SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, January 16, 2018

Kasih Seorang Suami

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Pengorbanan seorang isteri selalu kita dengar. Pengorbanan seorang suami tu agak jarang. Tapi ada. Bertuahlah sang isteri yang dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Kawan saya Lele, dimasukkan ke hospital akibat kuman di paru-paru. Katanya, dia, adik dan saudaranya menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun dia mengalami sesak nafas dan turun di Wakaf Che Yeh lalu menaiki teksi ke hospital. Dia dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Suaminya di Kuala Lumpur, tidak ikut pulang bersama. Namun, sebaik sahaja mendengar berita yang isterinya dimasukkan ke wad, sang suami bergegas pulang ke Kelantan menaiki flight. Apa yang saya tahu, sang suami menjaga isterinya di wad tanpa meninggalkan si isteri bersendirian. Sejak hari pertama dia tiba di hospital hinggalah sekarang, dia masih menjaga isterinya di wad. Mungkin faktor kerjanya membolehkan dia menjaga isteri yang dicintainya. Ya Allah, terharunya saya mendengar cerita ini. Sesungguhnya Kak Lele memang beruntung dikurniakan suami sebaik ini. Dan apa yang lebih mengagumkan, suaminya seorang yang tidak Nampak tapi sanggup bersusah-payah demi kecintaannya. Orang normal pun belum tentu nak buat semua ni. So, Nampak atau tidak bukanlah faktor yang menghalang seseorang menzahirkan rasa cintanya waktu kesusahan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau sempurna macam manapun, ada je alas an untuk tidak melakukannya jika enggan berbuat demikian. Saya doakan agar pasangan ini terus dilimpahi cinta serta kasih-sayang hingga ke Jannah. Ya Allah, janganlah Engkau uji mereka dengan perpisahan. Teguhkan cinta mereka seteguh Tembok China untuk menghadapi segala rintangan. Amin...

No comments: