SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, January 11, 2018

My Assistant Tak Perform

Assalammualaikum semua... Baru jap tadi saya post entri yang ada dalam draf saya semalaman. Ni baru betul entri hari ni. Demi mendengarkan berita yang GM terlajak pandai saya ni cakap orang kata assistant saya tak perform dengan baik sejak duduk department saya, saya rasa sakit hati sangat. Katanya, Kak Sha lebih perform masa duduk kat HR dulu. Hello, siapa kau nak judge assistant saya perform tak perform ni? Memanglah kau Nampak assistant aku tu tak sibuk macam dia duduk HR dulu sebab HR buat rutin work. HR jugak banyak berhubung dengan staff kat sini. So kau rasalah dia banyak kerja. Department saya case by case. Department saya jugak banyak berhubung dengan orang luar. So, memanglah kau tak Nampak kerja dia. Habis yang dia duduk mengadap computer, cari fail, buat macam-macam yang saya suruh tu apa? Bukan kerja? Janganlah sebab dia tak uruskan korang, korang kata dia tak ada kerja, tak perform. Perform tak perform, terserah pada unit tulah punya penilaian. Yang kau kepoci sangat kenapa? Yang kau sibuk nak cerita kat GM pasal assistant aku tu, kerja kau siap ke tak? Kalau setakat arahkan volunteer buat kerja kau, jangan kau kata kau perform pulak. Aku pun boleh buat kerja macam tu. Memang perform sangatlah kan? Iiii... Bengang betul aku. Mujurlah bila GM tu cakap dengan seseorang, seseorang tu balas. "Mr. X kena tengok betul-betullah. Jangan dengar sebelah pihak. Tuntutan kerja dia tu masa kat HR lain. Masa kat department ni lain. Habis orang yang asyik bercerita orang ni ada kerja tak ada kerja tu, banyak sangat ke kerja dia sampai banyak masa jumpa Mr. X dan bercerita pasal orang? Kerja apa yang dia buat? Kalau orang ni tak ada kerja, tak perform, dia banyak sangat ke kerja kalau macam tu?" Hambek kau. Stepek kena kat muka GM terlajak pandai kami tu. Manusia ni jahatkan? Sibuk sangat dengan kerja orang. Saya tak ada masa nak perhati kerja orang. Tapi kenapa orang sibuk nak perhati department saya ya?

No comments: