SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, January 15, 2018

Saya =TV

Assalammualaikum semua... Selamat pagi... Alhamdulillah, setakat jam 11.00 pagi ni, mood saya OK dan ceria. Belum ada lagi yang mengganggu mood saya. Harapnya mood ni akan baik sampai ke petang. Paling penting hari ni ada Air Asia. Korang tunggu miss datang eh. Hahahaha... Poyo! Macam yang saya tulis kat FB, saya ni memang suka bersembang. Mungkin sebab saya duduk sorang kot. Tak ada orang nak sembang. Sembang dengan Chiko je. So, sesiapa yang call atau whatsapp saya, saya akan layan selagi dia tak mengada-ngada. Hahahaha... Pilih-pilih pulak tu. Kalau yang ngada-ngada sikit tu yang boleh diterima bolehlah saya layan. Tapi kalau melampaui batas, free pun saya cakap saya sibuk or lebih teruk, saya tak jawab call langsung. So, adalah sorang mamat ni call saya minggu lepas. Kami pun sembang-sembang. Masuk cerita bab vacuum. Saya ceritalah pasal Lazada buat sale minggu lepas dan saya beli Aurora. Entah macam mana, masuk bab dia beli smart TV. Mahal jugaklah harganya. Kalau tak silap RM4,000.00 lebih. Saya lupa jenama apa. Saya: Amboi, mahalnya. Saya duduk sorang je. Tak perlulah TV mahal macam tu. Sayapun tak sempat nak tengok. Dia: Yelah, smart TV. Saya: Saya tahu TV tu. Macam-macam boleh tengok termasuk Youtube. Boleh guna thumb drive dan connect to wifi. Abah saya beli untuk rumah saya kat Kelantan. Dia: Macam-macam boleh buat, sebab tulah mahal. Kalau bayar mahal tapi berbaloi OK la. Abang tak kisah bayar lebih yang penting berbaloi. Macam awaklah. Saya: Hah? Saya? Apasal pulak saya disamakan dengan TV? Saya manusia, TV tu barang. Dia: Yelah, kalau bagi awak hantaran mahal, abang tak kisah. Sebab macam-macam awak boleh buat, pandai masak, kemas rumah, gosok baju, jaga baby, rajin, suara sedap, cantik, bijak, manja. Saya: Ah, melampaulah tu. Tak ada maknanya. Saya buat tu semua bukan sebab rajin, tapi sebab saya kena buat dan nak buat. Kalau bukan saya yang buat, siapa nak buat? Chiko? Hmmm... Tak payahlah korang nak berkata-kata manis lelaki. Saya dah malas nak percaya cakap-cakap manis macam ni. Belum dapat, memanglah. Kalau dah dapat esok, silap-silap, saya pun dia tak layan. Nak kembang-kembang kena puji tu tak ada dahlah. Mungkin dah lali kot. Saya bukan lagi saya yang dulu. Saya sekarang ada focus dan focus saya bukan lelaki dan cinta. Kalau Allah bagi Alhamdulillah. Mencari, malas. Yang tak boleh-belah tu samakan saya dengan TV. Hahahahahaha... Melampau sungguh perumpamaan dia. Nasib baiklah dia ni saya kenal dah lama. Dah 11 tahun dah tahun ni. Bayangkanlah, dari dia bujang sampai dah anak 3. So tak adalah saya rasa nak larikan diri. Sebab dah masak sangat dengan perangai dia tu. Bila ingat balik, sebenarnya dia lelaki yang baik. Pernah cuba tackle saya tapi masa tu saya ada someone. Hahahaha... So saya upgreat dia jadi abang angkat saya. Tu yang kadang-kadang katanya tak tahan rindu, so call saya. Diapun dah masak dengan perangai saya, garang, suka nangis, manja bak kata kawan saya, saya ni kememeh. Hahahaha... Dah itu perangai saya nak buat macam mana. Yang bab manja tu susah nak buanglah. Dari kecik dimanjakan so terbawa-bawa sampai sekarang.

No comments: