SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, January 19, 2018

Anmyna Dalam Percubaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Setiap orang yang saya jumpa kat pejabat ni hari ni semua bagi saya kerja. Hahahaha... Dah saya tak pandai bodek, buat kerjalah Tinta. Malas cerita pasal tu. Meh nak cerita tentang satu produk yang saya sedang cuba ni. Anmyna adalah satu produk buatan Korea untuk penjagaan diri dan wajah. Wajah tu insya-Allah tak cubalah selagi SK II ni memberi kenyamanan pada kulit saya. Sekarang ni saya cuba shampoo, conditioner dan lotion. Barangan Anmyna diperbuat daripada alovera atau lidah buaya bahasa kampungnya. 1. Shampoo Dan Conditioner: Kebetulan shampoo saya habis so, kawan saya si Jihah sibuk duk promot, saya try la Anmyna ni. Saya hentikan penggunaan L'occitane yang sangat saya suka tu. Kalau Anmyna ni sesuai dengan saya, baguslah. Murah sikit belanja shampoo saya. Sebotol Loccitane dah RM100.00 lebih sedangkan Anmyna RM118.00 beserta conditioner dan saiz shampoonya lebih besar dari L'occitane. Review: Setakat hari ni, dari segi prestasinya pada rambut memang bagus. Ia melembut dan melicinkan rambut. Namun, rambut tetap berminyak cepat seperti menggunakan shampoo biasa. So, keputusan, saya akan kembali menggunakan L'occitane buatan Perancis kesayangan saya. Conditioner: Conditioner Anmyna berbau kuat dan Wangi. Saya sukakan baunya. Tetapi seperti biasa, rambut saya memang bermasalah dengan conditioner. Orang lain pakai conditioner, rambut akan lembut dan cantik. Tapi saya, pakai conditioner akan membuatkan rambut saya kasar. Sesetengah conditioner pernah membuatkan hujung rambut saya pecah. Nanti saya cuba lagi conditioner ni. Mungkin saya sememangnya tidak perlu menggunakan conditioner. Conditioner L'occitane yang pernah saya cuba memang elok untuk rambut saya. Sayangnya, ia membuatkan kulit tangan saya menggelupas dan kasar. 2. Lotion: Harganya RM99.00. Lotion Anmyna ni baunya Wangi. Tapi sama je seperti Victoria Secret yang saya gunakan. Memandangkan saya tak suka guna produk order ni, mungkin saya akan kembali menggunakan Victoria Secret Pure Seduction kegemaran saya. Kedainya di NU Sentral je. Dekat. Sambil lalu boleh singgah. Harga? Lebih kurang je cuma kalau ada promotion Victoria Secret lebih murah sebab jual tiga serangkai. Untuk Victoria Secret memang saya guna lotion, mandian dan body mist. Masa promotion tu boleh je kalau nak beli ketiga-tiganya lotion. Yang penting kena beli tiga. Hahahaha... Mami kan suka kata saya hantu pari kalau lepas mandi. Sebab bau saya akan semerbak. Hahahahaha... Kawan UiTM saya cakap, dia suka mandi bilik air lepas saya mandi. Katanya, macam bilik air tu baru dicuci. Banyaklah. Kesian saya orang pertama yang masuk. Tak Wangi pun bilik air. Review kat atas ni adalah dari pengalaman saya ya. Mungkin lain orang, lain kesesuaiannya.

No comments: