.
'Saja Tanya,' Jawabnya.
Tebiat ke apa? Tak pernah-pernah whatsapp saya saja-saja sejak saya kenal dia setahun lebih yang lalu.
Lepas tu macam-macamlah kami sembang. Balas-balas whatsapp. Dia beritahu saya yang dia masih di office.
Hmmm... Memang patutlah kau kat office lagi. Arkitek memang macam tu. Saya dengar arkitek ni selalu tak cukup tidur dan kerja tak tentu masa. Macam penulis. Ada idea je, buat, lukis.
'Tinta tinggal dekat Stesen LRT Ara Damansara kan?' Aik, dia ingat saya cakap kat dia saya tinggal dekat stesen tu?
'Ya,' Mungkin saja nak bagi ada modal bersembang.
'Saya balik nanti lalu kat stesen tu,'
So, apa masalahnya kalau awak lalu kat stesen tu pun? Jalan ke rumah awak memang lalu situ kan? Saya jawab jugak 'ooo'
'Mehlah, saya belanja Tinta makan malam ni,'
Hah? Nak belanja makan? Tebiat ke apa? Nak ke tak nak? Nak ke tak nak? Yes, mungkin Tesco akan menyelamatkan saya.
'Maaf En. Nik. Sebenarnya saya tengah tunggu Tesco hantar barang,'
'Dia hantar pukul berapa?'
'Saya punya slot antara pukul 7.00-9.00. Kalau tak boleh En. Nik tak marahkan?' Berbasa-basilah sikit.
'Calllah Tesco, suruh dia hantar awal sikit,'
Call Tesco? Biar betul. Manalah saya tahu nombor telefon Tesco.
'Macam mana saya nak call dia? Nombor diapun saya tak tahu. Sayakan booking slot online, masa saya beli barang tu,'
'Ye jugak kan? Macam nilah. Nanti bila saya sampai area rumah Tinta, saya call Tinta,'
'OK.' Saya yakin, Setibanya dia di kawasan rumah saya, Tesco belum sampai.
'Rumah Tinta yang mana satu?'
Malas banyak cakap, saya send je location.
Tak tahulah kenapa. Saya rasa malas nak keluar.
Jam 8.00 lebih, telefon saya berdering. Panggilan dari En. Nik. Tesco saya belum sampai.
'Assalammualaikum Tinta.'
'Waalaikummussalam. En. Nik...'
'Elok je saya sampai kat rumah Tinta ni, Tesco pun sampai,'
Alamak Tesco ni. Cepatlah pulak hari ni. Getus saya dalam hati.
'Mana En. Nik tahu?'
'Ni lori Tesco ada kat bawah ni,'
So setelah menerima barang dari Tesco, kami pun keluar makan. Hari tu hujan. So, kami makan je kat area rumah saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment