SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, January 15, 2018

Mesin ATM Bersuara

Ada someone tag saya di FB dalam komennya tentang Mesin ATM bersuara. Ada yang terlalu emosi membincangkan hal ni. Tak apa. Pasti mereka berasa kecewa dan marah kerana telah sekian lama hal ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan dan pihak berkenaan. Saya faham apa yang mereka rasa. Jika saya tidak bekerja dalam bidang Aksesibiliti pun, pasti saya akan bertindak demikian juga. Bersabarlah komunitiku. Kami di NGO sangat prihatin dan tahu akan kesukaran kalian. Cuma, banyak aspek aksesibiliti perlu diperjuangkan. So, kita kena buat satu persatu. Tak boleh serentak. Kalau tak, semuanya kita tak dapat. Tentang isu mesin ATM ni kami telah mulakan langkah sejak tahun lepas lagi. Macam-macam forum, siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan. Perjuangan bukan mudah. Ia menuntut waktu dan kesabaran. Kita perlu sedarkan pihak berkenaan tentang hak kita kemudian baru boleh berbincang tentang system, pelaksanaan, penguatkuasaan dan lain-lain. Menurut perbincangan dengan Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank Malaysia dan wakil-wakil semua bank dalam Negara dan luar Negara yang beroperasi di Malaysia, system perlu ditukar. Mereka masih dalam kajian untuk melaksanakan hal ini. Malah mereka turut meneliti system bank sama ada mesin ATM sedia ada hendak diubahsuai fungsinya atau menukar mesin berkenaan dengan mesin yang bersesuaian. Harus diingat, perjuangan itu perlu ada cara dan diplomasi. Tidak boleh mendesak dan kasar. Walaupun orang kata saya garang, sombong dan berlagak, tapi saya masih tahu adab dalam memperjuangkan hak yang diperlukan. Orang tak faham sebenarnya, saya bukan garang, tapi saya tegas. Tegas dengan kerja dan tegas dengan pendirian. Kami akan terus berjuang dan mencuba yang terbaik semampu kami. Mohon kalian doakan agar perjuangan ini membuahkan hasil untuk kemudahan kita semua. Thank you to DG for sharing your usage of talking ATM Machine video. Your kind effort much appreciated.

1 comment:

manjalara Masseur said...

ya betul tu. hendak berjuang harus dengan cara dan diplomasi. bukan dengan autoriti. jalan yang sangat berliku untuk kita seiring dengan Negara maju. dalam komuniti kita pun ada simpang-siur inikan pula dengan sebuah Negara yang terbentang luas. teruskan usaha itu. semoga hak kita semakin terbela.