Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, January 19, 2018
Rosken Penawar Kulit Kaki Pecah
Memang hari ni hari penjagaan diri kot. Masih lagi nak cerita tentang produk penjagaan diri. Kali ni, penjagaan kulit tapak kaki.
Saya diciptakan bukanlah seorang yang cantik dan sempurna segala-galanya. Sedari kecil, saya memang sukakan kecantikan. Dari kecil lagi saya dah pandai pakai lotion seluruh badan. Abah akan bagi saya lotion satu penutup untuk saya pakai sendiri. Masa tu lotion dari jenama Amway. Kalau orang yang biasa dengan produk Amway, korang akan tahu sebesar mana penutup Amway tu kan? Untuk si kecil, memang cukuplah untuk sekali sapuan sebanyak tu. Abah letak penuh. Abah memang suka melayan anak-anaknya. Nak suami yang suka melayan jugak! Hahaha... Tetiba keluar topic.
Masa kecik-kecik dulu, saya diasuh oleh arwah moyang dan mami. Saya sering melihat arwah moyang perempuan saya iaitu chek, memberus kaki dan tangannya sebelum mandi. Saya pun mulalah meniru.
Bila saya besar terutamanya setelah memasuki alam pekerjaan, kesihatan kulit kaki saya merosot. Tapak kaki saya pecah-pecah, kering dan ada bahagian yang mengeras. Saya sangat risaukan kulit kaki saya. Nanti tak cantik. Semua nak cantik hahahaha... Ada kawan suruh saya pakai kasut untuk mengelakkan kulit kaki pecah. Tapi saya tak nak. Susah. Nanti kena air dah basah kasut saya. Baik pakai sandal. Saya ikhtiar untuk memulihkan kulit kaki saya dengan menyapu lotion. Masa saya dengan awak dulu, awak pernah membelikan saya lotion kaki. Tapi lotion tu berminyak dan sangat membuatkan saya rasa tak selesa bila pakai kasut or selipar pada keesokan harinya jika saya menyapu lotion tersebut pada malam hari. Ada jugak lotion dan skrap kaki yang saya pakai menambahkan pecah kaki saya. Kulit saya memang sensitive. Cepat beriaksi dengan sesuatu produk. Lama-lama saya give up. Saya bosan. Malas nak ambil tahu. Tapi setiap kali pegang tapak kaki, saya pasti risau. Mungkin jugak sebab rumah saya ber tiles so ianya memburukkan keadaan.
Sampailah kepada kejadian di Pulau Pangkor yang menyebabkan kaki saya dijahit. Setiap hari saya perlu mencuci luka di klinik pejabat ni. Doktor dan nurse selalu bising kat saya pasal tapak kaki saya. Mereka kata, muka lawan kaki tak cantik. Oh my God! Sedihnya saya. Tapi kata-kata mereka menjadi motivasi kepada saya untuk berusaha mencari produk kaki yang sesuai.
So, dengan bertemankan Kak Sha, saya masuk ke Guardian. Kami melihat-lihat produk penjagaan kaki. Ada banyak jenama dan pilihan. Saya bertawakal. Dalam hati berdoa agar produk yang saya pilih kali ni bersesuaian dengan saya. Paling penting, tidak berminyak pada keesokan harinya sebab saya akan gunakannya pada waktu malam. Lalu saya memilih lotion kaki Rosken. Menurut saranan doctor, saya juga beli batu apung dan sikat kaki serta kuku. Batu apung ni datang dalam satu pakej. Saya beli di farmasi NU Sentral.
Malam tu, saya excited sangat. Saya mula menyapu seluruh kaki dengan lotion dan berharap agar keesokan harinya ada perubahan berlaku. Baunya Wangi, ada bau min sikit. Tekstur lotionnya lembut. Alhamdulillah, setelah disapukan ia tidak berminyak. Kulit kaki di bahagian atas kaki pun ada yang kering dan mengeras. Semuanya saya letak Rosken.
Keesokan harinya, saya menggunakan batu apung untuk menggosok kaki saya. Masya-Allah, banyaknya habuk keluar. Habuk itu sebenarnya kulit saya yang gugur apabila digosok. Lama jugak saya menggosok kaki. Saya jadi bersemangat apabila makin digosok, makin banyak kulit yang keluar. Setelah itu, saya mencuci kaki. Hasilnya, kulit menggelupas di tapak kaki saya berkurangan. OK, ni mungkin psikologi saya je kot sebab excited guna lotion baru.
Kalau tak silap, hari kedua atau ketiga saya menggunakan Rosken, doctor dan nurse terkejut melihat tapak kaki saya. Tulah, siapa suruh kutuk saya hahaha... Saya senyum simpul.
Nurse: You pergi pedicure ke?
Saya: Taklah. Nak pedicure macam mana kalau luka ni tak sembuh.
Doktor: Habis you buat macam mana?
Saya: Doktor kata pakai lotion. Saya beli lotionlah.
Nurse: Hei, lotion apa you pakai? Cepatnya? Lebih elok dari kaki I now.
Saya: Apa entah. Rosken kot.
Doktor: You ambil bagi I tengok. Nanti I boleh syorkan pada orang lain pulak.
Saya lantas mengambil lalu menunjukkan lotion berkenaan kepadanya. Kata mereka, Rosken adalah satu jenama yang bagus. Ia adalah jenama perubatan, bukan kosmetik. Nurse pun pakai lotion badan dan tangan Rosken. Mereka tak sangka yang Rosken mampu bertindak sebegitu pantas terhadap kaki saya yang teruk kulit tapaknya
Alhamdulillah pencarian penawar kaki saya akhirnya Allah temukan. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Saya yakin itu. Dan sekarang saya masih memakai kasut apabila keluar dari rumah. Saya kulit tapak kaki saya. Sekarang masih ada sedikit kulit keras yang tinggal. Maklumlah, bertahun lamanya ia keras. So, jangan malas Tinta. Setiap malam kena pakai Rosken. Dah berapa malam tak pakai. Malas la tu. Malam ni mula balik tau. Jangan sampai kulit ni pecah balik.
Sesiapa yang ada masalah kulit kaki, silalah cuba. Tapi tak semestinya kita akan dapat result yang sama. Ianya bergantung kepada kesesuaian masing-masing.
Harganya saya lupa. Tapi atas RM20 dan kurang daripada RM30.00 rasanya. Tube nya tak besar. Bolehlah untuk pakai sebulan kalau setiap malam digunakan. Jangan letak banyak sangat. Cukup sekadar ia meliputi seluruh kaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment