Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, January 8, 2018
My New Work Station
Assalammualaikum semua,
Salam sejahtera...
Dah seminggu saya tak update blog. Semalam sempat post gambar je. Nanti senang saya tulis entri semalam tu.
Alkisahnya, saya balik ke KL Isnin lalu dan abah keluar hospital pun hari yang sama.
Selasa mula kerja. Seperti yang saya tulis sebelum ni, saya akan berpindah masuk ke bilik boss saya yang telahpun bersara.
Banyak yang nak dikemaskan. Barang-barang boss saya perlu pilih mana yang saya nak guna dan mana yang tak diperlukan. Fail dari 2006 tu. Bayangkanlah. Bukan sekadar fail, perabot pun ada yang saya pilih. Ada perabot boss saya hantar ke stor sebab dah tak berapa elok. So, saya bawa masuk perabot yang saya gunakan di luar.
Lepas tu pilih barang saya pulak. Seminggu lamanya mengemas, maka hari ni berakhirlah sesi kemas-mengemas untuk saya dan ini bermakna, bermulalah sesi mengemas bagi assistant saya pulak. Saya nak dia pindah ke tempat saya iaitu betul-betul depan bilik saya. Takkan saya duduk di Timur dia duduk kat Barat pulak? Gaduh ke apa? Hahaha...
Kak Sha dah mula buat susun atur dia kat partition saya. Barang belum angkat lagi sebab dia minta saya pilih mana yang diperlukan dan mana yang tidak. Rancangnya dia nak pindahkan computer dulu. Ini terbalik dari saya. Saya pindah computer tu last iaitu pagi ni setelah bilik dikemas dan susun atur dibuat. Lain orang lain cara kan?
Kak Sha pun cakap dia nak pindah slow and steddy macam saya. Tak nak kelam-kabut. Saya faham. Kalau saya pindah, saya tak suka ambil semua barang dari tempat lama dan longgok kat tempat baru then susun. Saya akan pindah sikit-sikit dan terus susun barang-barang tu kat mana yang saya nak. Barulah teratur. Kepala pun tak pening.
Satu lagi, saya tak suka orang tolong saya kemas. Nanti tak jumpa barang saya cari. So, Kak Sha tak perlu tolong saya kemas kecuali bila saya minta itupun sekadar minta baca fail untuk saya pilih. Komputer pun saya sendiri yang cabut dan saya sendiri pasang. Ni bukan kali pertama saya pindah sendiri. Dari atas ke bawah pun saya buat sendiri, dari tempat PR ke tempat Akses pun saya pindah sorang. Setakat dari partition ke dalam bilik yang jauhnya sekangkang kera, apalah sangat. Pindah rumah yang terbaru ni pun saya kemas sorang. Lagi banyak barang.
So, inilah entri pertama saya tulis dari work station baru.
Best ke tak duduk dalam bilik?
Kalau Tanya saya, tak best. Kenapa? Sebab mungkin saya dah biasa duduk di partition. Bila duduk di partition, saya rasa happening. Rasa meriah. Ada kawan-kawan keliling saya. Boleh sembang-sembang dan boleh gaduh-gaduh manja. Usik-mengusik, ketawakan orang, kenakan orang. Bila duduk dalam bilik ni rasa sorang. Yelah, bilik ni sesuai untuk orang yang nakkan privasi. Kalau nak sembang guna phone atau saya kena keluar. Yang bestnya, air con dalam kawalan saya sendiri. Memang jadi bilik peti ais la bilik ni kejap lagi saya kerjakan. Hahahaha... Bak kata acik, kalau saya jumpa air con memang tak ingat dunia. Salah tempat lahir kot. Patutnya lahir kat Europe tiba-tiba terlahir kat Malaysia yang beriklim tropika ni hahahahaha... Perasan!!!
Satu lagi telefon saya ni boleh call ke mana sahaja termasuk handset tanpa perlu melalui operator. Ianya akan memudahkan kerja saya untuk buat follow up dan call. Tak payahlah saya bising-bising kat operator kalau dia orang tak jawab call saya. Saya kan memang pantang kalau orang tak jawab call saya. Alhamdulillah.
Tapi sebenarnya saya masih tak boleh terima kenyataan yang saya kena duduk dalam bilik, boss tak ada, saya yang kena buat keputusan, saya yang kena guide staff saya apa nak buat, saya bertanggungjawab kepada unit ni, saya yang kena jawab dengan pihak atasan kalau apa-apa berlaku, saya yang kena bertanggungjawab untuk aksesibiliti dengan pihak luar. Semuanya saya dan orang lain dalam pejabat ni tak tahu sangat tentang Aksesibiliti ni.
Saya rasa saya belum layak untuk tempat ni, jawatan ni dan bilik ni. Saya masih macam budak-budak. Saya masih mentah untuk semua ni. Kata boss, mentah lepas tu masak. So, belajarlah dari tak tahu apa-apa lama-kelamaan akan banyak yang kita tahu. Belajar dari pengalaman itu yang paling bagus. Boss kata kalau tak tahu apa-apa, just give him a call any time. He will assist me. Dia kata, dia dah ajar saya, so tak boleh cakap tak tahu. Tapi kalau pihak atasan complain apa-apa, dia akan jadi peguam bela saya untuk terangkan kepada management tentang apa yang mereka nak tahu.
Terima kasih, boss.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment