SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, January 20, 2018

Perompak Yang Gila

Assalammualaikum semua, selamat tengahari... Pagi ni, saya terima panggilan dari mama. Subhanallah, rumah mami dimasuki perompak. Dari cara masuk ia seperti orang yang biasa dengan rumah tersebut. Kata mama, dia memasuki rumah melalui bilik air malam tadi. Tikar getah bilik mami tidur rosak teruk kerana tolakan pintu yang kuat. Mami meletakkan kerusi rodanya di hadapan pintu. Jadi, agak sukar untuk mereka memasuki bilik. Dua orang lelaki bertopeng, menyuluh ke dalam bilik menggunakan telefon bimbit sebelum bertindak. Mereka meminta mami barangan kemas. Mami memberitahu mereka yang mami sudah tua. Tidak ada barangan kemas kerana ianya sudah tidak berguna lagi untuk mami. Syukur mereka tidak mengapa-apakan mami menggunakan pisau lipat berdekatan mami. Telefon bimbit mami diambil. Mereka seterusnya meminta wang. Mami memberikan wang yang ada berdekatannya. Saya tidak pasti jumlahnya kerana masih belum bercakap dengan mami. Abah dan mama balik menjenguk mami. Waktu kejadian adalah dalam jam 3.00 pagi dikala hujan lebat. Pastinya jeritan tidak langsung membantu mami ketika itu. Ya Allah, Apakah kemanusiaan semakin tandus di Bumi Malaysia ini? Mengapa orang tua yang uzur dan tinggal bersendirian mahu dirompak mereka? Tidakkah mereka belas terhadap orang tua? Cuba mereka bayangkan jika hal yang sama berlaku kepada keluarga mereka, ibu dan nenek mereka. Kenapa? Kenapa begini jadinya bangsaku? Saya semakin tak faham dengan manusia zaman sekarang. Bangsa manusia yang berperangaikan syaitan.

No comments: